Anda di halaman 1dari 5

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

Awal Bismillah pembuka bicara,


Rahmat dipohon dari yang Esa,
 Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mulakan cerita.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
 Tuan hakim, hadirin yang ada,
Dengarlah cerita dari hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.
Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita,
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun,
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang,
Nabi Allah tetap dalam pembelaan.
Haa….se
Haa….sebel
belum
um saya
saya cerita
cerita lebih
lebih lanjut
lanjut,, mar
marililah
ah kita
kita berkena
berkenalan
lan dahulu
dahulu
dengan Nabi Yunus. Kawan-kawan tahu tak nama sebenar Nabi Yunus?
Menurut ahli tafsir, Nabi Yunus bernama Yunus Bin Matta. Di dalam al-Quran,
nama Nabi Yunus disebut sebanyak 6 kali. Pada usia 30 tahun, baginda
diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama “Niwana”
yang terletak di Negara Iraq agar beriman kepada Allah. Firman Allah dalam
surah as-Shaffat ayat 139:
...‫ن‬
...‫مرسلين‬‫من ا‬ ‫و‬
‫و‬ ‫إ‬
‫إ‬
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah rasul-rasul yang kami
utus.”
Penduduk Niwana merupakan satu kaum yang keras kepala, menyembah
berh
berhal
alaa serta
serta suka
suka melaku
melakukan
kan kejah
kejahat
atan
an.. Bayan
Bayangk
gkan
an kawan-
kawan-kaw
kawan
an……
sepanjang 23 tahun berdakwah, hanya 2 orang sahaja yang mahu menerima
dakwah baginda iaitu Rubil dan Tanuh. Rubil merupakan seorang yang alim
dan bijaksana, manakala Tanuh pula seorang yang tenang dan sederhana.
 Yunus menyeru pada kaumnya,
Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.
Sepanjang 23 tahun berdakwah, pelbagai cara yang dilakukan oleh Nabi
 Yunus agar penduduk Niwana meninggalkan segala perkara yang melalaikan
  jiw
jiwaa dan
dan hati
hati me
mere
reka
ka.. Berk
Berkat
ataa Nabi
Nabi Yunu
Yunuss kepa
kepada
da kaum
kaumny
nya;
a; “Wah
“Wahaiai

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF


SK Jemukan 2012
kaumku…kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya,
kemewahan itu melalaikan kamu.” Namun, kaumnya tetap menolak seraya
berkata; “Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari
meninggalkan agama kami.” Nabi Yunus berasa sangat kecewa dengan
kaumnya. Baginda berdoa kepada Allah agar dakwahnya diterima oleh
kaumnya. Justeru itu, Allah telah mewahyukan kepada baginda agar
meneruskan dakwahnya selama 40 hari lagi dan selepas itu Allah akan
menurunkan azab kepada mereka. Maka, ditaatilah Nabi Yunus akan
perintah Allah kepadanya. Oleh kerana tidak tahan dengan karenah serta
cemuhan yang berterusan daripada kaumnya, Nabi Yunus hanya dapat
bertahan selama 33 hari sahaja.
Seruan nabi tidak diterima
Nabi diejek dan nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci, walau dihina
Akhirnya nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87:

...‫غضب‬ ‫إذ ذه‬ ‫و‬‫ذا ا‬


Maksudnya: “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam
keadaan marah”
Renungkanlah kawan-kawan, kita janganlah mudah berputus asa ketika
melakukan sesuatu perkara. Dalam keadaan sedemikian, kita harus bersabar
serta tetap meneruskan usaha dengan sikap bijaksana dan lemah lembut
seperti mana yang difirmankan oleh Allah melalui surah an-Nahl ayat 125
yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara
yang baik.”
Sepeninggalan Nabi Yunus, penduduk Niwana mulai melihat hukuman Allah
yang membawa kehancuran dan kebinasaan. Mereka melihat keadaan udara
disekeliling Niwana semakin gelap dan angin dari segenap penjuru bertiup
dengan kencangnya membawa suara gemuruh yang amat menakutkan.
Maka, dalam keadaan yang cemas dan ketakutan itulah, mereka segera
menyatakan taubat dan memohon ampun kepada Allah di atas segala
perbuatan mereka serta menyesal atas perlakuan dan sikap kasar yang

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF


SK Jemukan 2012
menyebabkan Nabi Yunus marah dan meninggalkan daerah itu. Berkat doa
yang dipohon, maka Allah telah menurunkan rahmatNya kepada mereka.
Hadirin dan hadirat…kembali kita kepada kisah Nabi Yunus yang membawa
diri. Baginda telah berjalan kaki tanpa arah dan tujuan sepanjang siang dan
malam sehingga baginda sampai disebuah pantai. Di situ, terdapat sebuah
kapal yang telah dipenuhi penumpang dan barang. Hal ini telah digambarkan
oleh Allah melalui surah as-Shaffat ayat 140:

...‫مشحو‬‫فلك ا‬‫ى ا‬‫ق إ‬‫إذ أ‬


 Yang bermaksud: “Ingatlah ketika dia lari ke kapal yang penuh muatan.”
Baginda menumpang kapal pedagang,
Membawa diri ke rantau orang,
Malangnya laut bergelombang,
Hampir karam di tengah lautan.
Naiklah Nabi Yunus ‘alaihissalam ke kapal yang sudah penuh dengan
penumpang dan barangan. Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut
dipukul oleh ombak yang besar serta angin kencang sehingga
menyebabakan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tersebut
daripada tenggelam, pemilik kapal terpaksa membuat dua pilihan, samada
tenggelam bersama atau satu persatu dilemparkan ke laut untuk
meringankan beban kapal dan menyelamatkan yang lain. Akhirnya
diputuskan untuk memilih membuang salah seorang penumpang dengan
mengadakan cabutan undian. Maka turut sertalah Nabi Yunus di dalam
undian tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah as-Shaffat ayat
141:

...‫ضين‬‫مد‬‫ن ا‬  ‫ه‬


Maksudnya: “Maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-
orang yang kalah yang digelungsurkan ke laut.”
Kawan-kawan yang budiman…sebagai seorang ketua kita mestilah bersikap
bijaksana dalam menangani sebarang masalah dan perlu bertindak secara
rasional dan matang selari dengan tuntutan syariat. Contoh yang kita dapat
lihat di Negara kita, Majlis Fatwa Kebangsaan sentiasa bermuzakarah dalam
memutuskan sesuatu hukum semasa yang melibatkan masyarakat Islam.
Bermulalah undian ringankan beban,
Nabi Yunus menjadi cagaran,
Memang tersurat Allah tentukan,
Dilempar Yunus dalam lautan.

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF


SK Jemukan 2012
Ditakdirkan oleh Allah, Nabi Yunus menjadi insan yang bakal dilemparkan ke
laut. Nabi Yunus redha dan tahu itu merupakan balasan daripada Allah
kepadanya kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin Allah. Dengan
berserah diri kepada Allah, baginda terjun ke dalam laut. Ketika Nabi Yunus
berlawan dengan ombak yang mengganas, Allah telah mewahyukan seekor
ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun
menelan Nabi Yunus dan menyimpannya di dalam perut tanpa cacat
celanya.
Subahnallah kawan-kawan…Allah tidak melihat kepada pangkat, darjat dan
rupa dalam memberikan balasan. Inilah yang dimaksudkan dengan “al-‘adlu”
yang tersenarai dalam asma’ Allah. Mari kawan-kawan, kita renung kembali
kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin. Mereka tidak bersifat adil
dalam peperangan. Wanita, kanak-kanak hatta bayi yang kecil pun mereka
bunuh…
Untuk pengetahuan kawan-kawan…Nabi Yunus berada di dalam perut ikan
Nun selama 40 hari 40 malam. Selama berada di dalam perut ikan Nun,
baginda tidak putus-putus memohon kemapunan daripada Allah agar
mengampunkan dosanya. Doa baginda telah disebut di dalam firman Allah
dalam surah al-Anbiya’ ayat 87:

...‫مين‬‫ظ‬‫ن ا‬ ‫ت‬ ‫ك إ‬‫ت سبح‬‫أ‬ ‫إ‬ ‫إ‬ 


Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah,
Maha suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”
Nabi Yunus nabi yang mulia,
Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.
Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus serta mengilhamkan kepada
ikan itu supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu, maka
terkeluarlah baginda dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam
keadaan yang sangat lemah dan uzur. Dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim
Allah yang Maha Esa, Allah telah menghidupkan sejenis tumbuhan yang
menjalar seakan-akan buah labu yang membolehkan baginda bernaung di
bawahnya dan memakan buahnya. Firman Allah:

...‫طين‬ ‫ن‬ ‫جرة‬ ‫علي‬ ‫ب‬‫أ‬


  Yang bermaksud: “Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang
pokok yang berdaun lebar.

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF


SK Jemukan 2012
Setelah kembali segar dan bertenaga, Allah telah memerintahkan baginda
untuk kembali kepada penduduk Niwana yang telah beriman kepada Allah.
Maka, hiduplah Nabi Yunus dengan aman dan tenteram bersama penduduk
Niwana.
Kawan-kawan…sekiranya kita berusaha dalam melakukan kebaikan,
bertawakkal serta berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha
mendengar permintaan hambaNya. Sebagai contoh, seorang murid yang
mendapat 20 A dalam ujian SPM 2007 yang lalu iaitu Azali Azlan menyatakan
bahawa resepi beliau dalam kejayaannya ialah dengan memperbanyakkan
doa dan tawakkal kepada Allah untuk memberi kejayaan.
Baiklah kawan-kawan, sebelum saya mengakhiri cerita saya ini, saya ingin
membawa beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.
Pertama, kita hendaklah sentiasa berusaha dengan tekun dan gigih tanpa
mengenal erti putus asa agar kita mendapat kecemerlangan di dunia dan
 juga akhirat.
Kedua, sebagai ketua, kita hendaklah membuat sesuatu keputusan dengan
mengambil kira keadaan sekeliling. Sekiranya ia boleh mendatangkan
mudharat yang besar, sebaik-baiknya hendaklah kita jauhi.
Ketiga, dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah mengamalkan cara
hidup yang adil agar dapat mengecapi kehidupan yang aman dan tenteram.
Dan yang keempat, kita hendaklah menjadikan doa sebagai senjata yang
paling ampuh di dalam hidup kita. Tanpa doa, kita tidak akan mendapat
keredhaan Allah bahkan dimurkaiNya kerana kita lupa kepada yang Maha
Esa.
Sekian dahulu ceritaku,
Kisah Nabi pilihan yang satu,
Dilain lembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.
Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF


SK Jemukan 2012

Anda mungkin juga menyukai