Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh



Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati, barisan panel hakim, guru-guru, dan hadirin
yang dirahmati Allah.

Renungkanlah cerita saya,
Kisah nabi Yunus yang mulia,
Dzunun dan Yunan nama gelaran,
Sifat murninya jadi ikutan.

Nama sebenar nabi Yunus ialah Yunus b. Matta b. Mattan b. Rajam b. Malik Itasyan b.
Sulaiman b. Dawud. Baginda diutuskan kepada penduduk Ninwi yang jahil dan sesat. Kisah nabi
Yunus telah termaktub di dalam al-Quran melalui firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Saffat
ayat 139:
Ep)4 "+^ONC =}g
4-)UEcO^- ^@_
Ertinya: Dan Sesungguhnya Nabi Yunus ialah Rasul-rasul (Kami) Yang diutus.

Hadirin sekalian, kesesatan penduduk Ninwi amat nyata. Mereka enggan menyembah Allah tetapi mereka
memilih berhala sebagai tuhan mereka.

Kawan-kawan,
Hendaklah kita bersama menjauhi dari perbuatan syirik kerana ia boleh merosakkan aqidah. Malangnya ada
lagi orang yang beragama Islam yang memuja tempat keramat seperti gua, kubur lama dan sebagainya.

Ya kawan-kawan,
23 tahun baginda berdakwah, agar penduduk Ninwi beriman kepada Allah. Namun beberapa orang sahaja
yang menerima dakwahnya. Baginda bimbang kaumnya akan ditimpa azab seperti kaum yang terdahulu.

Baginda dicaci dan dihina,
Rasa kecewa dan putus asa,
Tiga hari berjalan dengan hati yang lara,
Ke mana diri hendak dibawa.

Ya Kawan-kawan,
Seorang pendakwah hendaklah memiliki sifat sabar dan tabah dalam berdakwah. Pada masa ini sudah
banyak rancangan televisyen yang bercorak Islam seperti ustaz dan ustazah pilihan menjadi medan
membentuk daie yang sejati. Firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 87:

-O4 pOOL- O) =UE--O
4:_4N`
Ertinya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Dzunun, yakni (Nabi Yunus a.s) ketika ia pergi meninggalkan
kaumnya dalam keadaan marah.

Siang malam berjalan,
Tanpa tujuan,
Ke tepi panti jadi hentian,
Kapal dipilih jadi tumpangan,
Tak sedar lari dari kewajipan.

Hadirin sekalian, kapal yang dinaiki sarat dengan penumpang dan barangan. Setiba di tengah lautan kapal
itu dipukul gelombang yang amat dahsyat dan hampir karam. Lantas nakhoda kapal membuat keputusan
untuk menyelamatkan kapal tersebut.

Bermula lah undian ringan kan beban,
Nabi Yunus sebagai bahan cagaran,
Tiga kali undian jadi jawapan,
Begitulah suratan Allah tentukan.

Kawan-kawan ramai gadis Malaysia yang lari dari rumah mengikut teman lelaki ke lombok atas dasar
cinta. Hal ini menyusahkan diri sendiri keluarga dan negara. Seharusnya para remaja berfikir sebelum
bertindak. Firman Allah dalam surah al-Saffat ayat 141:

=E-=O 4p~ =}g` 4-_EO;^-
^j
Ertinya: Nabi Yunus dicampak ke laut. Ketika itu Allah s.w.t. memerintahkan seekor ikan nun yang amat
besar menelan baginda tanpa mencederakannya. Kemudian ikan itu membawa Nabi Yunus ke dasar laut.

Diri terasa terputus nyawanya,
Namun terasa masih bernyawa,
Tika kegelapan diri dipenjara,
Perintah Allah dibiar saja.

Kawan-kawan,

Dzunun menangis tak henti-henti,
Lantaran mengikut kata hati,
Kalimah tasbih diulang berkali-kali,
Memohon ampun dari Illahi.

Firman Allah dalam surah Nuh ayat 87:

OE1E4 O) geEUe- p
4O) ) =e^ CE4E:c O)E+)
eL =}g` --g)U-- ^g_
Ertinya: setelah berlaku apa yang telah ditetapkan ia menyeru dalam keadaan yang gelap gelita dengan
berkata: Sesungguhnya tiada tuhan yang dapat menolong melainkan engkau Ya Allah Maha Suci Engkau
daripada melakukan aniaya bantulah daku sesungguhnya aku dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

Kawan-kawan,
Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar rintihan Nabi Yunus dan mengampun kesalahannya yang lari
dari kaumnya. Allah memerintahkan ikan nun memuntahkan nabi Yunus dan baginda terdampar di tepi
pantai.

Akhirnya,
Nabi Yunus kembali kepada kaumnya dan mendapati kaumnya telah beriman kepada Allah.

Ya kawan-kawan,
Sudah ramai masyarakat kita yang berubah ke arah kebaikan sesat di hujung jalan maka kembalilah ke
pangkal jalan.

Renungkanlah cerita saya,
Pasti ada pengajarannya,
Kekuasaan yang maha esa,
Jadi teladan umat semua.

Sekian..

Wassalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai