Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUNUS DAN IKAN NUN

Awal bismillah pembuka bicara ,


Rahmat dipohon dari yang esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mulakan cerita.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan hakim,hadirin yang ada,


Dengarlah cerita dari hamba ,
Kisah nabi yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan nun tajuk cerita.

Wahai kawan-kawan,
Mari dengar cerita , kisah nabi yunus dalam perut ikan nun.
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang, nabi allah tetap dalam pembelaan.

Haa….sebelum saya cerita lebih lanjut,marilah kita berkenalan dahulu dengan


Nabi yunus.Kawan-kawan tahu tak nama sebenar Nabi yunus? Menurut ahli
tafsir,Nabi Yunus bernama Yunus Bin Matta.Di dalam Al-quran Nabi Yunus
disebut sebanyak enam kali. Pada usia 30 tahun Nabi Yunus diutus menjadi
rasul untuk menyeru para penduduk yang bernama Niwana yang terletak di
Negara Iraq agar beriman kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Asy-Syaffat ayat 139.


“Wainna Yunusa Laminal Mursalin”
Maksudnya:Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah rasul-rasul yang kami utus.

Penduduk Niwana merupakan satu kaum yang sangat keras kepala


menyembah berhala serta suka melakukan kejahatan.Bayangkan kawan-
kawan… selama 23 tahun berdakwah, hanya 2 orang sahaja yang mahu
menerima dakwah baginda iaitu rubil dan tanuh.
Yunus menyeru,pada kaumnya
Beriman kepada, Allah yang esa
Kaumnya ingkar,dan juga alpa
Baginda tidak berputus asa.

Ditakdirkan oleh allah ,Nabi yunus menjadi insan yang bakal dilemparkan ke
laut.Nabi Yunus redha dan tahu itu merupakan balasan daripada allah
kepadanya kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin allah .Dengan berserah
diri kepada allah baginda terjun ke dalam laut.Ketika nabi yunus berlawan
dengan ombak yang mengganas , Allah telah mewahyukan seekor ikan nun
untuk menelan baginda hidup-hidup.Maka ikan itu pun menelan nabi yunus
dan menyimpannya di dalam perut tanpa cacat-celanya.
Subhanallah kawan-kawan..untuk pengetahuan kawan-kawan nabi yunus
berada di dalam perut ikan nun selama 40 hari 40 malam.Selama berada di
dalam perut ikan nun baginda tidak putus-putus memohon keampunan
daripada allah agar mengampunkan dosanya.Doa baginda telah disebut di
dalam firman allah melalui surah Al-Anbiya ayat 87
“La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin”
Maksudnya:Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau ya
Allah.Maha suci engkau,aku termasuk orang-orang yang zalim.

Maka Allah memakbulkan doa Nabi Yunus serta mengilhamkan kepada ikan itu
supaya memuntahkan nabi yunus di tepi pantai.Dengan itu maka terkeluarlah
nabi yunus dari perut ikan nun dan terdampar di tepi pantai dalam keadaan
yang sangat lemah.Dengan sifat ar-rahman dan ar-rahim allah yang maha esa,
allah telah menghidupkan sejenis tumbuhan yang menjalar seakan-akan buah
labu, yang membolehkan baginda bernaung di bawahnya dan memakan
buahnya.

Hadirin dan hadirat …


Nabi yunus yang membawa diri telah berjan kaki tanpa arah dan tujuan siang
dan malam sehingga dia sampai ke sebuah pantai.Disitu terdapat sebuah kapal
yang dipenuhi penumpang dan barang.Hal ini telah digambarkan melalui surah
asy-syaffat ayat 140 yang bermaksud:Ingatlah ketika dia lari ke kapal yang
penuh penumpang.
Kawan – kawan yang budiman
Sebagai seorang ketua kita perlulah bersikap bijaksana dalam menangani
sebarang masalah dan perlu bertindak secara rasional dan matang selari dalam
tuntutan syariat. Contoh yang kita dapat lihat di Negara kita, majlis fatwa
kebagsaan sentiasa bermuzakarah dalam memutuskan hukum semasa yang
melibatkan masyarakat islam
Sekian wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai