Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

KISAH NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN NUN.

Bismillahhirrahmanirrahim pembuka bicara,


Pohon Rahmat dari yang Esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mula cerita.

Tuan hakim , hadirin yang ada,


Dengarkanlah cerita hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Raj’am bin Malik Itasyan bin Sulaiman bin
Daud. Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai. Nabi
Yunus adalah seorang pemuda yang soleh dan beriman kepada Allah. Ketika berumur 30 tahun
baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama ’Ninawa’ yang
menyembah berhala.Tetapi mereka tetap engkar dan tidak beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

”Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya kemewahan itu
melalaikan kamu.” Namun mereka tetap menolak lalu berkata ” Ini adalah tuhan kami dan kami
tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami”. Nabi Yunus berdakwah kepada
mereka selama 23 tahun. Hanya dua orang sahaja yang menerima dakwahnya.. Allah
mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah selama 40 hari lagi, dan selepas itu Allah
akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak tahan dengan kerenah kaumnya
,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja.

Pilunya hati tidak terkira,


Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 87 :

    


Maksudnya : ”Ketika dia pergi dalam keadaan marah”

Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh kecewa dan
berputus asa bila dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah dan sabar walaupun menghadapi
pelbagai cemuhan dan dugaan. Contohnya para ulama kita yang sentiasa terus berdakwah
walaupun ada tentangan dan halangan.

Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam. Akhirnya
baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat dengan
penumpang.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan kaumnya
tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke dalam laut.
Pengajarannya, Allah akan memberi balasan kepada siapa saja tidak mengira pangkat ataupun
keturunan. Sesiapa yang bersalah akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak, Allah mewahyukan seekor ikan Nun untuk
menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan
menyimpannya dalam perut tanpa cacat celanya. Nabi Yunus berada di dalam tiga kegelapan.
Kegelapan malam, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda
pun berdoa seperti firman Allah dalam Surah Al- Anbiyak ayat 87 :

     


    
Maksudnya : ”Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci
Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.

Nabi Yunus nabi yang mulia,


Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu supaya
memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah terkeluar dari perut ikan dan
terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di dalam
perut ikan.
Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati Nya. Di tempat
Nabi Yunus dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok labu yang membolehkan baginda
bernaung dan buahnya boleh dimakan. Akhirnya Nabi Yunus kembali segar dan bertenaga.
Setelah itu, Allah memerintahkan Nabi Yunus untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang
telah beriman kepada Allah SWT. Bersama merekalah Nabi Yunus hidup aman dan sejahtera.

Sekian dulu ceritaku,


Kisah Nabi pilihan yang satu,
Di lain lkembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.....

Sekian, terima kasih.

NASYID : ALLAH YANG KU CINTAI

ALLAH YANG KUCINTAI


ALLAH YANG KUSAYANGI
ALLAH SELALU KUPUJA
SELALU KUPUJI
DAN KUTAATI

ALLAH BUKAN MANUSIA


ALLAH BUKANNYA HAIWAN
ALLAH BUKANNYA PATUNG
BUKANNYA GUNUNG
BUKANNYA BULAN

ALLAH……..ALLAH
ALLAH……..ALLAH
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD UTUSAN ALLAH
KITA SEMUA CIPTAAN ALLAH

ALLAH TUHAN YANG ESA


TIADA TUHAN SELAIN DIA
PENCIPTA ALAM SEMESTA
BESERTA SELURUH ISINYA

MUHAMMAD UTUSAN TUHAN


MEMBAWA KITAB AL – QURAN
WAJIB KITA AMALKAN
ITULAH JALAN KESELAMATAN

*** ULANG KORUS


‫‪DOA BACAAN PERHIMPUNAN‬‬

‫الحمد هلل رب العالمين ‪ ,‬والصالة والسالم على أشرف‬


‫األنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين ‪ ,‬الحمد هلل‬
‫حمدا حامدين ‪ ,‬حمدا شاكرين ‪ ,‬حمدا صابرين ‪ ,‬حمدا‬
‫صالحين ‪ ,‬حمدا يوافئ مزيده ‪ ,‬يا ربنا لك الحمد كما‬
‫ينبغي وجهك وعظيم سلطانك‬

‫اللهم يا ربنا ( ‪ 3‬كالي )‬

‫يا هللا امفونيله دوسا‪ 2‬كامي ‪ ,‬دوسا كدوا ايبو باف كامي‬
‫دان دوسا ضورو‪ 2‬كامي ‪ ,‬جاديكنله كامي سنتياس طاعة‬
‫كفد فرينته مو ‪ ,‬طاعة كفد كدوا ايبو باف كامي دان طاعة‬
‫كفد ضورو‪ 2‬كامي سرتا جاءوهكنله كامي درفد مالكوكن‬
‫سضاال الراغن مو يا هللا يا رحمن ‪ ,‬بوكاكنله فينتو هاتي‬
‫كامي ‪ ,‬قواتكنله دايا ايغاتن كامي دان بركاتيله سضاال‬
‫علمو يغ كامي فالجري‪.‬‬

‫ربنا اتنا فى الدنيا حسنة ‪ ,‬وفى األخرة حسنة ‪ ,‬وقنا‬


‫عذاب النار ‪ ,‬وصلى هللا على سيدنا محمد ‪ ,‬وعلى أله‬
‫وصحبه وبارك وسلم ‪ ,‬سبحانك ربك رب العزة عما‬
‫يصفون ‪ ,‬وسالم على المرسلين والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai