Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : KISAH NABI YUNUS DAN IKAN NUN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum w.b.t

Yang saya hormati pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana
penjaga detik yang patuh pada waktunya, guru-guru dan rakan-rakan yang
saya kasihi.

Saya akan menyampaikan sebuah kisah nabi yang bertajuk Nabi Yunus dan
Ikan Nun.

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita,


Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun,
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang,
Nabi Allah tetap dalam pembelaan.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan. Baginda berketurunan Bani
Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai. Nabi Yunus adalah
seorang pemuda yang soleh dan beriman kepada Allah. Ketika berumur 30
tahun baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri
bernama ’Ninawa’ yang menyembah berhala. Tetapi mereka tetap engkar
dan tidak beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

”Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar.


Sesungguhnya kemewahan itu melalaikan kamu.” Namun mereka tetap
menolak lalu berkata ” Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan
berganjak dari meninggalkan agama kami”. Nabi Yunus berdakwah kepada
mereka selama 23 tahun. Hanya dua orang sahaja yang menerima
dakwahnya. Sebab kecewa dengan kaumnya, baginda berdoa kepada Allah
agar dakwahnya diterima oleh kaumnya. Allah mewahyukan kepada
baginda agar terus berdakwah selama 40 hari lagi, dan selepas itu Allah
akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak tahan dengan
karenah kaumnya, Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja.
Pilunya hati tidak terkira,
Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh


kecewa dan berputus asa bila dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah
dan sabar walaupun menghadapi pelbagai cemuhan dan dugaan.
Contohnya para ulama kita yang sentiasa terus berdakwah walaupun ada
tentangan dan halangan.

Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan
malam. Akhirnya baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah
kapal yang telah sarat dengan penumpang. Seperti firman Allah dalam
surah As-Saffat ayat 140 :

ُ ۡ َۡ ۡ ُۡ َ َََ ۡ
‫ون‬
ِ ‫ك ٱلمشح‬ ِ ‫إِذ أبق إَِل ٱلفل‬

Maksudnya : “Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan”

Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan
angin kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal
tengelam, pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang penumpang
dengan mengadakan pengundian. Termasuk dalam undian itu ialah Nabi
Yunus.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana
meninggalkan kaumnya tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada
Allah baginda terjun ke dalam laut. Pengajarannya, Allah akan memberi
balasan kepada siapa saja tidak mengira pangkat ataupun keturunan.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak, Allah mewahyukan


seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun
itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa cacat
celanya. Nabi Yunus berada di dalam tiga kegelapan. Kegelapan malam,
kegelapan di dasar lautan dan kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda
pun berdoa seperti firman Allah dalam Surah Al- Anbiya’ ayat 87 :

َٰ ‫ا ٓ َ َٰ َ ا ٓ َ َ ُ ۡ َ َٰ َ َ ِ ُ ُ َ ا‬
َ ‫ٱلظلِم‬
‫ي‬ ِ ‫َّل إِله إَِّل أنت سبحنك إ ِ ِّن كنت مِن‬

Maksudnya : ”Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya


Allah, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
zalim”.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada


ikan itu supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda
telah terkeluar dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan
lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di dalam perut ikan. Seperti
Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 88 :

َ ‫ج ۡب َنا َ َُلۥ َو ََنا ۡي َنَٰ ُه م َِن ٱلۡ َغ ِم َو َك َذَٰل َِك ُنۨ ِِج ٱل ۡ ُم ۡؤ ِمن‬
‫ِي‬ ۡ َ‫ف‬
َ ‫ٱس َت‬
ِّۚ ِ

Maksudnya : ” Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang


beriman”.

Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati
Nya. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok
labu yang membolehkan baginda bernaung dan buahnya boleh dimakan.
Akhirnya Nabi Yunus kembali segar dan bertenaga. Setelah itu, Allah
memerintahkan Nabi Yunus untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang
telah beriman kepada Allah SWT. Bersama merekalah Nabi Yunus hidup
aman dan sejahtera.

Sekian dulu ceritaku,


Kisah nabi pilihan yang satu,
Di lain lembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.

Sekian, terima kasih.

‫وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai