Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUNUS DENGAN IKAN NUN

Nabi Yunus utusan Allah,


Baginda tegas dalam berdakwah, Nasyid
Menyeru kaum Niwana ,
Menyembah Allah yang Esa.
Eh..Kawan-kawan ,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukran Jazilan bicara dilafazkan,buat para hakim , hadirin budiman ,qisasul ambiyak madah
dipersembahkan ,kisah Nabi Yunus dengan Ikan Nun jadikan renungan .
Nabi Yunus bin Matta diutus kepada kaum Niwana yang bukan keturunan baginda.Dari
generasi ke genarasi kukuh terpahat adat resam dan penyembahan berhala yang sukar
dipecahkan apatah lagi Nabi Yunus orang asing bagi mereka.
Nabi Yunus menyeru mereka berfikir kelebihan diri,alam keliling dan nikmat yang dikecapi
membuktikan hanya Allah yang layak disembah.
Namun…….jangankan taat, cercaan pula yang dapat.
Hadirin sekalian,
Hendaklah kita tabah dan bersabar dengan dugaan Allah . Contohilah kesabaran Ustaz Ebit
Liew dalam berdakwah.
Sombongnya mereka ya kawan-kawan . Mencabar kekuasaan Tuhan .Nabi Yunus amat
kecewa justeru memohon Allah menurunkan hukuman. Lalu Nabi Yunus membawa diri.
Alam gelap gelita…
Gementar seluruh anggota…
Bayu menghembus ganas… Sajak
Dentuman guruh membelah alam…
Bergegar bukit bergoncang bumi..
Ujian Tuhan telah tiba.
Ingatlah kita hadirin sekalian,
Wabak virus covind 19 yang sedang melanda sekarang adalah ujian dari Allah.
Kini sedarlah mereka benarlah Yunus utusan Allah.
Firman Allah Surah As-Saffat :139

١٣٩ ‫َو ِإَّن ُيوُنَس َلِم َن ٱۡل ُم ۡر َسِليَن‬


139 Sesungguhnya Yunus benar-benar adalah salah seorang rasul .
Ancaman Yunus bukannya dusta .Penduduk menangis ,merayu dijauhkan
bencana,terus bersujud bertaubat kepada Yang Esa.
Warga Dewan yang dihormati,
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Pengampun.
Cuaca gelap kembali terang ,
Wajah pucat kembali berdarah,
Yang hilang kini kembali pulang , Pantun
Gembira bersyukur kepada Allah,

Apa yang terjadi kepada Yunus ya kawan-kawan ,


Baginda berjalan berhari-hari sehingga kepantai.Menaiki kapal dan terus meluncur
laju. Namun …diharap panas hingga ke petang rupa-rupanya….

Ketenangan laut berganti gelombang ,


Kapal dihempas dek angin kencang , Syair
Kawalan kapal menjadi hilang,
Kini muatan mesti dibuang.

Setelah bermesyuarat undian dilaksanakan.


Ingatlah hadirin sekalian,

Nama baginda diundian pertama,


Undian kedua keputusannya sama, Nasyid
Penentu undian kali ketiga,
Masih tertera nama baginda .

Terlintas difikiran Nabi Yunus , inilah petanda kemurkaan Allah kerana


meninggalkan
Niwana tanpa keizinanNya.Dijelaskan melalui Surah As-Saffat :142

١٤٢ ‫م‬ٞ‫َفٱۡل َتَقَم ُه ٱۡل ُحوُت َو ُهَو ُمِلي‬


142. Maka ia ditelan oleh ikan besar, dalam melakukan perbuatan tercela.
Takdir tuhan punya hikmah dan kebaikan.
Nabi Yunus dicampakkan kelaut yang bergelora melawan gelombang yang
mengganas.Allah mewahyukan Ikan Nun menelan nabi yunus bulat-bulat tanpa
mencederakannya.
Lihatlah ….Kuasa Tuhan mengatasi segalanya.
Di dalam perut ikan baginda berzikir,bertasbih menginsafi diri memohon keampunan
Ilahi. Firman Allah Surah Al-Anbiyak :87
‫َّٰظ‬
٨٧ ‫ُس ۡب َٰح َنَك ِإِّني ُك نُت ِم َن ٱل ِلِم يَن‬
87. Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah
seorang daripada mereka yang zalim.
Warga Dewan Sekalian,
Kita hendaklah sentiasa muhasabah diri mencari keredhaan Ilahi.
Nabi Yunus dimuntahkan ikan ke daratan dalam keadaan kurus dan
lemah.Ditumbuhkan Allah pohon labu ,daunnya melindungi Nabi dari cahaya panas
sementara buahnya yang lembut dan menyegarkan dimakan oleh Nabi Yunus.
Kembalilah baginda kepada 100 ribu kaum Niwana yang menantinya.
Firman Allah Surat As-Saffat :147

١٤٧ ‫َو َأۡر َس ۡل َٰن ُه ِإَلٰى ِم ْاَئِة َأۡل ٍف َأۡو َيِزيُد وَن‬
Dan kami utuskan dia kepada seratus ribu orang atau lebih
Bukan lagi kaum yang kufur,tetapi ummat yang soleh.
Ya Hadirin…
kembalilah kepangkal jalan…insaflah sekiranya tersesat..bersyukurlah kepada Allah .Ini
dapat kita lihat pada hari ini ramai artis –artis telah berubah kearah kebaikan.

Insaf dan taubat andai berdosa,


Memohon ampun dari yang Esa, Nasyid
Berakhir disini cerita ana,
Ambil iktibar kepada semua.

Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wasalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai