Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN

KISAH NABI YUNUS A.S DENGAN DAKWAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang Arif lagi Bijaksana
seterusnya hadirin sekalian.

Kain pelekat raginya dua,


Kain batik bunga raya,
Dengarlah rakan cerita saya,
Kisah Nabi Yunus dengan dakwahnya.

Nabi Yunus bin Matta diutus oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk
Ninawa yang terletak dalam Wilayah Mawsul, Iraq.

Sebagaimana firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 139 :


Dan Sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) Yang diutus.

Kita hendaklah menerima dan menunaikan tanggungjawab yang


diamanahkan dengan ikhlas serta penuh dedikasi seperti mana Sultan
Kelantan yang menerima amanah sebagai Yang di Pertuan Agong kelima
belas.

Tahukah rakan-rakan..

Seruan Nabi Yunus kepada penduduk Ninawa supaya beriman kepada Allah
dan meninggalkan penyembahan berhala tidak dihiraukan malah mereka
berkata :

Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang


diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama
barumu?
Nabi Yunus berdoa memohon kepada Allah supaya menjatuhkan azab
keatas penduduk Ninawa.

Subanallah
Besarnya kuasa Allah
Tiba-tiba
Ninawa bertukar wajah,
Suasana menjadi gelap gelita
Angin kencang rebut melanda,
Maka. SAJAK
Bertempiaranlah mereka
Berlari kesana kemari
Menangis..
Merayu
Ya Allah ampunilah kami

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 88 :




Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari
kesusahan Yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami
menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman
(ketika mereka merayu kepada Kami).

Ingatlah rakan-rakan,

Kita hendaklah bersabar dan bertabah ketika berdakwah.

Tugas berdakwah adalah tanggungjawab bersama seperti mana usaha


melahirkan pendakwah yang telah dilakukan oleh pihak Tv 3 dan ASTRO
melaksanakan program realiti seperti Pencetus Ummah dan Daie. Moga-
moga melalui aktiviti dakwah ini, ianya mampu untuk membendung masalah
gejala sosial yang berlaku di Malaysia ini khususnya dikalangan remaja Islam.

Tanpa perintah Allah, Ninawa ditinggal pergi


Sabar dan Tabah sentiasa mengiringi,
Nasyid
Gunung didaki, jurang disusuri,
Tiba dipantai, kapal dinaik
Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat140 :



(ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal Yang penuh sarat.

Berfikir dahulu sebelum bertindak akan meghasilkan keputusan yang bijak

Seperti mana tersebarnya gejala tular memburukkan nama pemimpin tanpa


ada usul periksa kerana ia boleh mencemarkan nama Negara.

Tahukah rakan-rakan apa yang terjadi seterusnya.

Kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus telah dirempuh oleh ombak besar dan
angin kencang lalu tidak boleh belayar. Para penumpang mengadakan
undian. Nama yang terpilih hendaklah terjun ke dalam laut bagi
mengurangkan beban muatan kapal.

Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 141 - 142 :




(Dengan keadaan yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu jadilah
ia dari orang-orang yang kalah yang dihanyutkan (ke laut).
Kemudian ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

Nabi Yunus yang berada dalam peruti kan nun merasa sedih lalu memohon
keampunan kepada Allah dengan berdoa :

Sabar, Tabah dan tidak berputus asa untuk mencapai sesuatu kejayaan perlu
ada dalam diri setiap individu seperti pelajar OKU, Ahmad Faiz Ibrahim yang
mendapat 10A Mumtaz dalam peperiksaan STAM baru-baru ini.
Setelah beberapa jam berada di dalam perut ikan nun, Allah memerintahkan
ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di pantai. Nabi Yunus kembali semula
kepada kaumnya untuk berdakwah, mereka menyambutnya dengan
kepatuhan.

Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 148 :

(Setelah berlaku apa Yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami
biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang
ditetapkan bagi masing-masing).

Justeru itu rakan-rakan, segeralah bertaubat di atas segala kesalahan dan


kesilapan yang telah dilakukan contohnya apa yang dilakukan oleh bekas
anggota Kamikaze, Sham yang telah mengurangkan pembabitannya dalam
dunia hiburan serta kini aktif sebagai pendakwah.

Kita hendaklah taat kepada perintah Allah dan Rasul ,serta ingatlah setiap
perbuatan yang dilakukan pasti mendapat balasan Allah.

Kisah dibawa berakhir di sini,


Suka duka hayati bersama;
Mana yang baik kita teladani,
InsyaAllah hidup akan bahagia.

Saya akhiri cerita saya pada hari ini dengan lafaz

Anda mungkin juga menyukai