Anda di halaman 1dari 4

Awal Bismillah pembuka bicara,

Rahmat dipohon dari yang Esa,


Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba memulakan cerita.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…

Tuan hakim, hadirin yang ada,


Dengarlah cerita dari hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita,


Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun,
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang,
Nabi Allah tetap dalam pembelaan.

Haa….sebelum saya cerita lebih lanjut, marilah kita berkenalan dahulu dengan Nabi Yunus.
Kawan-kawan tahu tak nama sebenar Nabi Yunus? Menurut ahli tafsir, Nabi Yunus
bernama Yunus Bin Matta. Di dalam Al-Quran, nama Nabi Yunus disebut sebanyak 6
kali. Pada usia 30 tahun, baginda diutus menjadi Rasul untuk menyeru penduduk
negeri bernama “Niwana” yang terletak di Negara Iraq agar beriman kepada Allah
SWT. Firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 139:

َ‫سن ُوي َّنَِإو‬ ْ َ‫ يِل‬...


ُ َ ‫س ُر ْمٱل َنِ َمل‬
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah rasul-rasul yang kami utus.”

Penduduk Niwana merupakan satu kaum yang keras kepala, menyembah berhala serta
suka melakukan kejahatan. Bayangkan kawan-kawan... sepanjang 23 tahun berdakwah,
hanya 2 orang sahaja yang mahu menerima dakwah baginda iaitu Rubil dan Tanuh.
Rubil merupakan seorang yang alim dan bijaksana, manakala Tanuh pula seorang yang
tenang dan sederhana.
Seruan nabi tidak diterima.
Nabi diejek dan nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci, walau dihina

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87:

‫ا‬.. .‫ِنونٱل اَ َذو‬


ُّ ‫ضـ َ ُغم َبَ َّهذ ِذإ‬
ٰ ِ‫ب‬
Maksudnya: “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan
marah”.

Baginda telah berjalan kaki tanpa arah dan tujuan sepanjang siang dan malam sehingga
baginda sampai disebuah pantai. Di situ, terdapat sebuah kapal yang telah dipenuhi
penumpang dan barang. Hal ini telah digambarkan oleh Allah melalui surah As-Saffat
ayat 140:

ِ َ ‫ ْكلُ ْفٱل َإَِل َقَبَأ ْ ِذإ ِن ُو ْح‬...


‫ش ْمٱل‬

Yang bermaksud: “Ingatlah ketika dia lari ke kapal yang penuh muatan.”
Baginda menumpang kapal pedagang,
Membawa diri ke rantau orang,
Malangnya laut bergelombang,
Hampir karam di tengah lautan,

Naiklah Nabi Yunus ‘Alaihissalam ke kapal yang sudah penuh dengan penumpang dan
barangan. Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul oleh ombak yang besar serta
angin kencang sehingga menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tersebut
daripada tenggelam, pemilik kapal terpaksa membuat dua pilihan, sama ada tenggelam
bersama atau satu persatu dilemparkan ke laut untuk meringankan beban kapal dan
menyelamatkan yang lain. Akhirnya diputuskan untuk memilih membuang salah seorang
penumpang dengan mengadakan cabutan undian. Maka turut sertalah Nabi Yunus di dalam
undian tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah As-Saffat ayat 141:
َ َ ‫ض ْح ُد ْمٱل َنِم َنا َ َكف َ َمها‬
َ‫سف‬ َ ِ‫ ي‬...
Maksudnya: “Maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah
yang digelungsurkan ke laut.”
Ditakdir oleh Allah, Nabi Yunus menjadi insan yang bakal dilemparkan ke laut. Nabi Yunus
redha dan tahu itu merupakan balasan daripada Allah kepadanya kerana meninggalkan
kaumnya tanpa izin Allah. Dengan berserah diri kepada Allah, baginda terjun ke dalam laut.
Ketika Nabi Yunus berlawan dengan ombak yang mengganas, Allah telah mewahyukan
seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun
menelan Nabi Yunus dan menyimpannya di dalam perut tanpa cacat celanya. Untuk
pengetahuan kawan-kawan.... Nabi Yunus berada di dalam perut ikan Nun selama 40 hari 40
malam. Selama berada di dalam perut ikan Nun, baginda tidak putus-putus memohon
keampunan daripada Allah agar mengampunkan dosanya. Doa baginda telah disebut di
dalam firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 87:

َ ‫يِ ِم ٰلـَّظٱل َنِم ُتنُك ِنِّإ َ َك ٰنـ َ ْحبُس َتنَأ َّٓإَِّل َٰهـَإِل َّٓ َّل‬...

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci
Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Nabi Yunus nabi yang mulia, Siang dan malam tetap berdoa, Pohon keampunan pada yang
Esa, Allah mendengar segala rayuannya. Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus
serta mengilhamkan kepada ikan itu supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu,
maka terkeluarlah baginda dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan yang
sangat lemah dan uzur. Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang Maha Esa, Allah
telah menghidupkan sejenis tumbuhan yang menjalar seakan-akan buah labu yang
membolehkan baginda bernaung di bawahnya dan memakan buahnya. Setelah kembali
segar dan bertenaga, Allah telah memerintahkan baginda untuk kembali kepada penduduk
Niwana yang telah beriman kepada Allah. Maka, hiduplah Nabi Yunus dengan aman dan
tenteram bersama penduduk Niwana.
Sebelum saya mengakhiri cerita saya ini, saya ingin menyimpulkan pengajaran yang kita
boleh ambil dari kisah ini untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Kita
hendaklah sentiasa berusaha dengan tekun dan gigih tanpa mengenal erti putus asa agar kita
mendapat kecemerlangan

Anda mungkin juga menyukai