Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt…Nama saya Mohammad Hamdani Bin Hasim Gani.

Hari ini
saya ingin bercerita tentang kisah Nabi Yunus a.s dan ikan Nun.

Pada suatu hari, Nabi Yunus a.s meninggalkan Kota Ninawa. Nabi Yunus a.s berputus
asa kerana dakwahnya tidak diterima oleh penduduk kota tersebut. Tanpa disedarinya, Nabi
Yunus a.s telah berada di tepi pantai. Nabi Yunus a.s melihat sekumpulan orang yang tergesa
– gesa menaiki sebuah kapal yang hendak belayar.

Nabi Yunus a.s meminta kebenaran untuk turut serta dalam pelayaran itu. Semasa
dalam pelayaran, tiba - tiba gelombang yang tenang bertukar menjadi ombak yang besar yang
diikuti dengan tiupan angin yang kencang. Mereka berada dalam keadaan ketakutan kerana
kapal mereka sudah tidak dapat dkawal dengan baik.

Dalam keadaan yang kelam kabut, jurumudi dan penumpang bersepakat untuk
meringankan bebanan di atas kapal itu. Cara mereka adalah dengan salah seorang penumpang
harus terjun ke laut. Mereka membuat undian untuk menentukan siapakah yang akan terjun
ke laut. Undian 1, 2, dan 3 jatuh kepada Nabi Yunus a.s .

Nabi Yunus a.s yakin bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah swt yang
tidak boleh ditolaknya. Nabi a.s pasrah kepada ketentuan Allah dan terus terjun ke laut. Nabi
Yunus a.s dibawa arus gelombang yang dasyat dan terus berjuang mengharunginya sambil
berdoa kepada Allah swt.

Dengan kasih sayang Allah swt, tiba- tiba datang seekor ikan nun yang sangat besar
lalu menelan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s berada dalam perut ikan nun dalam keadaan
selamat. Nabi Yunus a.s terus bezikir dan bedoa.

Maksudnya, Ya Allah, Sesunggunya tiada tuhan selain Engkau, Maha Susi Allah dan
sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri.

Setelah 40 hari Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, Allah swt memerintahkan
ikan nun agar memuntahkan Nabi Yunus ke pantai. Nabi Yunus a.s keluar dengan selamat
dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum. Akan tetapi dengan rahmat dan kasih
saying Allah swt, di sebelah tempat Nabi Yunus a.s berbaring ditumbuhkan sepohon labu.
Daun pohon labu itu dapat menaungi Nabi Yunus a.s dan dapat makan buahnya sehingga
badannya segar kembali.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai