Anda di halaman 1dari 2

Assalamulaikum wbt.. hai kawan2..

Nama saya……………………………….. umur saya…………………………………..saya dari


tabika…………………………

Jom kita zikir sama2…


ٰ
َ‫نت ِمنَ ٱلظَّلِ ِمين‬ َ َ‫آَّل إِ ٰلَهَ إِآَّل أَنتَ س ُۡب ٰ َحن‬
ُ ‫ك إِنِّي ُك‬

Kawan- kawan pernah dengar tidak zikir ini?

Mesti pernah dengarkan, zikir ini ada kaitan dengan cerita yang akan saya sampaikan
hari ini.

Cerita saya hari ini ialah Kisah nabi Allah Yunus ditelan ikan Nun.

Siapa nabi Yunus?

Baginda bernama Yunus Bin Mata yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan ajaran
Islam buat penduduk di Ninawa. Ninawa merupakan daerah Mosul, Irak yang pada masa
itu penduduknya masih menyembah berhala.

Pada suatu ketika, Nabi Yunus menemui penduduk Ninawa yang sedang menyembah
berhala.

Kedatangan baginda ditolak oleh para penduduk Ninawa. Mereka mengolok-olok dan
menghinanya menyebabkan Nabi Yunus marah dan meninggalkan mereka.

Kemudian Allah SWT meminta Nabi Yunus untuk memberitahu kepada kaumnya bahawa
Allah akan memberikan azab kepada mereka.

Namun, penduduk Ninawa tidak percaya dan mereka berkata “ kami tidak takut, buktikan
kalau kau bercakap benar”

Kemudian baginda pergi menaiki kapal yang penuh muatan dengan perasaan kecewa dan
berputus asa kerana dakwahnya tidak diterima.

Ketika itulah Allah menurunkan amaran buat penduduk di Ninawa. Mereka ketakutan dan
tercari-cari akan nabi Yunus dan mengakui kebenaran lalu kembali ke jalan Allah.

Setibanya kapal nabi Yunus di tengah lautan bergelora, kapal yang dinaiki baginda
terumbang ambing seperti hendak karam. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, jurumudi
dan penumpang telah bersepakat untuk meringankan bebanan di atas kapal yang penuh
dengan muatan itu.

Jadi, salah seorang daripada penumpang harus terjun ke laut. Untuk menentukan
siapakah yang akan terjun ke laut, mereka telah mengadakan undian. Undian pertama,
kedua, dan ketiga jatuh kepada Nabi Yunus a.s. Baginda yakin bahawa keputusan undian
itu adalah kehendak Allah S.W.T yang tidak boleh ditolaknya
Dalam keadaan pasrah kepada Allah S.W.T, Nabi Yunus a.s. terjun ke laut dan dibawa
arus gelombang yang dasyat. Di tengah laut Nabi Yunus a.s. berjuang mengharunginya
sambil berdoa kepada Allah. Dengan kasih sayang Allah, tiba-tiba datang seekor ikan
Nun yang sangat besar menelan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. disimpan di dalam perut
ikan Nun dalam keadaan selamat. Ketika berada di dalam perut ikan Nun itu, Nabi Yunus
berasa sedih lalu memohon keampunan kepada Allah dengan berdoa :

ٰ َ َ‫آَّل إِ ٰلَهَ إِآَّل أ‬


َ ‫نت ِم َن ٱلظَّلِ ِم‬
‫ين‬ َ َ‫نت س ُۡب ٰ َحن‬
ُ ‫ك إِنِّي ُك‬
Maksudnya : “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim”

Tahukah kawan-kawan…

Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan Nun selama 40 hari. Selama 40 hari itu, baginda
bertasbih dan berdoa kepada Allah sehingga baginda menjadi semakin lemah. Akhirnya
Allah SWT memperkenankan doanya dengan memerintahkan ikan Nun memuntahkan Nabi
Yunus di tepi pantai.

Kemudian, Nabi Yunus kembali ke tempat asalnya. Baginda disambut dengan gembira oleh
penduduk Ninawa. Baginda terkejut melihat penduduk di Ninawa tidak lagi menyembah
berhala dan mereka berpegang kepada ajaran Islam.

Begitulah kisah nabi Yunus dengan kaumnya. Pengajaran dari kisah ini adalah jangan
cepat berputus asa dan bersegera kembali kepada Allah. Allah pasti akan kurniakan
kebahagian bagi mereka yang mengingatiNya.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai