Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita


Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tahukah kawan-kawan mengapa Nabi Yunus meninggalkan


kaumnya lalu ditelan ikan nun? Sebenarnya Nabi Yunus kecewa dengan
kaumnya yang hidup dalam keadaan mewah dan sombong dengan
kekayaan mereka. Mereka menyembah berhala dan tidak beriman
kepada Allah.

Nabi Yunus sangat marah dengan sikap kaumnya itu lalu


mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka. Baginda terus
berjalan hingga sampai ke tepi laut. Baginda melihat sebuah kapal yang
sedang bersiap sedia untuk belayar lalu meminta untuk menyertai
pelayaran itu.

Kapal itu pun belayar membawa Nabi Yunus dan penumpang-


penumpang lain. Tiba-tiba…… berlakulah ribut taufan yang amat
dahsyat hingga hampir menenggelamkan kapal tersebut. Mereka pun
berpakat untuk membuat undian. Sesiapa yang terkena undian
tersebut akan dicampakkan ke dalam laut demi keselamatan
penumpang-penumpang lain.
1
Setiap kali undian dibuat pasti jatuh kepada Nabi Yunus.
Penumpang-penumpang lain tidak percaya kerana Nabi Yunus seorang
yang soleh. Akhirnya, Nabi Yunus membuat keputusan untuk terjun ke
dalam laut dengan rela hati.

Setelah Nabi Yunus terjun ke dalam laut, Allah mengutuskan


ikan nun yang besar untuk menelannya. Kemudian laut pun kembali
menjadi tenang.

Nabi Yunus pun duduk di dalam perut ikan nun yang sangat
gelap. Dengan tenang, beliau tidak putus-putus beristighfar dan
berzikir memuji kebesaran Allah atas peristiwa tersebut.



Maksudnya: “…Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau.
Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’ ayat
87)

Selepas itu, ikan nun pun terdampar di sebuah pantai dan Nabi
Yunus pun keluar dari perut ikan tersebut. Baginda diperintahkan oleh
Allah supaya kembali berdakwah kepada kaumnya.

Sebenarnya……., ketika Nabi Yunus meninggalkan kaumnya, mereka

2
berasa amat takut dengan kehilangan baginda lalu mula bertaubat,
berkasih sayang dan beriman kepada Allah.

Setelah Nabi Yunus kembali, kaumnya menyambut baginda dengan


penuh kegembiraan. Mereka mengikuti setiap ajaran yang dibawa
baginda.

Kawan-kawan……., banyak pengajaran yang kita perolehi


daripada kisah ini. Yang pertama, kita mestilah mentaati perintah Allah
dan Rasul serta menjauhi larangan-Nya. Kedua, sebagai hamba Allah,
kita mesti sentiasa berzikir dan mengingati Allah ketika susah dan
senang. Dan yang ketiga, kita tidak boleh berputus asa dan mestilah
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai