Anda di halaman 1dari 8

Syukran Jazilan Ya Pengerusi acara,

Hakim yang bijaksana, hadirin hadirat semua,


Kisah Ashabul Fil tajuk bicara,
Haraplah mendengar isi ceritanya.
...
1)1

...
...maksudnya
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak
terhadap Ashabul Fil? (QS. Al Fiil: 1).
Kawan-kawan?
Apakah maksud ashabul fill? ashabul fill ialah satu pasukan yang terdiri
dari tentera bergajah, iaitu tentera yang diceritakan dalam sirah nabi yang
ingin menghancurkan rumah ALLAH iaitu ka`bah.Pasukan bergajah ini
diketuai oleh raja abrahah iaitu seorang gabenor dari abysinnia yang telah
berhasil menakluk dan menjadi raja saba` di negeri yaman. penduduk negeri
itu menganut agama nasrani.
Pada ketika itu abrahah sangat ingin bangsa arab melakukan ibadah haji di
sana`,ibu kota yaman. Dia tidak suka bangsa arab melakukan ibadah haji di
makkah yang mana di sanalah terletaknya ka`bah iaitu tempat ibadah
pertama bagi umat islam sepertimana firman ALLAH S.W.T didalam surah alimran ayat 96-97: ...

)(




maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat
beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi

dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda


yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya
(Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban
manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan
perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta
alam. Qs.3:96-97
Sesungguhnya ayat ini menceritakan bahawa ka`bah adalah tempat
ibadah yang paling mulia disisi ALLAH,tidak hairanlah kota makkah ketika itu
menjadi tempat yang paling aman dan makmur dan sekaligus menjadi
tempat tumpuan bagi pedagang dan bangsa arab.sehingga sekarang ka`bah
sudah menjadi satu tempat yang diinginkan oleh umat islam untuk pergi
kesana dan menjadi satu tuntutan kepada kita yang mampu untuk
kesana.Pembesaran kota makkah yang dilakukan juga membuatkan makkah
menjadi tempat yang sngat harmoni dari segala aspek dan dapat
menampung beribu jemaah di sana.
Namun abrahah pada zaman itu apabila dia mengetahui akan keadaan
bangsa arab yang sangat suka ke sana untuk menunaikan ibadah haji,
abrahah menjadi cemburu lalu dia mengarahkan tenteranya membina
sebuah gereja besar yang diberi nama `al-qulais' di yaman,tujuannya adalah
untuk menyaingi ka`bah.
firman ALLAH S.W.T di dalam surah At-taubah ayat 108-109:
...






















( 108)
























(109 )







Maksudnya:

Janganlah

kamu

bersembahyang

dalam

masjid

itu

selama-lamanya.

Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama
adalah lebih patut kamu solat di

dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin

membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.( 108)1 Maka
apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan
kereidhoan-(Nya)1 itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi
jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka
Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Namun usahanya hanya sia-sia bangsa arab tetap pergi ke makkah


untuk melakukan ibadah di ka`bah seperti mana yang termaktub didalam
ayat diatas tadi. Malah pedagang arab juga melakukan sebarang urusan
disana.mengetahui akan hal itu , abrahah menjadi murka dan sangat
marah.sifat dengki dan cemburu teramat menguasai dirinya. Dia lansung
memerintahkan pasukannya untuk menyerang kota maakah dan
menghancurkan ka`bah. Diantara pasukan tersebut terdapat 13 ekor
gajah ,gajah yang terbesar bernama mahmud.
Dalam konteks kita sebagai manusia dan hamba pada
ALLAH,sesungguh sifat hasad dengki cemburu merupakan sifat yang sangat
disukai oleh syaitan,kerana dari situlah akan timbul pergaduhan
persengketaan dan permusuhan diantara masyarakat contohnya seperti
yang berlaku dalam negara kita kes pembunuhan semuanya berpunca dari
sifat hasad dengki dan cemburu sesama manusia.Tetapi jika kita lihat pada
negara-negara asean mereka tidak sama sekali menyukai
pergaduhan,permusuhan diantara mereka,malah sikap saling tolong
menolong antara satu sama lain sentiasa dijadikan sebagai satu perkara
yang baik bagi mereka.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-imran ayat 96-97

( 96)1

(97)1
maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat)1 manusia,
ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah)1 yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua
manusia (96)1 Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya)1 maqam Ibrahim;
barangsiapa memasukinya (Baitullah itu)1 menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah
kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi)1 orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke
Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji)1, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
.(tidak memerlukan sesuatu)1 dari semesta alam (97)1
Ayat di atas menjelaskan pada kita betapa mulianya ka`bah sehingga
sesiapa yang memasukinya maka dia selamat,dan akan tetapi abrahah tidak
menghiraukan segala halangan dia tetap meneruskan niatnya. Semasa
abrahah dan tenteranya dalam perjalanan untuk memusnahkan
ka`bah,mereka juga turut merampas apa saja yang mereka temukan
,termasuklah 200 ekor unta milik abd mutallib iaitu si penjaga ka`bah. ketika
dalam perjalanan mereka berhenti di suatu lembah untuk mereka
berehat,lalu abrahah mengirimkan seorang utusannya yang bernama
hunata,untuk menemui pemimpin penduduk disana.Ia berpesan bahawa
mereka datang bukan untuk berperang, tetapi hanya ingin menghancurkan
ka`bah .Dan jika kamu ingin menghindari pertumpahan darah,maka
pemimpin makkah harus menemuinya di khemah.
Maka datanglah pemuka kota makkah yang mewakili penduduk
makkah iaitu Abdul Mutallib, datuk kepada Rasulullah S.A.W. Ketika Abrahah
melihat kedatangan Abdul Mutallib ke khemahnya,dia sangat terkesan lalu
turun dari singgahsana dan menyambutnya dan duduk bersama diatas
permaidani.Ia menyuruh juru bicaranya menanyakan kepada Abdul Mutallib
apakah permintaan yang hendak diajukan ,Abdul Mutallib meminta agar 200
ekor untanya yang telah dirampas dikembalikan semula.

Mendengar akan permintaan itu,abrahah menjadi sangat kecewa


kerana ia menganggap Abdul Mutallib lebih mementingkan unta-untanya dari
ka`bah yang sedang terancam untuk dihancurkan.
Abdul Mutallib menjawab, ``aku adalah pemilik unta-unta itu,sementara
ka`bah ada pemiliknya sendiri yang akan melindunginya''
``tapi sekarang ini dia tak akan dapat mampu melawanku'' ,kata Abrahah
``kita lihat saja nanti,''jawab Abdul Mutallib, ``tapi kembalikan unta-unta itu
sekarang''.
Abrahah memerintahkan agar unta-unta tersebut dikembalikan.
Hasil rundingan itu abrahan mengembalikan unta-unta tersebut kepada
Abdul Mutallib,dan niatnya untuk menghancurkan ka`bah tetap juga
diteruskan . Pasukannya terus bergerak ke kota makkah sampai di Mahassir.
Dalam ekspedisinya, abrahah mempunyai seorang penunjuk jalan dari suku
arab,bernama nufail dari suku khat'sam.
Belum pun sempat tentera abrahah sampai ke ka`bah ,pasukan tersebut
dimusnahkan oleh ALLAH TAALA sepertimana dalam firmanNYA dalam surah
Al-imran ayat 68:
.















Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang
mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada
Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.

Ayat diatas memberitahu kepada kita apabila abarahah dan tenteranya


hendak memusnahkan ka`bah maka ALLAH pun melindungi ka`bah dari
dihancurkan iaitu dengan menghantar tentera-tenteranya yang lebih dasyat
dari tentera abrahah.maka tiada seorang pun yang mampu
menandinginya.Dan sesungguhnya ALLAH adalah TUHAN yang maha
pelindung kepada hambaNYA,DIA tak akan membiarkan segala sesuatu

kebaikan dan hamba-hamba yang dikasihiNYA dimusnahkan oleh musuh


umat islam.sepertimana yang terjadi pada saudara kita di palestin,syria dan
sebagainya,betapa mereka berjuang bersungguh-sungguh menegakkan
agama ALLAH kerana mereka yakin bahawa seatu hari nanti akan datang
pertolongan ALLAH kepada mereka..dan mereka pasti bahawa ALLAH akan
sentiasa melindungi mereka dari ancaman kafir laknatullah..
Maka disaat itu ALLAH telah menampakkan kekuasannya seperti yang
termaktub didalam Al-quran
didalam surah Al-fiil ayat 3-5
.

3-
4-









5-






Maksudnya: 3. dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong 4.
yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar 5. lalu Dia
menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Ayat tersebut menceritakan pada kita iaitu ALLAH menunjukkan


kekuasaanNYA dengan mendatangkan pelbagai tentera,contohnya yang
belaku sekarang banyak penyakit yang terjadi salah satunya berkaitan
dengan demam denggi ia berpunca dari nyamuk yang kecil saja,tetapi
membawa penyakit yang sangat bahaya,begitulah juga yang terjadi pada
tetntera abrahah,ALLAH telah mengutuskan burung-burung ababil yang
membawa batu-batu yang bernama sijjil.Mereka tidak dapat melarikan diri
lagi ,kerana langit di ufuk barat ketika itu sudah menghitam dengan
pekatnya, dan suara-suara gemuruh terdengar dengan suara yang makin
menggerunkan dari arah laut dan menutupi langit diatas mereka.
Ababil, kisah benar dari Al-quran,
Ababil, bukan hanya kisah dogengan,
Ababil, satu bukti bantuan Tuhan,

Jika kita bertaqwa dan bertawakal kepadaNya.


Burung-burung Ababil dikirim Allah,
Melemparkan batu yang panas, batu dari Neraka,
Menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaanNya.
ketika itu pasukan tentera abrahah sedang berada di tengah-tengah
lembah,tiba-tiba muncul sekumpulan burung, sejauh jangkauan pandangan
mereka,langit dipenuhi beribu-ribu burung yang tak terhingga jumlahnya.
Burung-burung tersebut secepat burung layang-layang dan masing-masing
membawa tiga batu kecil yang membara,satu di paruhnya dan yang lain di
kepit dengar cakar di kedua-dua belah kakinya.burung-burung tersebut
menuju kearah pasukan dan menjatuhkan batu-batu itu,yang
kemudiannyameluncur laju dan cepat menembusi setiap baju.setiap batu
yang mengenai pasukan itu lansung mereka mati.mereka jatuh terkaparkapar dan tubuhnya langsung membusuk dengancepat dan ada juga yang
perlahan-lahan.
Burung-burung tersebut menghujani pasukan abrahah dengan batu-batu
kecil sehingga hancur bercerai -berai ,maka mereka binasa dalam keadaan
yang amat menggerikan.Abrahah pula melarikan diri dalam keadaan
tubuhnya hancur sepotong demi sepotong sehinggalah dia mati di yaman.ini
merupakan kemenangan yang ALLAH anugerahkan kepada penduduk
makkah dan juga bentuk perlindungan ALLAH kepada rumahnya iaitu ka`bah
.

Jelasnya disini peristiwa tersebut diberi nama tahun gajah kerana ia


merupakan tahun bersejarah bagi umat islam selurunhya , kerana pada
tahun terjadinya peristiwa tersebut merupakan tahun kelahiran nabi kita
iaitu Nabi Muhammad S.A.W,selepas kejadian itu maka pada hari isnin 12
rabiul awal tahun gajah bersamaan 570 masihi lahirlah Nabi kita Muhammad

S.A.W iaitu Nabi yang akan membawa rahmat ke seluruh alam. sepertimana
firman ALLAH didalam surah Al-anbiya` ayat 107:
.

107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)1 rahmat bagi semesta alam.
Maka bagi kita sebagai umatnya tidak salah untuk kita membuat satu majlis
iaitu sambutan maulidur rasul yang mana sentiasa diraikan dengan
qasidah,selawat,ceramah ,cerita dan sebagainya untuk mengingatkan
kembali kita tentang Rasulullah yang sangt kasih akan umatnya hatta
sehingga nafas yang terakhir pun tetap ingat akan umatnya selagi tidak
menyalahi syariat islam.marilah sama-sama kita mencontohi segala akhlak
Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan kita agar mudah mudahan
diakhirat nant kita dapat bersama RASULULLAH di Syurga ALLAH..
Kisah Ashabul Fil tamatlah sudah,
Jadikan teladan iktibar semua,
Hukuman Allah itulah padah,
Menyesal kemudian tiadalah gunanya
Terima kasih untuk semua,
Mendengar cerita jemunya tiada,
Mana yang baik ambil iktibarnya,
Apa yang buruk elakkanlah Ya

Sekian. Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Anda mungkin juga menyukai