Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih peneraju acara, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang
sentiasa peka dengan detik masanya, guru-guru seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian.

Awal kalam pembuka bicara


Selawat dan salam nabi tercinta
Bertemu kita di pertandingan bercerita
Nabi Zakaria anugerah zuriat soleh tajuk cerita

Dengar ya semua
Nabi Zakaria a.s merupakan salah seorang rasul daripada 25 orang rasul pilihan Allah S.W.T.
Baginda diutuskan untuk berdakwah kepada kaum Bani Israil yang zalim dan mungkar. Namun
baginda tetap berdakwah dengan sabar. Baginda mempunyai seorang isteri yang Bernama Isya’.
Isya’ diuji oleh Allah dengan kemandulan sejak sekian lama.

Ertinya : Yang dibacakan ini adalah penjelasan tentang limpahanRahmat tuhan kamu kepada
hambanya Zakaria iaitu ikutkan segala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang perlahan
Surah Mariam ayat 2 hingga 3

Kawan-kawan,
Usia Nabi Zakaria a.s dan isterinya sudah mencapai usia 80 tahun. Sangat mustahil untuk
mendapat seorang anak dalam usia yang lanjut begitu. Justeru, tinggallah mereka berdua hidup
dalam kesunyian yang berpanjangan.

Resah dirinya,
Gundah gulana, NYANYI
Lalu berdoa mohon padaNya
Moga dikurnia Cahaya mata
Penyambung dakwah pembela agama

Dalam doa, Nabi Zakaria merayu,


Wahai Tuhanku
Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku
Dan telah putih melepaklah uban kepalaku
Dan aku wahai Tuhanku, tidak pernah merasa hampa
Akan doaku memohon kepadamu
Dan sesungguhnya aku berasa bimbang akan kecuaian
Kaum kerabatku
Menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku
Dan isteriku pula adalah seorang yang mandul
Oleh itu, kurniakan kepadaku seorang anak lelaki
Seorang yang layak mewarisi daku
Juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub
Dan jadikanlah dia wahai tuhanku
Seorang yang diredai serta disukai

Surah Maryam ayat 4-6

Tibalah waktu yang menggembirakan NYANYI


Atas doa, doa yang dipanjatkan

Malaikat Jibril pun memanggil Nabi Zakaria a.s. Ketika itu baginda sedang berdiri melakukan
solat di mihrab.

Wahai Zakaria…Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu, dengan kelahiran seorang


puteramu Yahya..yang benarkan kalimat-kalimat yang datang dari Allah, menjadi ikutan,
menahan diri dari hawa nafsu…dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.
Surah Al-Imran ayat 39.
Wahai Zakaria
Sesungguhnya kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan
seorang anak lelaki bernama Yahya…yang tidak pernah kami jadikan sebelum itu samapun
dengannya
Surah Maryam ayat 7

Berita itu mengejutkan nabi


Mustahil kerana mandulnya si isteri NYANYI
Namun mudah bagi Illahi
Lahirlah Yahya permata hati

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian


Seiring kemajuan sains dan teknologi, manusia telah mencipta ikhtiar alternatif untuk
mendapatkan zuriat seperti kaedah inseminasi buatan (IUI) dan bayi tabung uji (IVF). Namun,
keberhasilannya tetap dengan izin Allah jua.

Kelahiranmu dirindui,
Kehadiranmu dinanti-nanti, SAJAK
Duhai Nabi Yahya, zuriat tercinta Nabi Zakaria
Kelak kau akan mewarisi kenabiannya
Kelahiranmu dimuliakan Allah
Menjadi rasul penyelamat ummah
Penuh ketaatan, jua kesungguhan
Firman Allah s.w.t

Dan Nabi Yahya seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Dan bukannya dia seorang
yang sombong lagi derhaka.
Surah Maryam ayat 14

Kawan-kawan yang dikasihi Allah sekalian,


Apa pengajaran yang kita peroleh dari kisah Nabi Zakaria ini ya? Ada banyak pengajaran yang
boleh kita ambil dari kisah ini. Antaranya ialah Allah s.w.t sentiasa Bersama dengan orang-orang
yang sabar. Selain itu, Allah s.w.t telah memberitahu kita berulang kali di dalam Al-Quran
bahawa dia adalah sebaik-baik perancang. Kun fa yakun. Jadi, maka jadilah ia.
Zuriat itu kurnia yang esa,
Amanah Allah buat manusia,
Sabarnya Nabi terus berdoa SYAIR
Jadi tauladan kita semua.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai