Anda di halaman 1dari 4

Isya binti Imran isteri nabi zakaria keajaiban doa

َ ‫ِين َي ۡس َت ۡك ِبر‬
َ ُ‫ُون َع ۡن عِ َبادَ تِي َس َي ۡد ُخل‬
‫ون َج َه َّن َم دَ اخ ِِرين‬ َ ‫َو َقا َل َر ُّب ُك ُم ۡٱدعُون ِٓي َأ ۡس َت ِج ۡب َل ُك ۡۚم ِإنَّ ٱلَّذ‬

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku


perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Surah Maryam , ayat 60.

Bismillahirrahmanirrahim,

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Syukran jazilan buat pengacara majlis,

Yang dihormati, Barisan hakim yang berwibawa,Seterusnya hadirin

yang ceria.

(Ucapan salam pembuka bicara)

Tangan dihulur ikatan bersemi.

Berdirinya saya disini adalah untuk bercerita tentang satu kisah berkaitan
keajaiban dalam berdoa.

Hadirin sekalian, nak tahu tak kisah ini berkaitan dengan siapa?

Kisah pada kali ini berkaitan dengan seorang isteri, seorang wanita yang
menjadi pasanagan kepada salah seorang nabi iaitu Nabi Zakaria A.s,
Namanya ialah Isya Binti Amran.

Wahai sahabat sekalian,

Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak ada satu pun yang mustahil. Jika
Allah berkehendak , maka terjadilah ia.

Sesuai dengan satu ayat Al- Quran yang berbunyi;

Auzubillah himinasyyaitonirajim.

ُ‫ض ٰ ٓى َأمْ رً ا َفِإ َّن َما َيقُو ُل َلهُۥ ُكن َف َي ُكون‬


َ ‫ان هَّلِل ِ َأن َي َّتخ َِذ مِن َو َل ٍد ۖ ُسب ٰ َْح َن ُهۥٓ ۚ ِإ َذا َق‬
َ ‫َما َك‬

Ertinya: "Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila
Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya:
"Jadilah", maka jadilah ia".

Surah Maryam, ayat 35.

Hadirin sekalian,

Allah Maha Besar dan Maha Segalanya. Kekuasaan ini salah satunya
ditunjukkan melalui kisah Nabi Zakaria Alaihissalam dengan isterinya, Isya'
binti Imran. Perempuan muslimah yang dikatakan tidak boleh mendapatkan
anak, akhirnya boleh mengandung dan melahirkan zuriat sendiri berkat doa
suaminya, ketaatannya pada Allah Ta'ala serta kebesaran-Nya.

Isya' binti Imran adalah seorang perempuan beriman, mulia dan baik.
Beliau diasuh dengan kemuliaan , diserikan dengan takwa, dan sentiasa
menyambung malam dan siangnya dengan ketaatan kepada Allah
subhanahu wa ta'ala.

Isya telah dikatakan sebagai perempuan mandul sejak masa remajanya.


Kehidupan terus berjalan seiring waktu sehingga Isya' menikah dan
menjadi isteri kepada Nabi Zakaria.
Mereka terus bersama melakukan kebaikan dan meniti kehidupan mereka
dengan beribadah dengan penuh ketaatan sehinggalah ke usia tuanya.

Maka terjadilah kisah di mana suatu hari, orang sekeliling merasa aneh
dengan apa yang terjadi pada Zakaria.

Ketika itu, mereka menunggu baginda keluar dari tempat ibadah (mihrab).
Nabi Zakaria AS keluar dengan wajah yang pucat hingga mereka bertanya
apa yang telah terjadi kepadanya. Nabi Zakaria menulis di atas tanah untuk
mereka, "Agar kalian bertasbih pada waktu pagi dan petang ...."

Nabi Zakaria sememangnya sentiasa keluar untuk menemui mereka setiap


pagi dan petang.

Ketika tiba waktu kehamilan Isya’, baginda masih dalam keadaan tidak bisa
bicara. Baginda hanya mampu memberi isyarat tentang berita kehamilan
isterinya dan memerintahkan mereka untuk solat.

Sewaktu usia kehamilan Isya’ telah genap sembilan bulan 10 hari, Isya
akhirnya melahirkan bayi yang diberi nama Yahya. Yahya juga adalah
seorang anak yang diutuskan oleh Allah menjadi seorang nabi yang mulia,
iaitu Nabi Yahya A.S.

Ketika Yahya berusia tiga tahun, Allah SWT juga telah memberikan
kebijaksanaan kepadanya. Beliau dikurniakan boleh membaca Taurat,
walaupun ketika masih kecil.

Di dalam Tarikh Ibnul Wardi, seperti dituliskan oleh Abu Malik Muhammad
bin Hamid dalam bukunya berjudul “150 Perempuan Shalihah: Teladan
Muslimah Sepanjang Masa”, Isya' melahirkan Yahya selepas enam bulan
peristiwa Maryam melahirkan Isa A.S. Yahya ditakdirkan oleh Allah Ta'ala
menjadi lelaki yang memiliki akhlak dan sifat terpuji. Dengan izin Allah,
beliau lahir ketika Nabi Zakaria AS berusia 120 tahun dan Isya berumur 98
tahun.
Kisah ini diabadikan dalam Alquran dengan doa,

َ ‫َو َز َك ِر َّيا ِإ ْذ َنادَ ى َر َّب ُه َر ِّب اَل َت َذ ْرنِي َف ْرداً َوَأ‬


َ‫نت َخ ْي ُر ا ْل َو ِارثِين‬
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan
Engkaulah waris yang paling baik." (QS al-Anbiya: 89).

Demikianlah hari demi hari nabi Zakaria memohon kepada Allah agar
mendapatkan penerus yang taat dan selalu berada di jalan yang Allah redha.

Hadirin sekalian,

Imtihannya, hal yang kita telah pelajari dari kisah ini ialah dimana doa-doa Nabi
Zakaria yang tidak pernah putus kepada Rabbnya beserta harapan Nabi Zakaria bila
dilihat dari logik akal manusia, ianya dikira termasuk hal yang mustahil.

Walau dengan keadaan yang dinyatakan tua dan mandul, tidak bermakna
mereka berputus asa dari bermunajat doa kepada Allah. Keyakinan dan
ketakwaannya telah berbuah manis dengan kehadiran nabi Yahya yang
menjadi salah satu rasul dalam riwayat 25 nabi dan rasul yang wajib kita
yakini.

Nabi Zakaria bersama isterinya telah membuktikan bahawa jangan pernah lelah
untuk berdoa dan jangan pernah putus asa dalam melantunkan doa kepada Allah
Ta’ala. Walaupun di awalnya, beliau juga sudah tidak terlalu berharap akan
mempunyai anak. Namun, harapannya akan keajaiban dan kemurahan Allah Ta’ala
menjadi menguat dan itu sangat membekas di dalam hati Zakaria.

Hijaunya daun si pohon kelapa,

Daun melambai ditiup sang bayu,

Jari disusun maaf dipinta,

Di lain waktu kita bertemu.

Sekian,

Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai