Anda di halaman 1dari 3

Ummu Jamil : Si Pembawa Kayu Api

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, barisan guru-guru,AJK
pelaksana, serta para peserta pertandingan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum salam diberi


Hadirin sekalian yang saya hormati
Izz Zahraa khalishah Muhd Khairi nama diberi
Jom dengar cerita ini sepenuh hati

Wajahmu cantik sungguh jelita,


Kaya – raya dijaga rapi,
Namun sentiasa ingin sengketa,
Kisah Ummu Jamil pembawa kayu api.

Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Hai, kawan-kawan pernah dengar kisah Ummu Jamil? Arwa’ binti Harb ialah
isteri kesayangan Abu Lahab.Dia seorang yang rupawan sehingga diberi gelaran
Ummu Jamil yang bermaksud ibu yang cantik.Tetapi sayang kerana perangainya
tidak secantik dan seindah wajahnya.Arwa memiliki lidah yang setajam pisau dan
sering menghina Rasulullah SAW.

Arwa dan suaminya, Abu Lahab merupakan bangsawan Arab yang kaya-raya
serta dihormati oleh kaum Quraisy. Namun begitu,dia dan suaminya kufur dengan
rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.Bahkan mereka ini terkenal dengan sikap
suka menzalimi Nabi Muhammad SAW.Mereka sanggup berpenat lelah menyiasat
dan membuat strategi untuk menghancurkan usaha dakwah Nabi Muhammad S.A.W

Disebabkan sikap mereka yang zalim, maka turunnya surah Al Lahab atau Al
Masad.Surah ini tidak hanya mencela Abu Lahab sahaja,malah nama Ummu Jamil
juga disebut-sebut di dalamnya.Allah berfirman bahawa Ummu Jamil disebut
sebagai pembawa kayu api iaitu penyebar fitnah yang dilehernya ada tali dari sabut
yang berpintal.

‫َو ٱْم َر َأُتُهۥ َح َّماَلَة ٱْلَح َط ِب‬

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –

(Surah al Masad: ayat 4)


Mengapa ya agaknya Ummu Jamil digelar pembawa kayu api? Berat
sungguh gelaran itu kan kawan-kawan.Dalam kehidupan seharian Ummu Jamil,dia
sering membawa kayu bakar sendirian ke rumahnya.Kayu yang dibawanya adalah
jenis kayu al-hisk yang memiliki buah berduri.

Namun Imam Mujahid mentafsirkan sifat “pembawa kayu api” ini sebagai
sikap Ummu Jamil yang suka mengadu domba dan suka menyebarkan fitnah .Beliau
sering mengadu domba (namimah) kepada seluruh masyarakat ketika itu agar
mereka membenci Rasulullah serta menolak ajaran baginda.Sesungguhnya sikap
mengadu domba sangat di keji sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda ‘ tidak
masuk syurga orang yang suka mengadu domba’.

Ketika mendengar ayat Al-Quran itu dibaca oleh sahabat Rasulullah SAW
mengenai dirinya, Ummu Jamil berasa sangat marah dan berasa terhina.

‘Dia telah mencela agama nenek moyang kita.Agamanya akan aku tolak dan
perintahnya sama sekali aku tidak akan dengar’.kata Ummu Jamil dengan
sombong.Lalu dia mengambil batu sebesar genggamannya dan pergi mencari
Rasulullah.Ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang berada di dalam masjidil haram
di sisi Kaabah dengan ditemani Abu Bakar Al-Siddiq.Abu Bakar yang terdengar
Ummu Jamil berteriak dan memaki nabi Muhammad daripada jauh berasa begitu
cemas lalu berkata kepada baginda.

‘Wahai Rasulullah,Ummu Jamil datang dan aku khuatir akan


keselamatanmu’kata Abu Bakar Al Siddiq.

‘Jangan risau Abu Bakar, Ummi Jamil tidak akan perasan akan keberadaanku
di sini bersamamu, lantas baginda membaca ayat Al-Quran dan dengan doa
perlindungan itu maka Allah menutup pandangan Ummu Jamil daripada menyakiti
baginda.

Ketika Ummu Jamil berdiri di hadapan Abu Bakar tanpa dapat melihat
Rasulullah, dia berkata.‘Hai Abu Bakar, aku mendengar berita bahawa temanmu
mengejekku’kata Ummu Jamil dengan angkuh.

Lantas segera Abu Bakar membalas ‘Tidak, demi tuhan Penguasa Kaabah
ini,beliau tidak mengejekmu’
Tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Bakar maka Ummi Jamil berpusing
di keliling Kaabah dengan harapan berjumpa Muhammad lalu tiba-tiba kakinya
terpelecok dan batunya terlepas daripada genggaman.Batu itu terjatuh dan terkena
mukanya.Maka makin meluap-luap perasaan marah Ummi Jamil kepada
Muhammad lalu dia berkata

‘Binasalah Muhammad!Binasalah Muhammad!’ujar Ummu Jamil lalu beredar


dari situ.

Kebenciannya tidak dapat dibendung sehingga setiap malam, dia akan


mengambil duri-duri daripada kayu yang dibawa pulang itu dan menaburkan duri-
duri tersebut di atas jalan laluan Rasulullah dengan tujuan kaki baginda cedera.Dia
sedaya upaya mematahkan semangat Nabi Muhammad untuk berdakwah.Kejamkan
kawan-kawan.

Bukan akhlaknya sahaja buruk, malahan dia dan suaminya sanggup


berhabisan wang demi memusuhi Nabi Muhammad SAW.

‘Nah, aku ingin menjualkan kalungku yang besar dan berharga ini!.Berapakah
nilainya?’ujar Ummu Jamil.

‘Duit ini akan aku gunakan untuk menghalang urusan dakwah Muhammad
serta sahabat-sahabatnya’Ujar Ummu Jamil.Begitulah sikap Ummu Jamil yang
sering menyakiti Rasulullah selama bertahun-tahun lamanya. Usaha memadamkan
dakwah Rasulullah ternyata sia-sia dan tidak membuahkan hasil.Kejahatan dan
ancaman yang diberikan kepada Nabi Muhammad akhirnya membawa kepada
kecelakaan dirinya sendiri.

Berakhirnya riwayat Ummu Jamil ketika dia sedang memikul kayu berduri
yang biasa digunakan untuk melukai Rasulullah SAW tiba-tiba kain yang dipakai
untuk mengendong kayu itu menjerat lehernya sehingga menemui ajal. Sebuah
kematian yang amat hina bagi wanita yang memusuhi dan menyakiti nabi
Muhammad SAW.

Kawan-kawan cerita ini menjadi pedoman kepada kita supaya sentiasa


berbuat baik dan tidak melakukan kejahatan kepada orang lain, kerana perbuatan
baik akan di balas dengan baik dan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan
yang setimpal dan kemurkaan daripada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai