Anda di halaman 1dari 5

QARUN YANG HALOBA / MTQSS ZON SELAMA 2017

Yang dihormati tuan pengerusi majlis,


Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
Seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Dengarkanlah dengarkan sebuah kisah


Qarun yang haloba tajuk dibawa NASYID
Semoga mendapat pengajaran
Jadi teladan kita bersama

Qarun Bin Yashar, sepupu Nabi Musa a.s


Seorang yang miskin dan mempunyai ramai anak.
Namun, beliau seorang yang berhati mulia dan suka membantu faqir miskin

Dia memohon supaya Nabi Musa mendoakannya agar diberi kekayaan. Permintaan
tersebut dimakbulkan oleh Allah Taala

Firman Allah dalam Surah Al-Qasas, ayat 76

Yang bermaksud : Kami telah menganugerahkan kepadanya harta yang kuncinya


sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat

Rakan-rakan sekalian,

Rajin berusaha tangga kejayaan. Kejayaan anak melayu, Al-Bukhari di negeri Kedah
wajar kita contohi

Kawan-kawan sekalian

1
QARUN YANG HALOBA / MTQSS ZON SELAMA 2017

Qarun asalnya ahli ibadah


Taatkan Allah sepanjang masa
Diuji dengan hidup yang mewah
Hingga lupa asal dirinya
PANTUN
Hidup kini berpaksi dunia
Hilang sudah niat yang mulia
Semakin mewah, lupa semua
Ingkar pada Yang Maha Esa

Qarun semakin angkuh seraya berkata, seperti Firman Allah :

Maksudnya, Sesungguhnya aku diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku
Surah Al-Qasas, ayat 78

Qarun semakin tamak tanpa menyedari yang Allah sedang mengujinya.

Kawan-kawan,

Kita seharusnya tidak boleh bersifat tamak kerana sifat itu bakal merugikan kita
kelak.
Lihat sahaja Muammar Ghadafi, pemimpin Libya akhirnya mati dibunuh rakyat
jelata.

Kekayaan Qarun melimpah ruah


Hidupnya kini sangatlah mewah NAZAM
Penuh harta padat khazanah
Namun sayang berpaling tadah

2
QARUN YANG HALOBA / MTQSS ZON SELAMA 2017

Hadirin sekalian,

Qarun kini menjadi semakin ingkar. Nasihat semua orang tidak diendahkan. Tiada
harta yang diinfakkan.

Firman Allah :

Maksudnya : Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat


Surah Al-Baqarah, ayat 110

Baginda Musa jalankan dakwah


Kepada Qarun zakat diarah
Perdebatan berlangsung menang dan kalah PANTUN
Tewaskan Qarun dimurka Allah

Kawan-kawan,

Setinggi dan sehebat manapun kita, janganlah kita abaikan zakat. Usaha gigih
Pejabat Zakat Selangor untuk mendidik rakyat berzakat harus dipuji.

Geram sebab kalah


Dicari pelbagai helah SAJAK
Diburukkan Nabi dengan fitnah
Diupah pelacur mengaku bermukah
Firman Allah

Maksudnya : Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh


Surah Al-Baqarah, ayat 191

3
QARUN YANG HALOBA / MTQSS ZON SELAMA 2017

Hidup di dunia harus berwaspada


Halal dan haram perlu dikira NASYID
Fitnah-fitnah itu amat besar dosanya
Menjerumuskan kita ke neraka

Sekarang ini fitnah di blog dan facebook sudah menjadi satu budaya, dosa dan
pahala dilupa saja.

Nabi Musa terkejut tidak terkira dengan berita yang didengarnya. Baginda segera
bersua muka dengan pelacur yang ditipu daya.

Bersaksikan ribuan yang hadir, dengan izin Allah Taala, si pelacur menjadi takut
tidak terkira, mengaku diupah oleh Qarun durjana. Maka selamatlah Nabi Musa dari
fitnah semata-mata.

Nabi Musa mengangkat tangan berdoa, agar Qarun dihukum segera. Dengan kuasa
Tuhan, terbelahlah tanah, maka tenggelamlah Qarun dan pengikutnya beserta
seluruh harta kekayaannya.

Firman Allah

Maksudnya : Dan bagi orang-orang yang kufur pada Tuhan, mereka akan mendapat
azab jahannam
Surah Al-Mulk, ayat 6

Akibat sikap tamak dan haloba


Akhirnya Qarun hancur binasa
Demikian kisah cerita saya
Setiap perbuatan ada balasannya

4
QARUN YANG HALOBA / MTQSS ZON SELAMA 2017

Sekian, wabilahitaufiq wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai