Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: KEIMANAN RATU BALQIS

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh… Pendahuluan


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, warga pendidik yang
saya kasihi seterusnya hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Kisah bermula di zaman Nabi Sulaiman, Syair


Keimanan ratu Balqis ingin diceritakan,
Marilah bersama kita jadikan teladan,
Dari kesesatan kembali kepada tuhan.

Tahukah kawan-kawan bagaimana kisah Ratu Balqis beriman kepada


Allah? Ya kawan-kawan ini ceritanya. Dengarkan.

Kawan-kawan
Isi 1/huraian
Nabi Sulaiman diberikan oleh Allah mukjizat kepadanya sehingga dapat
memahami bahasa binatang dan menundukkan bangsa jin. Baginda sangat
berwibawa dan ditakuti semua anak buahnya. Suatu ketika, Nabi Sulaiman
mengumpulkan seluruh tenteranya yang terdiri dari manusia, binatang, dan para
jin. Namun, setelah semua diperiksa, maka Nabi Sulaiman mengetahui bahawa
burung Hud-hud ternyata tidak hadir.
Pantun dua
Marahnya Nabi tidak terkata kerat
Hud-hud diancam untuk disiksa
Dalil 1
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Naml ayat 21:

  


Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya Dengan seksa Yang
seberat-beratnya,

Demikianlah Kawan-kawan,
Pengajaran 1
Kita janganlah sesekali menuduh seseorang tanpa usul periksa. Akibatnya Isu semasa 1
seperti yang kita lihat sekarang di kaca tv, di dada akhbar dan sebagainya kes
buli kini semakin berleluasa terutamanya di sekolah.

Kawan-kawan Isi 2/huraian


Datanglah hud-hud dengan berita Pantun
Saba’ diperintah seorang wanita
Kaumnya tidak menyembah yang Esa
Itulah Balqis sang Ratunya

Tetapi Nabi Sulaiman tidak serta merta mempercayai khabar tersebut.


Sebagaimana firman Allah dalam surah an Naml ayat 27:

     


  
Dalil 2
Maksudnya: Berkata Sulaiman: "Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah
kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

Ya kawan-kawan,

Kita mestilah sentiasa bercakap benar. Zaman moden ini penyalahgunaan


Pengajaran 2
teknologi seperti internet menyebabkan tersebarnya fitnah secara berleluasa
Isu semasa 2
yang merosakakkan bangsa dan agama. Firman Allah:
    
Maksudnya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan,
(Surah al-Baqarah ayat 191)
Ingat kawan-kawan,
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi Lagu
Terlajak kata buruk padahnya.

Ya ayyuhal asdiqa’ Isi 3/huraian

Untuk membuktikan kebenaran dari ucapan burung hud-hud, Nabi Sulaiman


mengutuskan warkah kepada ratu Saba’ sebagaimana firman Allah dalam surah
an-Naml ayat 30 dan 31 yang berbunyi:

    


    
    Dalil 3


Maksudnya: Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan Sesungguhnya (isi)nya berbunyi:
"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah
kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang
berserah diri".

Ya kawan-kawan Pengajaran 3
Kita janganlah sombong dengan kemewahan dunia. Umat Islam pada hari ini Isu semasa 3
terlalu mengejar harta dunia sehingga terlupa untuk bersyukur pada Allah yang
Esa. Firman Allah dalam surah Saba’ ayat 13:
   

Maksudnya: Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.

Janganlah sombong mewahnya dunia


Selalu mengejar harta benda
Terlupa bersyukur pada yang Esa
Ambil iktibar sepanjang masa

Lagu Balqis
Langsung tidak kau endah ‘UNIC’
Kata bicara utusan hud yang benar
Seruan mengajakmu taat yang Esa
Tinggalkan menyembah tuhan sang suria

Ya kawan-kawan Isi 4/huraian


Setelah membaca surat Nabi Sulaiman, ternyata Ratu Balqis tidak memilih jalan
peperangan lantas memutuskan untuk mengirimkan hadiah kepada Nabi
Sulaiman yang berupa kepingan emas dan permata.Firman Allah dalam surah
an-Naml ayat 35:
  
 Dalil 4
Maksudnya: "Dan Bahawa Aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,

Terpedayakah Nabi Sulaiman dengan harta benda Ratu Balqis itu? Tidak sama
sekali kawan-kawan. Malah kata Nabi Sulaiman,"Kembalilah kamu dengan
hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah
memberiku rezeki dan kekayaan melimpah ruah yang tidak diberikan kepada
Isi 4/huraian
makhluk-Nya yang lain”.

Rakan-rakan budiman
Kita tidak boleh menerima sesuatu yang bukan hak milik kita. Untuk Pengajajaran 4
pengetahuan semua, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Isu semasa 4
menganjurkan Hari Anti Rasuah Sedunia pada 9 Disember setiap tahun. Ini
adalah untuk mengingatkan kita supaya menghindari amalan rasuah.
Ya kawan-kawan
Setelah beredarnya rombongan Ratu Balqis, lantas Nabi Sulaiman bertanya: Isi 5/huraian
“Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu yang sanggup membawa
singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang menyerah diri?” Dalam
sekelip mata singgahsana Ratu Balqis beralih ke istana Nabi Sulaiman oleh
seorang abid yang berilmu. Kawan-kawan, ketika Ratu Balqis datang, Nabi
Sulaiman bertanya, “Serupa inikah singgahsanamu?”. “Seakan-akan ini
singgahsanaku,” jawab Ratu Balqis. Kemudian Nabi Sulaiman mempelawa Ratu
Balqis masuk ke dalam istana.
Lagu Balqis
Tak perlu kausingkapi labuhan kainmu, ‘UNIC’
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman,
Bukannya air yang pijak tapi kaca,
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya.

Lantas berkatalah Ratu Balqis sebagaimana firman Allah dalam surah an-Naml
Dalil 5
ayat 44 yang berbunyi:

    


    
 
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah berbuat zalim terhadap
diriku dan Aku berserah bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
Pengajaran 5
Kawan-kawan Isu semasa 5
Kita janganlah bersikap zalim terhadap makhluk ciptaan Allah seperti
mencemarkan alam sekitar, menzalimi sesama manusia, haiwan dan
sebagainya. Ingatlah kawan-kawan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita
memohon keampunan-Nya.

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati Penutup


Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri Lagu Balqis
Kau kutip iktibar dari apa yang telah kau lalui ‘UNIC’
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi.

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan keimanan Ratu Balqis. Sekian wabillahi
taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai