Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara, Bermain pasir bersama rakan, Kisah Nabi Sulaiman pilihan cerita, Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Tersebutlah kisah suatu cerita, Nabi Sulaiman yang bijaksana, Memerintah kerajaan adil dan saksama, Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.

Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam AlQuran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44

Rakan-rakan sekalian,kenal Nabi Sulaiman tak? NABI Sulaiman dianugerahkan Allah mukjizat,dimana baginda boleh bercakap dan memberi arahan terhadap haiwan dan Jin. HEBATKAN NABI SULAIMAN Namun begitu,hati Baginda sentiasa Khusyuk dan tawaduk demi mengagungkan kuasa Allah

Setelah membangunkan Baitulmuqaddis,Nabi Sulaiman menuju Yaman.Tiba disana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Burung hud-hud kembali kepada baginda dengan membawa laporan luar biasa..

Aku telah terbang untuk mengintip kerajaan saba, Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.

Surat dari Nabi Sulaiman berbunyi Surat ini dari Nabi Sulaiman.Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.janganlah kamu meninggikan diri terhadapku dan hendaklah kamu datang kepadaku dengan menganut agama Allah.

Selesai membaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Rakan-rakan sekalian,

Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman.

Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : Adakah ini istanamu? Terperanjat ratu Balqis: Ya, memang sama seperti istanaku.

Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka ada air pada lantai istana, sehingga menyinsing kainnya. Berkatalah Sulaiman; Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca.

Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian, Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara. Tiada perkara yang mustahil dunia ini.

Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk berdakwah dan menyampaikan keindahan Islam kepada sesiapa saja. Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai