Anda di halaman 1dari 6

KEBIJAKSANAAN NABI SULAIMAN

Terima kasih tuan pengerusi majlis yang saya


hormati. Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh
Saya ucapkan buat pembuka bicara kepada barisan hakim
yang arif lagi bijaksana serta hadirin dan hadirat sekelian
yang saya muliakan.Tampilnya saya ke hadapan ini
untuk menyampaikan sebuah kisah dari al-quran tentang
kebijaksanaan nabi kita Sulaiman Alaihissalam.
Nabi Sulaiman adalah anak nabi Daud. Allah S.W.T
telah mengurniakan beberapa kelebihan kepada nabi
Sulaiman.Baginda boleh memerintahkan angin
membawanya dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Selain itu nabi juga mudah untuk mendapat bantuan
khidmat daripada golongan jin yang kuat dan mahir.
Sejak kecil nabi Sulaiman telah membuktikan
kebijaksanaannya. Contohnya pada suatu hari nabi telah
menyelesaikan pertengkaran yang berlaku diantara
pemilik kebun anggur dengan pemilik kambing. Sekawan
kambing kepunyaan seorang petani telah menceroboh
masuk ke dalam kebun anggur lalu merosakkan buah-
buah anggur itu. Beliau dapat menyelesaikannya dengan
bijak.
Setelah nabi dewasa, berbagai nikmat dikurniakan
oleh Allah Swt. Antaranya baginda dapat memahami
percakapan haiwan.Jelas di dalam al quranul karim ayat
ke 16 surah An-namlu Allah berfirman: ‫وورث سليمن داود‬
‫ ان هدا لهوالفضل‬,‫ تينا من كل شىء‬C‫وقال يايهاالناس علمنا منطق الطيرواو‬
‫المبين‬......................
Maksudnya Sulaiman itu mempusakai (menggantikan
bapanya) Daud dan berkata: “Hai sekelian manusia, telah
diajarkan kepada kami bahasa (Perkataan) burung-burung
dan telah diberikan kepada kami tiap-tiap sesuatu
bermacam-macam nikmat. Sesungguhnya ini adalah
kurnia yang nyata” .
Pada suatu hari nabi Sulaiman menghimpunkan bala
tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan
burung.Pasukan itu bergerak dengan teratur dan tertib.
Apabila bala tentera itu menghampiri sebuah lembah yang
didiami oleh semut. Semut-semut itu berasa bimbang,
kalau-kalau mereka akan dipijak dan dibinasakan oleh
beratus-ratus tapak kaki kuda bala tentera itu . Berkatalah
seekor raja semut “Hai semut-semut masuklah kedalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman
dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak
menyedarinya.”
Nabi Sulaiman dapat mendengar apa yang
dikatakan oleh semut itu, baginda tersenyum sambil
berdoa “Ya tuhanku berikanlah aku ilham untuk tetap
mensyukuri nikmatmu yang telah engkau anugerahkan
kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan untuk
mengerjakan amal salih yang kau redhoi”…..
Diantara bala tentera yang besar itu, terdapat
seekor burung hud-hud. Tugasnya sebagai peninjau dan
pengintip untuk nabi Sulaiman dan berkatalah burung itu
“ Saya menemui sebuah kerajaan yang sangat besar dan
luas, kerajaan itu terletak di negeri Sabak dan diperintah
oleh seorang permaisuri.Mereka menyembah matahari,
tidak menyembah Allah.
Nabi Sulaiman terus bertindak dengan menulis
sepucuk surat kepada permaisuri kerajaan Sabak yang
musyrik itu. Baginda mengajak mereka supaya kembali
kepada agama Allah. Kalau mereka ingkar,baginda akan
mengarahkan bala tenteranya yang kuat masuk
menyerang Sabak. Setelah surat tersebut siap, lalu
diterbangkan oleh burung hud-hud itu dan disampaikan
kepada permaisuri Sabak yang bernama Ratu Balqis.
Ratu Balqis bijak orangnya…… Beliau
menawarkan hadiah-hadiah yang sangat bernilai dan
istimewa kepada nabi sulaiman tetapi baginda enggan
menerimanya dan berkata “sesungguhnya
kerajaaan,kekayaan dan kekuatan bala tentera yang Allah
kurniakan kepadaku lebih baik dari apa yang ada pada
kamu” Baginda mengancam akan menghantar tenteranya
untuk menyerang negeri Sabak.
Apabila mendengar cerita tersebut Pemaisuri dan
kaumnya patuh kepada kehendak nabi Sulaiman. Apabila
nabi sulaiman mengetahui kedatangan mereka baginda
menyuruh pembantunya membawa singgahsana Ratu
Balqis ke istananya sebelum mereka tiba. Dalam masa
yang amat singkat singgahsana Ratu Balqis yang
tersergam indah itu berada di hadapan baginda.
Kemudian nabi menyuruh pengikut-pengikut dari
kalangan manusia dan jin mengubah bentuk istana Ratu
Balqis dengan membina istananya menggunakan kaca.
Air mengalir di bawah lantai istana tersebut. Nabi
Sulaiman berkata dalam ayat ke 41 juga dalam surah An-
namlu yang berbunyi :
‫ قال نكروالهاعرشها ننظراتهتدى ام تكون من الدين ال يهتدون‬yang
bermaksud:Ubahlah bentuknya takhta kerajaan itu, nanti
kita lihat apa dapatkah ia mengetahuinya atau tidak dapat
mengetahuinya.
Setibanya Ratu Balqis di hadapan istana beliau
berasa kagum akan keindahanya. Beliau pun berjalan
menyingsingkan kainnya supaya tidak basah, kerana
disangka lantai yang dipijaknya itu air…….. Ketika itu
barulah Ratu Baqis sedar bahawa beliau telah melakukan
kesilapan dan menyedari kejahilanya menyembah
matahari “Wahai tuhanku!!! Sesungguhnya aku telah
menganiaya diriku sendiri,sekarang aku tunduk menyerah
kepadamu” kata Ratu Balqis degan penuh keinsafan
Nabi Sulaiman memerintah kerajaannya dengan
adil dan bijaksana. Satu hari baginda berasa ajalnya sudah
hampir. Nabi sulaiman berjalan perlahan-lahan sambil
memegang tongkatnya menuju ke mihrab masjid yang
sedang dibina oleh golongan jin. Baginda ingin melihat
masjid itu siap. Baginda berdiri sambil memerhati kerja-
kerja yang dilakukan di mihrab masjid. Tidak lama
kemudian nabi sulaiman pun wafat dalam keadaan berdiri.
Jin-jin yang sedang berkerja tidak menyedarinya sehingga
tongkat yang dipegangnya itu patah dimakan anai-
anai,lalu jatuhlah jasadnya ke bumi.
Begitulah kisah seorang nabi yang sangat di
kagumi dengan kehebatannya…. Masa sangat
mencemburui saya. oleh itu saya memohon izin
mengundur diri dan kalau menang kita jumpa lagi ……
Sekian terima-kasih .

Anda mungkin juga menyukai