Anda di halaman 1dari 27

Nabi Sulaiman a.s.

Nabi Sulaiman a.s. (‫ )ﺳﻠﻴﻤﺎن‬merupakan


anak Nabi Daud a.s. Sulaiman ibn Dāwūd
ُ َ‫ ُﺳ ﻠَ ْﻴ َﻤﺎن ْﺑﻦ د‬, Sulaiman
(Bahasa Arab: ‫او ْود‬
anak Daud) ialah, menurut Al-Quran,
seorang Malik (‫ﻣ ِﻠﻚ‬,
َ Raja) dan Nabī (Nabi)
dari Bani Israil. Sejak kecil lagi baginda
telah menunjukkan kecerdasan dan
ketajaman fikirannya.

Pernah memutuskan perkara 2 orang yang


berselisih, iaitu antara pemilik kebun dan
pemilik kambing.

Raja segala makhluk


Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi
dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur
dan ayahandanya wafat, Sulaiman
diangkat menjadi raja di kerajaan bani
Israel. Baginda berkuasa tak hanya atas
manusia, namun juga binatang dan
makhluk halus seperti jin dan lain-lain.
Baginda dapat memahami bahasa semua
binatang.

Istana Nabi Sulaiman sangat indah.


Dibangun dengan gotong royong manusia,
binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari
batu pualam, tiang dan pintunya dari emas
dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan
dan ukirannya dari mutiara dan intan
berlian, pasir di taman ditaburi mutiara,
dan sebagainya.

Sulaiman kawal jin, haiwan


Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah
kebijaksanaan sejak remaja lagi. Baginda
juga memiliki pelbagai keistimewaan,
termasuk mampu bercakap, memahami
dan memberi arahan terhadap jin dan
haiwan sehingga semua makhluk itu
mengikuti kehendaknya.

Allah berfirman dalam Surah al-Naml:


Dan sesungguhnya kami telah
mengurniakan ilmu
pengetahuan kepada Nabi Daud
dan Nabi Sulaiman; dan mereka
berdua bersyukur dengan
berkata: "Segala puji tertentu
bagi Allah yang dengan limpah
kurnia-Nya memberi kami
kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya
yang beriman". Dan Nabi
Sulaiman -mewarisi (pangkat
kenabian dan kerajaan) Nabi
Daud; dan (setelah itu) Nabi
Sulaiman berkata: "Wahai umat
manusia, kami telah diajar
mengerti bahasa pertuturan
burung, dan kami telah
diberikan serba sedikit dari
tiap-tiap sesuatu (yang
diperlukan); sesungguhnya yang
demikian ini adalah limpah
kurnia (dari Allah) yang jelas
nyata".[al-Quran 27:15-16 (http://tanzil.n
et/#trans/ms.basmeih/27:015)  (Terjemaha

n oleh Basmeih)]

Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat


melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya.
Misalnya, baginda cuba mengetengahkan
idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi
menyelesaikan perselisihan antara dua
pihak, masing-masing membabitkan
pemilik haiwan ternakan dan kebun.

Walaupun ketika itu usianya masih muda,


pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud
memutuskan pemilik haiwan supaya
menyerahkan ternakannya kepada pemilik
kebun sebagai ganti rugi disebabkan
ternakannya memasuki dan merosakkan
kebun itu. Sulaiman yang mendengar
keputusan bapanya mencelah: "Wahai
bapaku, menurut pandanganku, keputusan
itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik
tanaman yang telah musnah tanaman
diserahkanlah haiwan jirannya untuk
dipelihara, diambil hasilnya dan
dimanfaatkan bagi keperluannya.
Manakala tanamannya yang binasa itu
diserahkan kepada jirannya, pemilik
ternakan untuk dijaga sehingga kembali
kepada keadaan asal. Kemudian masing-
masing menerima kembali miliknya,
sehingga dengan cara demikian masing-
masing pihak tidak ada yang mendapat
keuntungan atau menderita kerugian lebih
daripada sepatutnya." Pendapat yang
dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-
dua pihak. Malah orang ramai yang
menyaksikan perbicaraan itu kagum
dengan kebolehan baginda menyelesaikan
perselisihan terbabit.[nota 1] [1]

Bertitik tolak daripada peristiwa itu,


kewibawaan Sulaiman semakin terserlah
dan ia juga sebagai bibit permulaan
kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan
akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud
menaruh kepercayaan dengan
mempersiapkannya sebagai pengganti
dalam kerajaan Bani Israel. Namun,
abangnya Absyalum tidak meredai
baginda melangkah bendul dalam heriarki
pemerintahan itu, malah mendakwa dia
yang sepatutnya dilantik putera mahkota
kerana Sulaiman masih muda dan cetek
pengalaman. Absyalum mahu
mendapatkan takhta itu daripada bapa
dan adiknya. Justeru, dia mula
menunjukkan sikap baik terhadap rakyat,
dengan segala masalah mereka ditangani
sendiri dengan segera, membuatkan
pengaruhnya semakin meluas.

Sampai satu ketika, Absyalum


mengisytiharkan dirinya sebagai raja,
sekali gus merampas kekuasaan bapanya
sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan
huru-hara di kalangan Bani Israel.
Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar
dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai
Jordan menuju ke Bukit Zaitun.
Tindakannya itu semata-mata mahu
mengelakkan pertumpahan darah, namun
Absyalum dengan angkuh memasuki
istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud
memohon petunjuk Allah supaya
menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis
daripada dimusnahkan anaknya yang
derhaka itu. Allah segera memberi
petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu
memerangi Absyalum. Namun, sebelum
memulakan peperangan itu, Nabi Daud
berpesan kepada tenteranya supaya tidak
membunuh anaknya itu, malah jika boleh
ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun,
kuasa Allah melebihi segalanya dan
ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia
mahu bertarung dengan tentera bapanya.

Kemudian, Nabi Daud kembali ke


Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa
hidupnya selama 40 tahun di istana itu
sebelum melepaskan takhta kepada
Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud
memberikan kuasa penuh kepada Nabi
Sulaiman untuk memimpin Bani Israel
berpandukan kebijaksanaan yang
dianugerah Allah. Baginda juga dapat
menundukkan jin, angin dan burung,
sehingga dapat disuruh melakukan apa
saja, termasuk mendapatkan tembaga dari
perut bumi untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud:

Dan Kami kurniakan kepada


Nabi Sulaiman kuasa
menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa
sebulan, dan sepetang
perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa
sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga;
dan (Kami mudahkan)
sebahagian dari jin untuk
bekerja di hadapannya dengan
izin Tuhannya. Dan sesiapa dari
jin itu yang menyeleweng dari
perintah Kami, Kami akan
merasakannya (pukulan) dari
azab api neraka.[al-Quran 34:12 (htt
p://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/34:012)  (

Terjemahan oleh Basmeih)]

Ratu Balqis tunduk kepada


Nabi Sulaiman
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis,
Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di
sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis
belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung
berkenaan tiada ketika dipanggil.
Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan
kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung
hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman
dan berkata: "Aku telah terbang untuk
mengintip dan terjumpa suatu yang sangat
penting untuk diketahui oleh tuan..."

Firman Allah, bermaksud:

Burung belatuk itu tidak lama


ghaibnya selepas itu, lalu
datang sambil berkata (kepada
Nabi Sulaiman): "Aku dapat
mengetahui secara meliputi
akan perkara yang engkau
tidak cukup mengetahuinya,
dan aku datang kepadamu dari
negeri Saba' dengan membawa
khabar berita yang diyakini
kebenarannya. "Sesungguhnya
aku dapati seorang perempuan
memerintah mereka dan ia
telah diberikan kepadanya
(serba sedikit) dari tiap-tiap
sesuatu (yang diperlukan) dan
ia pula mempunyai singgahsana
yang besar. "Aku dapati raja
perempuan itu dan kaumnya
sujud kepada matahari dengan
meninggalkan ibadat
menyembah Allah, dan Syaitan
pula memperelokkan pada
pandangan mereka perbuatan
(syirik) mereka, lalu
menghalangi mereka dari jalan
(yang benar); oleh itu mereka
tidak beroleh petunjuk, "
(Mereka dihalangi oleh Syaitan)
supaya mereka tidak sujud
menyembah Allah ... " [al-
Quran 27:22-25 (http://tanzil.net/#trans/m

s.basmeih/27:022)  (Basmeih)]
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman
mengutuskan surat mengandungi nasihat
supaya menyembah Allah kepada Ratu
Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud
dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas
dibaca surat itu, Ratu Balqis
menghantarkan utusan bersama hadiah
kepada Sulaiman. Dalam al-Quran
diceritakan:

Maka apabila (utusan pembawa


hadiah itu) datang mengadap
Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi
Sulaiman (kepadanya):
"Tidaklah patut kamu
memberikan kepadaku
pemberian harta-benda, kerana
apa yang telah diberikan Allah
kepadaku lebih baik dari apa
yang telah diberikanNya kepada
kamu; (bukan aku yang
memandang kepada pemberian
hadiah) bahkan kamulah yang
bergembira dengan hanya
kekayaan yang dihadiahkan
kepada kamu (atau yang kamu
hadiahkan dengan perasaan
megah).
"Kembalilah kepada mereka,
(jika mereka tidak juga mahu
beriman) maka demi
sesungguhnya Kami akan
mendatangi mereka dengan
angkatan tentera yang mereka
tidak terdaya menentangnya,
dan kami akan mengeluarkan
mereka dari negeri Saba'
dengan keadaan hina, menjadi
orang-orang tawanan."[27:36-37 (h
ttp://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/27:036)

]
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan
menceritakan pengalaman yang dialami di
Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia
berhajat untuk berjumpa sendiri dengan
Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu
diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan
beliau memerintahkan tenteranya, terdiri
daripada manusia, haiwan dan jin untuk
membuat persiapan bagi menyambut
kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman
juga memerintahkan pasukannya supaya
membawa singgahsana Ratu Balqis ke
istananya.

Pada ayat 38 s/d 40 di surah Al-Naml,


disebutkan : 38. “Berkata Sulaiman : “Hai
pembesar-pembesar, siapakah diantara
kamu sekalian yang sanggup membawa
singgahsananya (Ratu Balqis) kepadaku
sebelum mereka datang kepadaku sebagai
orang yang berserah diri.”

39. “Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari


golongan jin :” Aku akan datang kepadamu
sebelum kamu berdiri dari tempat
dudukmu ; sesungguhnya aku benar-benar
kuat untuk membawanya lagi dapat
dipercaya.”

40. “Berkatalah seorang yang mempunyai


ilmu dari buku-buku : “Aku akan membawa
singgasana itu kepadamu sebelum
matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman
melihat singgasana tersebut itu terletak di
hadapannya, iapun berkata :” Ini termasuk
kurnia Tuhanku untuk mencuba apakah aku
bersyukur atau mengingkari nikmatNya.
Dan barangsiapa bersyukur maka
sesungguhnya dia bersyukur untuk
kebaikan dirinya sendiri dan baransiapa
yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku
Maha Kaya lagi Mulia.”

Lalu manusia yang memiliki ilmu


memindahkan istana ratu Balqis. Apabila
Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: "Seperti
inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu
Balqis: "Ya, memang sama apa yang
seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu
Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi
Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana
itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya,
kerana menyangka air pada lantai istana
Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan


kepadanya; masuklah ke dalam istana.
Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat
lantai istana itu, dikiranya air yang besar
dan disingkapkannya kedua betisnya.

Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya ia


istana licin yang diperbuat daripada kaca".
Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah berbuat zalim
terhadap diriku dan aku berserah diri
bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan
semesta alam."

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis


berasa sangat aib dan menyedari
kelemahannya, sehingga dia memohon
ampun atas kesilapannya selama ini dan
akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi
Sulaiman.

Kewafatan baginda
Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya
yang terdiri daripada manusia, haiwan dan
jin dalam menjalankan dakwah Allah
terhadap Ratu Balqis. Kematian baginda
berlainan dengan manusia biasa. Nabi
Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di
kerusi, dengan memegang tongkat sambil
mengawasi dan memerhatikan jin yang
bekerja.

Firman Allah: "Tatkala Kami telah


menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada
yang menunjukkan kepada mereka setelah
kematiannya itu melainkan anai-anai yang
memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah
tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa
sekiranya mereka mengetahui yang ghaib
tentulah mereka tidak akan tetap dalam
seksa yang menghinakan."
Nota
1. Ibnu Kathir menulis dalam Qisas al-
Anbiya (Kisah para Nabi AS) bahawa
Nabi Daud AS mengubah pendapat
baginda selepas mendengar hujah
Nabi Sulaiman.

Rujukan
1. Ibn Kathir al-Damishqi (2003). Qisas
al-Anbiya. Rashad Ahmad Azami
(trans). Riyadh: Darussalam.
ISBN 9960-892-26-3. Unknown
parameter |trans_title= ignored
(bantuan)
Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Nabi_Sulaiman_a.s.&oldid=5393734"

Laman ini kali terakhir disunting pada 01:10, 15


Disember 2021. •
Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 3.0
kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai