Anda di halaman 1dari 27

MAJLIS TADARRUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH 2016

PANDUAN ISI BERCERITA DARIPADA KISAH AL QURAN

KEIMANAN RATU BALQIS

ISI UNSUR ISU SEMASA DALIL


PENGAJARAN
1.PENGENALAN
- Pemerintah kerajaan
Saba’,sangat berkuasa -Bersyukur nikmat -Negara Malaysia
- Tidak beriman kepada yang aman damai An Nissa; :36
Allah
- Seorang yang jelita
- Tinggal di singgahsana
yang megah
- Rakyatnya dipengaruhi
iblis

2. BURUNG HUD-HUD
- Terlewat dalam
perhimpinan -Bercakap benar -Fitnah di laman An Naml :28
- Menyatakan sebab social
terlewat -Jauhi fitnah
- Kewujudan negeri saba’
dan rajanya
- Laporan menarik minat
nabi sulaiman

3. UTUSAN NABI SULAIMAN


KEPADA BALQIS -Amanah - Perangi rasuah
- Burung hud-hud untuk Al Maidah :7
melemparkan surat kemakmuran
- Ratu Balqis
terkejut,musyawarah
bersama menterinya
- Ingin melancarkan
peperangan

An-Naml :44
-Allah Maha
berkuasa - Taufan Melor
4.RATU MENGUNJUNGI NABI di Filipina
SULAIMAN meragut
- Bersama delegasi banyak nyawa
mngunjungi N.Sulaiman
- sungguh terpegun melihat
istana sendiri
- Akur dengan kekuasaan
Allah

5. PENUTUP
- Ratu balqis insaf dengan -beriman kepada - Program Da’I An=Nissa :59
kekurangannya Allah Milinium dan
Pencetus
- Bertaubat, beiman kepada ummah
Allah

KEIMANAN RATU BALQIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim yang adil dan bijaksana, rakan-rakan serta
hadirin yang dirahmati.
Indah sungguh alam buana

Allah berkuasa jadi ciptaan {pantun}

Ratu Balqis empunya cerita

Dengarlah ia sebagai pedoman

Ratu Balqis adalah pemerintah yang sangat berkuasa dan termasyhur. Beliau tinggal di
singgahsana yang megah dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Namun kehidupannya
dilingkari kesesatan, tidak beriman kepada Allah. Rakyatnya dipengaruhi oleh hasutan syaitan
durjana.

        


 

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri ( surah
An-Nisa’ :36)

Kawan-kawan, bersyukurlah kita dengan nikmat Allah dan janganlah berlagak angkuh. Kita
berada di bumi Malaysia yang aman damai, smoga keamanan ini berterusan, insyaallah.

Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Sulaiman alaihissalam.Pada suatu hari Nabi Sulaiman
telah mengadakan perhimpunan dengan angkatan tenteranya yang terdiri daripada manusia,jin
serta binatang. Semua tenteranya hadir kecuali burung hud-hud, berkatalah baginda dengan
marah “Ke manakah burung hud-hud? Jika ia tak hadir tanpa alasan, awas akan kusembelihnya
nanti!.

Tidak berapa lama kemudian datanglah si burung hud-hud sambil menundukkan


kepalanya kerana ketakutan. Ia berkata “Ya tuanku, maafkan patik kerana terlambat,
sebenarnya patik baru pulang dari mengintip”. Lalu berceritalah ia akan apa yang telah
diintipnya.

Nabi Sulaiman merasa sungguh takjub dengan khabar yang menarik itu. Kemudian
baginda menulis sepucuk surat kepada Ratu Balqis dan mengeluarkan perintah kepada burung
hud-hud. Surah An-Naml : 28

‫إذهب بكتابي هذا فألقه إليهم ثم تول عنهم فانظر ماذا يرجعون‬
“Pergilah engkau bawakan suratku ini dan lemparkan kepadanya, kemudian sembunyikan
dirimu dan perhatikan bagaimana balasannya’

Ya kawan-kawan bercakap benar adalah sifat mahmudah. Awasilah fitnah yang banyak
terjadi di laman social yang semakin berleluasa.

Lalu hud-hud pun segera melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Apabila surat
itu dibuka, Ratu Balqis mendapati tertera kalimah yang menyeru berserah diri pada Sulaiman
dan taat pada Allah;

‫إنه من سليمان وإنه بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Lalu Ratu Balqis memanggil para menterinya untuk mengadakan perbincangan. Dalam
mesyuarat itu tercetuslah satu idea yang bernas iaitu emas permata sebagai hadiah.

Namun baginda tidak mudah terpengaruh dengan hadiah tersebut kerana rasuah bukan
amalan baginda. Kemudian baginda berseru ”kembalilah kepada rajamu, katakan padanya aku
akan menyerang negerimu dan kamu akan mendapat kehinaan”

   


   
    
     
  

Dan ingatlah karunia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang Telah diikat-Nya dengan
kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati". dan bertakwalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengetahui isi hati(mu).
Ingat ya kawan-kawan, bersifat amanahlah dalam urususan. Jauhi amalan memberi dan
menerima rasuah, barulah tercapai matlamat masyarakat penyayang negara maju.

Sidang hadirin,

Nabi Sulaiman berkata kepada para pembesarnya ‘Siapakah di antara kamu dapat
membawa istana Ratu Balqis sebelum dia datang ? Berkatalah jin ifrit “Aku akan bawakan ia
sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu “.

Tatkala tiba Ratu Balqis berkata, “Oh cantiknya istana ini !ia seakan-akan istana beta”
Ketika hendak melangkah masuk disingkapkan kainnya tetapi perbuatan itu dilarang oleh
N.Sulaiman.

Istana kaca dinding bercahaya

Lantai jernih bersri-seri,

Terpegun Ratu kala melihatnya } pantun

Barulah sedar keagungan Ilahi

Dengan segera Ratu Balqis berdoa kepada Allah surah An-Naml :44

‫رب إني ظلمت نفسي واسلمت مع سليمان هلل رب العلمين‬

“Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan kini aku berserah diri
bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan sekelian alam”

Allah Maha berkuasa, tiada kuasa yang dapat menandinginya .Taufan Melor di Filipina
meragut banyak nyawa baru-baru ini.
Ratu Balqis akhirnya insaf akan kekurangannyadan bertaubat dan memeluk
Islam.Akhirnya berkahwin dengan Nabi Sulaiman dan hidup aman damai.

Surah Annisa’:59

  


  
   

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara
kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,

Beriman kepada Allah rukun iman yang ke enam. Kini bayak program keagaaam yang dapat
mendidik jiwa seperti Da’I Milinium dan Pencetus Ummah.

Serumpun bak buluh, seikat bak serai dalam mewujudkan perpaduan nasional. Marilah
kita bersama memakmurkan bumi Allah dalam Negara Malaysia yang tercinta.

Buah bahulu buah celagi, sekian dahulu jumpa lagi.

Wabillahi ttaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


BERCERITA PEREMPUAN

KETAQWAAN MARYAM

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
rakan-rakan serta hadirin yang dihormati….

Berdiri hamba di pagi mulia,


Ketaqwaan Maryam tajuk cerita…

Maryam adalah anak tunggal kepada Imran bin Matsan dan Hanah binti Watud.
Imran merupakan salah seorang pembesar Bani Israel.

Sayangnya beliau tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lama berkahwin.

Tiap waktu Hanah berdoa


Agar dikurniakan anak beriman
Permintaan Hanah dikabul Yang Esa
Anugerah Ilahi dalam kandungan

    


Maksudnya :Dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam.

-Surah Ali Imran: 35


Anak adalah kurniaan Allah yang paling bernilai dan wajib disayangi, bukan untuk
dibuang sewenang-wenangnya seperti yang telah berlaku dalam masyarakat kita hari
ini.
Imran dan Hanah telah bernazar untuk menyerahkan anak mereka, agar berbakti di
rumah Allah.

Genap sembilan bulan dalam kandungan tibalah waktu melahirkan…….

Lahirlah Maryam ke dunia ini


Anugerah Allah Hanah hargai
Imran menyusul mengadap Ilahi
Sedihnya Hanah tidak terperi

Maryam telah diserahkan kepada Nabi Zakaria untuk diasuh dan dipelihara .

  


  
 
Maksudnya: dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat
keturunannya, dari godaan syaitan yang direjam.

-Surah Ali-Imran :36-

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Mendidik anak ketika kecil, apabila dewasa tiada
gunanya.
Penipuan kes culik oleh seorang remaja perempuan baru-baru ini, mengejutkan kita
semua.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan….
Musim silih berganti….Maryam meningkat dewasa
.
Beribadat Maryam pada Ilahi
Siang dan malam tidak terhenti
Dibina mihrab tempat yang suci
Akhlak mulia penghias diri

Nikmat Ilahi tiada diduga


Makanan terhidang tanpa dipinta
Hairan dan pelik di hati Zakaria
Itulah Agungnya Yang Esa

    


  
 

Maksudnya:Setiap kali nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati
rezeki buah-buahanan yang luar biasa di sisinya.
-Surah Ali Imran:37-

Contohilah kekuatan iman Maryam.


Model tahfiz Ulul Albab menjadi pilihan utama remaja dan telah melahirkan ramai huffaz
Al Quran di Malaysia…
Pada suatu hari, Malaikat Jibril telah menemui Maryam, lantas memberitahu bahawa
beliau akan mengandung .

Berita ini amat mengejutkan Maryam kerana beliau tidak pernah


bersuami……………………

Itulah tanda kuasa Ilahi


Anak dikandung tiada berbapa
Baitul Laham Maryam mengasingkan diri
Dari difitnah juga dihina

   


 
  
Maksudnya. lalu kami tiupkan padanya dari roh (ciptaan) kami, dan kami jadikan
dia dan anaknya sebagai satu tanda kekuasaan kami bagi umat manusia.

- Surah Al-Anbia:91-

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.


Fenomena Elnino yang melanda negara kita hari ini, menunjukkan kekuasaan Allah
tiada bandingan.
Tibalah, saat untuk Maryam melahirkan
Berlindung baginda di bawah sebatang pohon
Hati yang gundah ditenangkan Jibril
Kurma dan air penyejuk badan

Lahir Isa ke dunia nyata


Maryam, bonda tercinta dikeji dihina
Bayi kecil dapat berkata-kata
Mempertahankan maruah bonda

    


   
Maksudnya:ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan
kepadaku Kitab Injil, dan ia telah menjadikan aku seorang nabi.
-Surah Maryam : 30-

Fitnah membawa kerosakan.


Penyebaran fitnah melalui whatss up dan internet begitu mudah tersebar dan boleh
menjatuhkan maruah seseorang.

Itulah tanda Allah Yang Esa


dalam menguji iman hambanya………….

Jadikan ketaqwaan Maryam sebagai pedoman dalam menghadapi ujian Ilahi.


‫وباهلل توفيق والهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

TAJUK 3 Perempuan : Ketakwaan Mariam

ISI PENGAJARAN ISU SEMASA DALIL CATATAN

1.Pengenalan Keturunan yang -Kelahiran anak Ali Imran


-Mariam binti Imran bin Matsan baik luar nikah yang :36
- Ibunya bernama Hannah Watud. berleluasa
-Pasangan ini mengharapkan
kehadiran cahaya mata.
-Alah telah mengurniakan cahaya
mata perempuan.

2.Mariam diserahkan kepada nabi Bersyukur dengan -Negara kita -Surah Ali
Zakaria. rezeki kurniaan aman damai Imran :37
- beliau sentiasa berzikir dan Allah berbanding
beribadah kepada Allah. dengan Negara-
- Allah kurniakan kebihan kepada negara lain
Mariam
-Makanan sentiasa terhidang
disisinya

3. Jibril mengkhabarkan berita -Yakinlah dengan Pelombongan Surah


gembira kepada Mariam Qadha dan Qadar bauksit yang Mariam : 47
- mengandungkan seorang nabi Allah. tidak terkawal
yang mulia Apa yang berlaku telah
-Mariam terkejut mendengar ada hikmahnya. menyusahkan
berita itu pelbagai pihak
-Bagaimana dirinya hamil
sedangkan belum berkahwin
-

4. Mariam membawa diri di Baitul -Taat kepada ibu -Anak


Lahm. bapa meninggalkan ibu -surah
- Bersandar menahan kesakitan di bapa dirumah Mariam:23
sebatang pokok kurma yang kering -Syurga di bawah Orang Tua.
-Kebimbangan Mariam terhadap tapak kaki ibu
cemuhan masyarakat.

5.Penutup -Perbuatan fitnah -Penyebaran Surah


-Mariam membawa bayinya ke membawa fitnah melalui Mariam :30
kampong halaman. kerosakan what up,
.Masyarakat menuduhnya instagram dan
melakukan perkara mungkar. facebook
Bayinya nabi Isa menyangkal berleluasa
tuduhan tersebut

ASHABUS SABTI

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Terima kasih pengerusi acara, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan-rakan
dan hadirin semua……………..
Ashabus Sabti tajuk cerita
Kisah dari al-Quran dengarkan bersama

Ashabus Sabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi Daud
Alaihissalam. Mereka tinggal di sebuah desa Ailah yang terletak di tepi Laut Merah.
Kebanyakan daripada mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan, berniaga dan
bertukang.

Syariat Nabi Musa amalan mereka


Perintah Allah laksanakan segera
Hari Sabtu beribadat kepadaNya
Tinggalkan seketika urusan dunia

  


  
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing)
Surah al-Jumuah ayat 10

Ya kawan-kawan,
Walaupun sibuk dengan kerja seharian, ibadat janganlah diabaikan. Segala
urusan berjual beli di Mekah dihentikan seketika apabila masuknya waktu solat.

Kawan-kawan hendak tahu,

Allah telah menguji keimanan Ashabus Sabti. Pada hari Sabtu terdapat banyak ikan di
pesisir pantai. Ikan-ikan itu seolah-olah berpesta mengelilingi dua buah batu besar
berwarna putih.
Tamak dan haloba
menguasai diri
Mereka mulai ingkar
syariat Ilahi

Tahun demi tahun,


ikan bertambah
berlipat kali ganda
Semakin ramai yang kufur
Tuhan Yang Esa

“Lupakan ibadat, baik kita tangkap ikan yang banyak ini,” kata sebilangan golongan
yang kufur dengan angkuhnya.

   


 
Oleh itu, janganlah Engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka),
Sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).
Surah As-Sajdah ayat 30

Kawan-kawan
Jauhilah diri dari sifat tamakkan harta kerana harta yang banyak adalah ujian
daripada Allah. Dalam masyarakat kita pada hari ini, kes perebutan harta pusaka
antara adik-beradik masih lagi berlaku kerana didorong oleh sifat tamak.

Golongan yang tetap beriman kepada Allah terus memberi peringatan kepada
golongan yang kufur.

Namun bagai mencurahkan air ke daun keladi, nasihat itu tidak dihiraukan. Malah
mereka mempersendakan perintah Allah, menyebabkan orang-orang yang beriman
keluar dari negeri tersebut. Golongan yang kufur pula mendirikan satu tembok tinggi
untuk memisahkan antara mereka agar mereka tidak ditimpa hukuman daripada Allah.

    




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam)
Surah Ali-Imran ayat 104

Berdakwah adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim. Banyak program


dakwah disiarkan melalui televisyen seperti Program Da’i Pendakwah Melinia dan
Pencetus Ummah yang menjadi pilihan penonton pada masa kini.

Kawan-kawan

Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul Sabti menangkap ikan pada hari
Sabtu, mereka menjadi semakin kaya-raya.

Namun,

Sifat tamak sebati dijiwa


Maksiat pula semakin berleluasa

Nabi menyeru kembali pada Yang Esa

Malangnya kufur pilihan mereka

      


 

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang
kafir.

Surah al-Mukmin ayat 4

Ya kawan-kawan,

Dakwah memerlukan ketabahan dan kesabaran. Semua pihak hendaklah


bekerjasama menyampaikan dakwah dan motivasi kepada remaja yang terjebak
dalam gejala sosial pada hari ini supaya kembali ke pangkal jalan.

Kawan-kawan,

Setelah seruan Nabi Daud tidak diterima, akhirnya baginda berdoa kepada Allah agar
hukuman diturunkan kepada mereka yang kufur. Allah memakbulkan doa Baginda.

Wajah dan tabiat seperti kera

Sebagai balasan daripada Ilahi

Gempa bumi dasyhat mula melanda


Maka lenyaplah Ashabus Sabti

   


 

Lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina

surah al-Baqarah ayat 65

Allah Maha Berkuasa. Taufan Melor yang melanda kawasan tengah Filipina pada
akhir tahun lepas menunjukkan kekuasaan Allah tiada tandingan.

Demikianlah kisah Ashabus Sabti. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.

Sekian....
‫وباهلل توفيق والهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH 2016


PANDUAN ISI BERCERITA DARIPADA KISAH AL QURAN (PEREMPUAN)
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

TAJUK : ASHABUS SABTI

ISI PENGAJARAN ISU SEMASA DALIL

1. PENGENALAN

 Kaum di Ailah terletak di pinggir Utamakan ibadah Mengimarahkan Surah al-


Laut Merah dan perintah Allah masjid pada hari Jumuah : 10
 Berketurunan Bani Israil pada Jumaat
zaman Nabi Daud
 Mengamalkan syariat Nabi Musa Urusan jual beli di
 Perintah hari sabtu hanya untuk Mekah
beribadat tinggalkan urusan diberhentikan
dunia
seketika apabila
masuknya waktu
solat

2. KEMUNGKARAN ASHABUS
SABTI
Rezeki/harta yang Perebutan harta Surah As-
 Pada hari sabtu banyak ikan diberi adalah ujian pusaka antara adik Sajdah : 30
terdapat di dua buah batu putih Allah beradik
di pesisir pantai
 Sebahagain Ashabus Sabti mula
tamak dan ingkar syariat
Jangan bersifat
(semakin kaya)
 Tahun demi tahun ikan semakin tamak
banyak dan kaumnya semakin
ramai yang kufur
3. PERINGATAN KEPADA
ASHABUS SABTI
Melaksanakan Banyak program di Al-A’raf :
 Golongan yang beriman dakwah adalah televisyen seperti 164
memperingati golongan yang kewajipan ke atas rancangan
kufur (beri nasihat) setiap muslim Program da’i
 Penentangan golongan yang Pendakwah Ali-Imran :
engkar (pekakkan telinga, melinia dan 104
persendakan ) Pencetus Ummah

 Negeri dibahagi dua dengan


mendirikan tembok

4. DAKWAH NABI DAUD


ALAIHISSALAM
Dakwah Gejala sosial dalam Al-Mukmin :
 Ashabus Sabti semakin tamak memerlukan kalangan remaja 4
dan kaya raya ketabahan dan pada masa kini
 Maksiat semakin berleluasa kesabaran
 Nabi Daud berdakwah namun
mereka tetap degil
5. AZAB KEPADA ASHABUS SABTI

 Dakwah Nabi Daud tidak Azab pasti Taufan Melor Al-Baqarah :


diterima diturunkan kepada berlaku di 65
 Doa Nabi Daud datangkan golongan yang kawasan tengah
seksaan ingkar perintah Filipina
 Wajah dan tabiat mereka
Allah
menjadi kera
 Germpa bumi melenyapkan
Ashabus Sabti
Allah Maha
Berkuasa
melakukan apa
yang dikehendaki-
Nya

BERCERITA PEREMPUAN

TAJUK : KELAHIRAN JUNJUNGAN MULIA

BIL ISI PENGAJARAN ISU SEMASA DALIL

1 Pengenalan Tabah menghadapi Ketabahan rakyak Surah Al-


- Muhammad s.a.w kematian Palestin Anbiya’ ayat
berketurunan 107
Quraisy
- Nama bapa :
Abdullah b. Abdul
Muttalib, keturunan
Bani Hasyim.
Meninggal dunia
ketika Nabi berusia 2
bulan dalam
kandungan.
- Bondanya Aminah
bt. Wahab.
- Penutup segala Nabi
dan Rasul
- Dilahirkan ditengah-
tengah Kota Mekah.
- 12 Rabiul Awal /20
April 570 Masehi
pada tahun gajah
- Dilahirkan dalam
keadaan yatim

2 Peristiwa menakjubkan Allah Maha penyayang Taufan Melor berlaku Surah Asshaff
sebelum kelahiran di Filipina- melibatkan ayat 6
- Di dalam kandungan banyak kematian
: kehamilan
diketahui melalui
perkhabaran
malaikat
- Allah memerintah
malaikat membuka
pintu syurga, tanah
kering kontang
menjadi subur
- Serangan tentera
bergajah terhadap
kaabah
- Mengalami mimpi
Aminah – malaikat
membawa
perkhabaran

3 Semasa kelahiran Allah Maha berkuasa Fenomena alam silih Attaghaabun


- Ditemani Asiah dan berganti dan tidak : ayat 1
Maryam- diduga
menyambut
kelahiran
- Subuh kelahirannya
keadaan Kota Mekah
damai dan
menyegarkan
- Kota Mekah
diterangi cahaya
- Memadamkan api
keramat
penyembahan kaum
Majusi
- Dinding istana Kisra
retak

4 Selepas kelahiran - Bersyukur - Keamanan


- Abdul Muttalib kepada Allah negara
membawa Baginda - Penyayang - Penderaan ke
mengelilingi kaabah atas kanak-
- Menyembeleh kanak
seekor kibas tanda
kesyukuran- member
makan penduduk
Mekah
- Abu Lahab
memerdekakan
seorang hamba
- Rumah Abdul
Muttalib menjadi
tumpuan

5 Penutup - Kasih sayang kempen penyusuan Surah


- Selama 3 hari disusui kepada anak- susu ibu Adduha : ayat
oleh bonda Aminah anak 6
- Diserah kepada - Kesedaran
Thuwaibah hamba tentang
kepada Abu Lahab pentingnya
- Kemudian disusui susu ibu
pula oleh
Halimatussa’diah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh….

Terimakasih tuan/puan pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif dan setia, guru-guru
dan rakan-rakan hadirin yang dihormati sekalian.

Tercipta satu lembaran sejarah

Di tanah suci kota Mekah

Hari yang mulia penuh saadah

Bermulalah sebuah kisah

Ya….

Kisah Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Begitulah tajuk cerita yang akan saya
perdengarkan.

Baginda Rasulullah adalah dari keturunan Quraisy. Nama bapanya ialah Abdullah bin Abdul
Mutalib bin Manaf. Nama bondanya pula ialah Aminah bt Wahab. Baginda dilahirkan ditengah-
tengah kota Mekah, dalam keadaan yatim.

Bapanya wafat ketika Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan. Kelahirannya pada 12
Rabiul awal bersamaan 20 april tahun 570 masehi. Baginda merupakan utusan yang terakhir
kepada seluruh ummat dan penutup kepada sekelian Nabi.
   
 
“ Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

(Surah al anbiya`:107)

Kita hendaklah bersabar menghadapi segala musibah kerana di mana bumi dipijak, disitulah
langit dijunjung.

Contohi ketabahan rakyat Palestin yang tidak henti-henti diancam oleh Israel tetapi keimanan
mereka kepada Allah tetap kukuh.

Kawan-kawan ingin tahu?

Sebelum kelahiran Baginda junjungan mulia, berbagai peristiwa pelik terjadi. Bondanya Aminah
sering terdengar bisikan daripada malaikat tentang bayi di dalam kandungannya supaya
dinamakan Ahmad. Abdul Mutalib juga sering bermimpi melihat cahaya yang terang benderang
keluar dari sebatang pokok.

Rahmat dan nikmat sudah terasa

Bumi yang kontang bertukar subur

Disaat perintah pintu syurga dibuka

Bumi Mekah terselamat tentera bergajah yang hancur.

  


    
Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata

Surah as shoff:6

Yakinlah dengan sifat pemurah dan penyayang Allah .

Taufan melor yang dijangka bertiup kearah tanah air tercinta pada December baru-baru ini,
rupanya berhenti di bumi Filipina yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban di sana.
Bukan itu sahaja kawan-kawan,

Di saat kelahiran baginda junjungan mulia juga, telah menunjukkkan bahawa baginda adalah
insan mulia.

Bonda Aminah tidak keseorangan

Asiah dan Maryam diutus Ilahi

Menyambut kelahiran insan dinanti

Kota Mekah diterangi cahaya

Udaranya segar mendamaikan penghuni

Yahudi dan nasrani turut menyaksi

Sehingga memadamkan api keramat

Penyembahan majusi

Berserta retaknya dinding istana kisra

Yang gah dan kukuh sebelumnya.

    


     
  
“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Hanya Allah lah yang
mempunyai semua kerajaan dan semua pujian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
(Surah at taghaabun:1)

Yakinlah kita dengan kekuasaan Yang Maha Tinggi. Fenomena alam yang silih bertukar ganti
dan perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang ini menjadi bukti kepada kekuasaan Ilahi.

Masih ada lagi keajaibannya kawan-kawan,

Selepas kelahiran Baginda Junjungan Mulia, rumah Abdul Mutalib menjadi tumpuan. Ada yang
datang untuk melihat, ada pula nyang datang untuk menyiasat tentang kebenaran perkhabaran
kitab-kitab terdahulu. Ya, benar sekali seperti berita di dalam taurat dan zabur tentang manusia
agung ini.
Abu Lahab merdekakan seorang hamba

Kibas disembelih tanda kesyukuran

Diberikan makan penduduk Mekah

Baginda dibawa tawaf di kaabah.

Begitulah gembiranya keluarga Abdul Mutalib menyambut kelahiran Baginda. Hilanglah segala
rasa hiba dihati bonda.

   


  
  
  
 
“ Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia
memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci”.
(surah as shoff:9)

Kawan-kawan,

Bersyukurlah diatas segala pemberian Nya.

Keamanan Negara kita hari adalah kerana sifat syukur dan qanaah masyarakat Malaysia di atas
segala pemberian Allah.

Kawan-kawan tahu tak?

Baginda junjungan Mulia hanya disusukan oleh bonda selama tiga hari. Sudah menjadi adat
bagi masyarakat Mekah pada masa itu ,setelah badan bayi kelihatan begitu segar Baginda
diserahkan kepada ibu susuannya.

Pada mulanya Baginda disusui oleh Thuwaibah hamba kepada Abu Lahab. Kemudian disusui
pula oleh Halimatus Saadiah sehingga Baginda berusia empat tahun.

    


“Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu?
" (Surah ad dhuha:6)

Kawan-kawan..

Susu ibu adalah imum terbaik untuk bayi.

Kempen program penyusuan susu ibu yang dianjurkan baru-baru menunjukkan keprihatinan
kerajaan tentang penyusuan susu badan .

Ya kawan-kawan, begitulah berakhir kisah kelahiran Junjungan mulia .

Muhammad nama diberi

Gelaran yang terpuji

Nikmat Ilahi sama disyukuri

Terima putera yang berbakti.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai