Anda di halaman 1dari 6

SK DAMANSARA UTAMA

JLN SS 21/50
47400 PETALING JAYA

KERTAS KERJA
PROGRAM
JOM JADI BAIK

Tarikh/Hari: Sepanjang tahun


Masa : Sepanjang masa persekolahan
Tempat: SK Damansara Utama
1.0 Pendahuluan

Murid-murid merupakan generasi muda yang bakal menerajui negara pada masa akan
datang dimana sebagai bakal pemimpin, mereka perlu memiliki sahsiah diri yang tinggi. Disiplin
pula memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah murid-murid. Ia adalah
salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan
tatatertib,tatasusila,keadaan,akhlak dan kesopanan.

Justeru, satu program iaitu ‘Jom Jadi Baik’ dirancang untuk dijalankan di sekolah ini
bertujuan untuk membentuk murid yang berbudi bahasa, berdisiplin,dan mematuhi peraturan
sekolah agar generasi pemimpin bersahsiah tinggi pada masa akan datang dapat dibentuk.

Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pusat
Sumber Sekolah, Unit Keceriaan Sekolah dan Unit Disiplin Sekolah. Murid akan diberi penilaian
berdasarkan sikap dan disiplin diri sepanjang program ini berlangsung

2.0 Penerangan Perlaksanaan Program

Satu Tabung Sahsiah dan kad merah akan ditempatkan di setiap kelas. Setiap kelas
akan diberikan 100 mata pada permulaan program. Mata akan ditolak berdasarkan pemberian
kad merah kelas oleh guru bagi setiap perlanggaran disiplin. Pengiraan markah dilaksanakan
berdasarkan 100 mata tolak jumlah kad yang dikumpul. Kelas yang mempunyai sahsiah terbaik
akan dikira setiap 3 bulan sekali dan mendapat ganjaran. Kelas yang mempunyai sahsiah terbaik
adalah kelas yang memiliki kad merah paling sedikit yang diberi oleh guru. Pengiraan kad merah
akan dilaksanakan setiap bulan untuk melihat keberkesanan program.

Bagi pemilihan murid paling bersahsiah tinggi pula, guru-guru hanya perlu menulis nama
murid yang mempunyai sikap positif dan meletakkannya ke dalam Tabung Sahsiah. Murid yang
namanya diundi paling banyak akan dipilih menjadi murid paling bersahsiah dan mendapat
ganjaran pada Hari Kanak- Kanak.

3.0 Rasional

Memandangkan jumlah murid yang melanggar disiplin sekolah seperti hadir lewat, ponteng
sekolah dan perlanggaran disiplin lain semakin menjadi- jadi, peringatan perlu dijalankan dalam
bentuk program jangka panjang agar semua murid dapat dibentuk menjadi murid yang
bersahsiah tinggi dan mementingkan disiplin.

4.0 Objektif

Melalui program ini diharap semua murid dapat :

4.1 : Meningkatkan pembangunan sahsiah diri

4.2 : Menambah baik disiplin diri ke arah pembentukan diri yang bersahsiah terpuji

5.0 Kumpulan Sasaran


Semua murid dan guru

6.0 Jadual Perlaksanaan Program

Rujuk Lampiran 1
7.0 Kos
Rujuk Lampiran 2

8.0 Ahli Jawatankuasa

Lihat Lampiran 3

9.0 Penutup

Diharapkan semua murid dapat memantapkan disiplin dan membentuk sahsiah diri terpuji

dan menjauhi perkara yang mengundang kepada perlakuan jenayah.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………… ……………………………………

(PN. EZRIEANA BT BAHARI) (PN. MONA LIZA BT NOORDIN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,

SK Damansara Utama SK Damansara Utama

Diluluskan Oleh,

…………………………………………………..

(PN. RUBIAH BT AHMAD ZAINAL ARIFFIN)

Guru Besar,

SK Damansara Utama
LAMPIRAN 1

PERLAKSANAAN PROGRAM

NO TARIKH PERKARA DESKRIPSI PERLAKSANAAN

AKTIVITI

1 13 Februari 2017 Pelancaran Program 1.Setiap kelas akan di amanahkan Tabung


Sahsiah.
dan penerangan mengenai
program 2. Tabung Sahsiah dan kad merah akan
dtempatkan di dalam kelas sepanjang
program berlangsung.

3. Setiap perlanggaran disiplin akan


diberikan kad merah

4. Guru akan menulis nama murid yang


menunjukkan sikap yang baik dan
meletakkannya ke dalam Tabung Sahsiah

5. Kiraan Kad merah akan dibuat setiap


bulan untuk melihat keberkesanan
program.

2 April dan Ganjaran Kelas Paling Kelas yang mengumpul paling sedikit kad
Julai,November Bersahsiah merah akan diberikan ganjaran pada April
2017 Julai dan November.

3 Hari Kanak-kanak Ganjaran Murid Paling Nama yang paling banyak diundi guru
2017 Bersahsiah Lelaki dan dalam Tabung Sahsiah akan dipilih sebagai
Perempuan murid paling bersahsiah bagi tahun 2017
LAMPIRAN 2

KOS PROGRAM

NO PERUNTUKAN RM PERBELANJAAN RM

1. Kupon makanan RM 2 untuk setiap murid PCG KAUNSELING BIMBINGAN DAN KAUNSELING 190.00

Julai :37 orang XRM 2.00 74.00

2 Kupon makanan RM 2 untuk setiap murid 116.00

November: 58 orang x RM 2.00

JUMLAH 190.00 JUMLAH 190.00


LAMPIRAN 3

AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PROGRAM JOM JADI BAIK

PENGERUSI PN. RUBIAH BT AHMAD ZAINAL ABIDIN

(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1 PN. MONA LIZA BT NOORDIN

(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI 2 EN. ARSHAD B. MAT ISA@ RAMLI

(PENOLONG KANAN KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 3 EN. MOHD. HAMDAN B. ABDULLAH

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

BIDANG TUGAS PERSONALIA PERINCIAN TUGAS

PENYELARAS PN. EZRIEANA BT BAHARI  Merancang,merangka dan menilai hasil


program

 Membins kertas kerja cadangan dan


laporan program

PENYELARAS CIK FATIMAH SAIDAH BT  Menilai dan mengundi nama murid yang
MATA PROGRAM RUSLI
mempunyai bacaan program NILAM
BACAAN NILAM
tertinggi dan memasukkan undian dalam
Tabung Sahsiah

 Membantu kiraan mata Tabung Sahsiah

PENYELARAS PN. TAMIL CHELVEE A/P  Menilai disiplin murid dan memasukkan
DISIPLIN KOVAL KRISHNAN
kad merah ke dalam tabung Sahsiah
Kelas jika berlaku perlanggaran disiplin
oleh murid kelas tertentu seperti
kehadiran lewat.

AJK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN  Menilai kebersihan kelas dan


memasukkan kad merah ke dalam
Tabung Sahsiah jika kelas terbabit tidak
menjaga kebersihan.

Semua guru  Mengundi nama murid yang mempunyai


sikap yang baik ke dalam Tabung
Sahsiah kelas terbabit.

 Memberikan kad merah ke dalam


Tabung Sahsiah Kelas jika terdapat
perlanggaran disiplin

Guru Kelas  Memastikan Tabung Sahsiah diletakkan


di tempat yang senang dilihat dan
selamat

 Mengingatkan murid kelas untuk


menjaga Tabung Sahsiah dengan baik
kerana tabung ini perlu diganti jika
dihilangkan.

Anda mungkin juga menyukai