Anda di halaman 1dari 2

KISAH NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS Assalamualaikumwarah matullahhiwabarakatuh Terima kasih tuan pengerusi majlis, Panel hakim

yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Qisasul Ambiyak empunya cerita , Kisah nabi Sulaiman dan Puteri Balqis hayatilah bersama...... Tersebutlah kisah suatu cerita, Nabi Sulaiman yang bijaksana, Memerintah kerajaan adil dan saksama, Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara. Ya kawan-kawan, Nabi Sulaiman adalah anak kepada nabi Daud alaihissalam.Sejak remaja lagi,baginda dianugerahkan oleh Allah kebijaksanaan .Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap dengan jin dan haiwan. Melihat kecerdasan baginda, Nabi Daud percaya bahawa baginda dapat menjadi penggantinya. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin Bani Israel. Firman Allah dalam surah An-Namlu ayat 18: Hatta izaa atau alaa waadin namli,qaalat namlatu yaa aiyyuhan namlud quluu masaakinakum,Laa yahtimannakum sulaimanu nuwajunuuduhuu wahum la yashurun... Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: wahai semut-semut masuklah ke dalam sarang sarangmu ,agar kamu tidak dipijak oleh sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak menyedarinya.. Pengajaran yang dapat diambil ialah ,Kita hendaklah menunjukkan kasih sayang kita kepada makhluk Allah.kita juga digalakkan memupuk kasih sayang kepada haiwan dan alam sekitar. Allah menciptakan alam semesta agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya. Ya kawan-kawan, Pada Suatu ketika, Nabi Sulaiman bermusafir ke Yaman.Setibanya di Sana, Nabi Sulaiman memanggil burung Hud-Hud untuk mencari sumber air,namun ia tidak kelihatan.Rupa-rupanya Hud-Hud telah tersesat hingga ke istana Puteri Balqis. Tidak lama kemudian Hud-hud pun datang lalu berkata; Aku datang dari Saba dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya kata Hud -Hud Suatu negeri bernama saba Diperintah oleh raja perempuan Sangat cantik dan berkuasa Sayang sekali tersesat dek syaitan

(pantun)

Menyakini berita tersebut,Nabi Sulaiman pun memerintahkan Hud-Hud mengutuskan surat kepada puteri Balqis. Firman Allah dalam Surah An Naml ayat 28 ertinya: Kata Sulaiman , pergilah ( Hud-Hud ) bawa suratku ini dan campakkan kepada mereka (Puteri Balqis dan kaumnya ) Maka terbanglah Hud-hud membawa surat dan menjatuhkan surat itu dihadapan puteri Balqis yang ketika itu sedang beristirehat di dalam istananya.

Ya kawan-kawan, Dalam menjalankan usaha dakwah kita perlulah mempelbagaikan teknik dan strategi agar lebih berkesan. Setelah membaca surat tersebut,Puteri Balqis telah bermesyuarat dengan pembesarpembesarnya.Baginda menyatakan isi surat Nabi Sulaiman yang menyeru agar tunduk dan beriman kepada Allah. Puteri memilih untuk tidak berperang Peperangan membawa kemusnahan Utusan dihantar bawa hadiah Moga senangkan hati Sulaiman

nasyid

Rombongan utusan Puteri Balqis dilayan dengan mesra .Nabi Sulaiman menasihati mereka supaya pulang dan menegaskan bahawa baginda tidak terlalai dengan harta kekayaan itu daripada terus menunaikan kewajipan berdakwah. Ya kawan-kawan, Sebilangan manusia hari ini sanggup memberi dan menerima rasuah Kerajaan telah melancarkan kempen anti Rasuah di setiap sektor awam kerana ia merupakan jenayah yang boleh merosakkan agama dan negara. Layanan mesra daripada Nabi sulaiman menyebabkan Puteri Balqis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan baginda. Keinginan Puteri Balqis itu diketahui oleh Nabi Sulaiman dan baginda memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Puteri Balqis. Nabi Sulaiman memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Puteri Balqis ke istananya. Apabila Puteri Balqis tiba Nabi Sulaiman bertanya : Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Puteri Balqis: Ya, memang sama seperti singgahsanaku. Kemudian Puteri Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman yang diperbuat daripada kaca putih. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, dia menyelak kainnya kerana menyangka ianya sebuah kolam air. Perbuatannya itu ditegur oleh Nabi Sulaiman.Ratu Balqis merasa aib dan tertunduk malu dan menyedari kelemahan dirinya.Dia akur yang selama ini dia telah terlalai dan terleka dengan harta kekayaan dan kemewahan. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah menganiya diriku sendiri dan sekarang aku berserah diri memeluk Islam bersama Nabi Sulaiman , kepadaMu Allah Tuhan sekalian alam Puteri Balqis memeluk Islam dengan relanya dan Nabi Sulaiman bersyukur kerana usaha dakwah berjaya melalui kehebatan kerajaannya yang dianugerahi Ilahi. Ya kawan-kawan , Ilmu sangat penting untuk kemakmuran dan kemajuan negara. Dengan kekuatan ilmu , kita akan berusaha untuk mencapai kejayaan.Monumen binaan masjid di serata Dunia Islam yang dibina di Taman Tamadun Islam Terengganu merupakan bukti kehebatan ilmu dan kekuatan jati diri. Sekian dulu, assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh.....

Anda mungkin juga menyukai