Anda di halaman 1dari 3

Wahyu Pertama Nabi Muhammad saw

Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...


 Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru,
sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk
menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Wahyu Pertama Nabi Muhammad saw
.
T u a n - t u a n d a n p u a n - p u a n   s e k a l i a n ,
 Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah pada usia 40 tahun. Ia
menyampaikan perintah Allah swt kepada kaumnyaselama 22 tahun 2 bulan
dan 22 hari. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah.Datuknya, Abdul Muttalib, menamainya Muhammad (orang terpuji),
sebuah nama yang belum pernah digunakan dan dikenal sebelumnya.Ketika lahir, Muhammad telah
menjadi anak yatim.Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri dengan
berbekal roti dan pergi ke Gua Hira di Jabal Nur. Rasulullah di Gua Hira beribadah dan memikirkan keagungan Pencipta alam
ini.

 
 Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, Maka
dari(kesalahan) dirimu sendiri. kami mengutusmu menjadi Rasulkepada segenap manusia. dan cukuplah
Allahmenjadi saksi. Surah an Nisa ayat 79.

Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5km dari Masjidil-Haram, di sebelah kiri
perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak JabalNur adalah sekitar200 m. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit
batu dan jurang.
Kawan-kawan semua, Nabi kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah swt, rajindan bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu dan berpendirian teguh. Oleh itukita perlu mengikuti sifat nabi ini.

T u a n - t u a n d a n p u a n - p u a n   s e k a l i a n ,
 Nabi Muhammad saw menguzlahkan diri di Gua Hira kerana baginda ingin menghindardaripada kehidupan masyarakat arab
jahiliyah yang sesat. Nabi Muhammad saw pernah bermimpi supaya mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan itu ia dapat
mempertahankan iman nabi Muhammad saw.

Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk.Surah Ad Dhuha ayat 7.

Kawan-kawan semua, sekarang ini kita dipaparkan dengan jenayah yang semakin dahsyat seperti MatRempit, ragut,
pembunuhan dan sebagainya dalam masyarakat kita. Semua ini adalah amalan semasa arab jahiliyah dahulu. Umat Islam
seharusnya mengikut sunnah Nabi Muhammad saw seperti sifat sabar,berhijrah demi kebaikkan ,berhikmah dalam berdakwah
dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

T u a n - t u a n d a n p u a n - p u a n   s e k a l i a n ,
 Nabi Muhammad saw sentiasa berulang-alik dari rumahnya ke gua Hira seorang diri.Isteri tercinta, Siti Khadijah sering
menghantar makanan untuk Rasulullah di gua Hira.Satu peristiwa penting berlaku menjelang 17 Ramadhan 610 Masihi,
Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah saw iaitu surah Al-Alaq ayat 1hingga 5.

 
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, 2. DiaTelah menciptakan manusia
dari segumpal darah 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yangMaha pemurah, 4. Yang mengajar
(manusia)dengan perantaran kalam 5. Dia mengajarkepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Surah Al-Alaq ayat 1-5..
Rasulullah saw dipeluk oleh Malaikat Jibril sebanyak 3 kali dan barulah Rasululah saw dapat membacanya.Kawan-kawan semua,
kerajaan kita telah banyak membelanjakan wang membina sekolah dan perpustakaan supaya kita menjadi manusia yang
berilmu dan berguna. Oleh itu, kita perlu banyak membaca buku supaya mendapat ilmu dan menjadi pandai. Umat yang berjaya
adalah kerana mereka berilmu danmengamalkan ilmunya.

T u a n - t u a n d a n p u a n - p u a n   s e k a l i a n ,
 Setelah Rasulullah saw mengalami keadaan yang mengerunkan di Gua
Hira,Rasulullah saw bergegas balik ke rumahnya dan isterinya Siti Khadijah menenangkannya. Selepas itu dia membawa
Rasulullah saw bertemu dengan WaraqahBin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa tersebut
kepadanya, tahulah Waraqah bahawa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah saw telah dipilih menjadi rasul.

Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan Rasul terakhir mengajar manusia dan jin ke


jalan yang lurus dan pembawa rahmat iaitu Islam.Namun,kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman
kepada Allah swt pada masa kini.Ada juga yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam kerena disesatkan oleh Syaitan. Kita
wajib yakin sepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi akhir zaman. Kita bersyukur kerana negara kita menjadikan agama
Islam sebagai agama rasmi.Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan
mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalam syurga
Allah swt kelak.Wasalamu alaikum
warahmatullahi wabarakatuh….
 

Anda mungkin juga menyukai