Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...Warahmatullahi wabarakatuh.

Awal kalam dengan Nama Rabbul Izzati

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi

Mohon limpahan berkat nikmat yang diberi,

Di Pentas bercerita bertemu lagi.

Terima kasih tuan peneraju acara,

Barisan hakim yang bijak berkarisma,

Penjaga masa yang setia dengan jamnya

Serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,

Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,

Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya

Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah WAHYU PERTAMA

RASULULLAH S.A.W.

Kawan-kawan,

Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 12 Rabiul awal 570 Masihi. Bapanya

bernama Abdullah bin Abdul Mutalib, meninggal dunia ketika baginda berusia 2
bulan dalam kandungan ibunya. Manakala ibunya pula bernama Aminah binti

Wahab, meninggal dunia ketika Nabi berusia 6 tahun. Tinggallah nabi menjadi anak

yatim piatu.

Sidang hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri di

Gua Hira’. Gua Hira’ terletak tidak jauh dari Jabal Annur. Baginda beribadat dan

mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arab yang tidak

bermoral. Di Gua Hira', baginda beruzlah dalam kesunyian, bertafakur tentang

kebesaran Tuhan serta memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-ciri

masyarakat jahiliyah pada zaman itu, telah menular dengan hebat pada zaman

sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang dan membunuh

anak, riba dan sebagainya menjadi nanah dalam masyarakat Islam. Masya Allah....

A’uzubillah himinn zalik...

Firman Allah :

    

    

   

Maksudnya : Apa-apa kebaikan yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa-apa

kejahatan yang menimpamu adalah dari kesalahan kamu sendiri.


(Surah An‐Nisa’ : 79)

[ SAJAK ]

Gua Hira’ menggamit kisah silam

Satu peristiwa nabi bersendiri

Iqra’ diturunkan Muhammad ditabalkan

Tersurat sudah kalam dari Tuhan.

Rakan-rakan sekalian,

Akhirnya, pada suatu malam,yang bertarikh 17 Ramadhan, tiba-tiba

datanglah seorang lelaki terus memeluk Rasulullah, dengan erat. Lelaki itu berkata”

Bacalah, Wahai Muhammad”!

Nabi Muhammad sangat terkejut dan gementar. Tubuh baginda menggeletar

dan jantung berdegup kencang. Baginda berpeluh dalam kesejukan yang amat

sangat.“Saya tidak tahu membaca”. Jawab Rasulullah.

Lalu malaikat Jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagi

permintaannya, Rasulullah tetap menjawab. "Saya tidak tahu membaca" Setelah kali

ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril akhirnya berkata”

   

    

   

   

   

   


Yang bermaksud:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari

segumpal darah.

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia

dengan kalam.

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah al-Alaq ayat 1-5)

[NASYID – Rasulullah - Hijjaz]

Tersemat erat sejarah agama

Kukuh terpahat di hati ummat

Surah al-Alaq Wahyu pertama

Di Gua hira’ menjadi tempat

Para hadirin sekalian,

Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasa

gementar, lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda.

Diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Lalu Khadijah berkata;

“Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi Tuhan yang

menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah

sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturahim, menjalankan amanah,

melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak

kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasa bercakap benar.”


Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang.

Para hadirin dan sahabat sekalian,

Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan

kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Warakah bin Naufal seorang yang alim

dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku, Waraqah

pun berkata;

“ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah nabi kepada umat ini.

Sesungguhnya jika aku masih hidup dan di waktu itu orang-orang memusuhimu,

nescaya akulah orang yang pertama menolongmu”.

Mendengar kata-kata waraqah tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminya adalah

pesuruh Allah, Tuhan sekalian alam.

Firman Allah :

 

  

  

Maksudnya: Orang-orang Yang Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka

mengenalinya sebagaimana mereka yang mengenali anak-anak merek

(Surah Al‐Baqarah : 146)

Ya kawan‐kawan,

Bertindaklah mengikut nasihat yang baik dan rujuklah pada yang lebih arif
barulah selamat hidup kita.

Kawan-kawan,

Begitulah tadi kisah wahyu pertama Rasulullah s.a.w. Jadikanlah Al-Quran

dan sunnah sebagai panduan hidup kita semua. Semoga hidup kita mendapat

rahmat daripada Allah s.w.t

[NASYID – Bacalah – Rabbani)

”Bacalah..sebutlah dengan nama

tuhan yang menciptakan

segala kejadian di dunia

bacalah ..tulislah dengan pena

wahyu yang diutuskan

risalah kebenaran untuk insan”

Sekian.

Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai