Anda di halaman 1dari 4

BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2017

TAJUK 1 (LELAKI) :KISAH PERANG UHUD

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih tuanpengerusi majlis. Barisan hakim yang arif lagi


bijaksana.Guru-guru yang dihormati.Dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

KISAH PERANG UHUD, tajuk cerita ( PANTUN )


Marilah kita hayati bersama

Perang Uhud berlaku dalam bulan Syawal, Tahun ke-3 Hijrah.


Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di lembah yang dikelilingi oleh
Bukit Uhud.

Kawan-kawan hendak tahu, peperangan ini terjadi disebabkan oleh rasa


tidak puashati orang Musyrikin yang telah kalah dalam peperangan Badar.

LaluAbu Sufyan bersama dengan 3000 orang tentera musyrikin bergerak


angkuh ke Kota Madinah.
Bersedialah wahai Muhammad!!
Kami akanmembalas dendam atas kekalahan Perang Badar!

Mereka telah mengumpulkan harta yang banyak untuk berperang.

Surah Al-Anfal, ayat 36, yang bermaksud :


Orang-orang kafirmenginfakkan harta mereka
Untuk memusnahkan jalan Allah.

Kawan-kawan

Gunakanlah harta pada jalan kebaikan.

Seperti..menderma untuk membantu mangsa-mangsa banjir baru-baruini.

Hadirin sekalian,

Kata pepatah :
Bulat air kerana pembentung.Bulat manusia kerana muafakat.

1
Mendengar berita ini, Rasulullah segera mengadakan syura bersama para
sahabat.

Memandangkan bilangan mereka yang sedikit, Rasulullah merancang untuk


meletakkan pasukan pemanah seramai 50 orang di Jabal Rumah.

Maka
Tentera Muslimin mengatur langkah ( NASYID )
Seribu orang membuat baiah
Di pertengahan jalan, munafik bertingkah
300 orang berpaling tadah

Setelah Abdullah bin Ubai bersama 300 orang munafik kembali ke Madinah,
tinggallah Rasulullah dan 700 orang tentera Muslimin.

Biar pun bilangan berkurang, baginda mengingatkan kaum Muslimin agar


tetap tabah berjuang.

Surah Ali Imran, ayat 150, yang bermaksud :


Tetapicukuplah Allah sebagaiPelindung.
Dan Dialahsebaik-baik yang memberipertolongan.

Kawan-kawan,

Allah akan membantu hamba-Nya yang teraniaya.

Marilah kita berdoa agar Allah membantu umat Islam di Rohingya.

Hadirin sekalian

Berlakulah sebuah pertempuran yang hebat.

Walaupun bilangan tentera Muslimin hanya 700 orang berbanding Musyrikin


yang berjumlah 3000 orang

Namun
Kerana berjuang penuh keimanan ( PANTUN )
Allah Yang Kuasa turunkan bantuan
Tentera malaikat bantu perjuangan
Kafir Quraisy mati bergelimpangan.

2
Melihat pasukanmuslimin yang hampir menang ( SAJAK )
Melihat harta perang, senjata, perisai dan pedang
Pasukan pemanah mula kelabu mata
Pesan Rasulullah agar mereka tidakmeninggalkan bukit ini
Walau apa pun yang terjadi Tidak diendah lagi
Lalu turunlah mereka mengutip harta ghanimah
Dengan tamak haloba
Dan mengabaikan pesan junjungan mulia

Surah Al-Hasyru, ayat 7, yang bermaksud :


Dan apa yang disampaikan oleh Rasul, hendaklah engkau mengambilnya.
Dan apa yang ditegahnya, hendaklah engkau tinggalkan.

Kawan-kawan,

Jauhi sifat tamak dalam kehidupan.

Hari ini sifat tamak peniaga menaikkan harga barangan amat dikesali.

Hadirin sekalian,

Tiba-tiba pasukan Khalid Al-Walid menyerang hendap dari


belakang..Memusnahkan benteng pertahanan umat Islam.

Akibatnya
Tentera Muslimin yang hampir menang, kini di ambang kekalahan.
Mereka dikepung kiri dan kanan.Depan dan belakang.
Seorang demi seorang syahid,demi mempertahankan panji Muslimin.
Antaranya, bapa saudara nabi, Hamzah bin Abdul Mutalib.

Pada waktu itu, tersebar berita palsu,


Muhammad telah dibunuh!!
Wahai Penduduk Madinah..Muhammad telah dibunuh!!

Hakikatnya Allah memelihara Rasul-Nya dan kaum Muslimin yang


teraniaya.
Rasulullah Cuma terluka pada muka, bibir dan pipinya.Serta patah giginya.
Namun selamat daripada dibunuh.

3
Abu Sufyan akhirnya mengisytiharkan kemenangan tentera Musyrikin dan
kembali semula ke Mekah.

Surah Ali Imran, ayat 179, yang bermaksud :


Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman
Dalam keadaan sedemikian ini.

Ya kawan-kawan

Allah akan menyelamatkan Rasul-Nya dan meninggikan darjatnya.

Hari ini, Maulidur Rasul disambut setiap tahun untuk mengenang sirah
baginda.

Kawan-kawan

Akibat tidak mematuhi arahan junjungan


Seramai 70 orang tentera Muslimin telah gugur syahid dalam Perang Uhud.
Berbanding 23 orang yang terbunuh daripada pihak Quraisy.

Perang Uhud banyak pengajaran ( PANTUN )


Ambil iktibar jadi pedoman
Bilangan sedikit bukan ukuran
Bahkan muslimin hampiri kemenangan

Namun
Tamak dan haloba wajib dijauhkan ( NASYID )
Arahan Rasul diutamakan

Sekian.
Wabillahittaufiq walhidayah.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai