Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Terima kasih buat pengacara


Para Hakim yang bijaksana
Guru-guru rakan semua
Mari hayati cerita saya

Kisah..…Perang Uhud
Kawan-kawan,
Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Dinamakan
Uhud, mengambil sempena berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran
Madinah. Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat
tetapi 300 orang berpaling tadah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubay.
Manakala tentera Quraisy berjumlah 3000 orang, diketuai oleh Abu Sufyan Al-
Harb. Dalam surah as saf ayat 4 yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam
barisan yang teratur”

Kawan-kawan..
Mengapakan tercetusnya Peperangan Uhud?
Di hati Kaum Quraisy
Hasad menular
Dendam membara
Kerana Badar mereka kalah…kecewa Tambahan pula Laluan perdagangan
bukan lagi hak mereka Malah Penduduk Madinah menguasainya..

Faktor tersebut mendorong kaum Quraisy merancang untuk melakukan


serangan balas kepada kaum Muslimin

Sabda Nabi
" Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang menaruh dendam
kesumat”
Hadis Riwayat Muslim
Kawan-kawan….

Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat.


Strategi dirancang penuh bijaksana

3 kumpulan dibahagi tentera


Sayap kiri kanan penyerang berbisa Kumpulan
pemanah benteng utama

Kepada pemanah Rasul berpesan Tetap


dipuncak walau apa keadaan
Quraisy bertempiaran membunga Kemenangan
2 Meninggalkan bukit mendapatkan harta rampasan

Surah Al-Anfal ayat 45 yang bermaksud

" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan


musuh maka, tetapkanlah hati kamu….

Kawan-kawan,

Melihat tentera muslimin leka dengan rampasan perang, tentera Quraisy


kembali menyerang. Terkejut dengan serangan tersebut, tersebar pula fitnah
kewafatan Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru hara Disangka menang, kecundang rupanya luka
parah mengundang duka, 70 syahid menambah sengsara.

Kekalahan diterima penuh redha Surah Ali Imran ayat 166

" Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka
kekalahan itu adalah dengan izin Allah”

Ya…kawan-kawan, Demikianlah kisah Perang . Meskipun tentera


Islam mengalami kekalahan, namun peperangan tersebut dapat menguji
keimanan.

Ayuhlah kita ambil pengajaran Mantapkan iman tingkatkan amalan Dugaan


ditempuh penuh kesabaran Matlamat kita syurga idaman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai