Anda di halaman 1dari 2

KISAH PERANG UHUD

KANDUNGAN CATATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…… Salam

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis yang budiman, barisan Kata aluan
hakim yang arif lagi bijaksana dan seterusnya barisan hadirin yang dirahmati
Allah SWT sekalian.

Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Perang
Tajuk
Uhud.

Kawan-kawan,
Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Ia dinamakan Isi 1
Uhud kerana ia berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran Madinah.
Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat. Tetapi 300
orang telah berpaling tadah. Manakala tentera Quraisy pula berjumlah 3000
orang, diketuai oleh Abu Sufyan Al-Harb.

Kawan-kawan..
Mengapakan tercetusnya Peperangan Uhud?
Peperangan ini terjadi kerana, kaum Quraisy beras iri hati, dendam kesumat Isi 2
yang membara dan cemburu melihat kejayaan orang Islam yang dipimpin oleh
Rasulullah SAW. Mereka juga berasa marah kerana laluan perdagangan bukan
lagi menjadi hak mereka. Begitulah kisahnya.

Kawan-kawan…

Dipendekkan cerita, tentera muslimin leka dengan rampasan perang dan tidak Isi 3
mengikuti arahan Rasulullah SAW. Tentera Quraisy mengambil peluang
dengan menyerang tentera Muslimin. Tentera Islam terkejut dengan serangan
itu. Rasulullah SAW yang mulia juga telah difitnah.

Tentera Islam menjadi huru hara. Disangka menang, kecundang rupanya. Luka
parah mengundang duka. 70 syahid menambah sengsara. Kekalahan diterima
penuh redha.
Ya…kawan-kawan, Demikianlah kisah Perang Uhud. Meskipun tentera Islam Penutup
mengalami kekalahan, namun peperangan tersebut dapat menguji keimanan.

Ayuhlah kita ambil pengajaran


Mantapkan iman tingkatkan amalan
Dugaan ditempuh penuh kesabaran
Matlamat kita syurga idaman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai