Anda di halaman 1dari 4

KISAH PERANG UHUD ( TAJUK 1- LELAKI)

KANDUNGAN CATATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…… Salam

Terima kasih buat pengacara Kata aluan


(nasyid)
Para Hakim yang bijaksana
Guru-guru rakan semua
Mari hayati cerita saya

Tajuk
Kisah..…Perang Uhud

Kawan-kawan,
Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Isi 1
Dinamakan Uhud, mengambil sempena berlaku di kawasan Bukit
Uhud berhampiran Madinah. Seramai 1000 orang tentera Huraian
muslimin dipimpin Rasulullah terlibat tetapi 300 orang berpaling
tadah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubay. Manakala
tentera Quraisy berjumlah 3000 orang, diketuai oleh Abu Sufyan
Al-Harb.

َّ َّ‫ص ّٗفا‬ ‫ِينَّيُ َٰقه ِتلُونه َّ ِفيَّ ه‬


‫س ِبي ِل َِّهۦَّ ه‬ َّ‫ٱّللهَّيُ ِحبُّ َّٱلذ ه‬
َّ ََّّ‫ِإن‬
Dalil
“ Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-
Nya dalam barisan yang teratur”
As-Saf ayat 4

Beriman kepada Rasul merupakan Rukun Iman ke-2.


Sambutan maulidur Rasul yang menjadi agenda tahunan Pengajaran

negara, tanda kecintaan kita kepada baginda Isu semasa

Kawan-kawan..

Mengapakan tercetusnya Peperangan Uhud? Isi 2

Di hati Kaum Quraisy Huraian

1
Hasad menular (Sajak)
Dendam membara
Kerana Badar
mereka kalah…kecewa
Tambahan pula
Laluan perdagangan bukan lagi hak mereka
Malah Penduduk Madinah menguasainya..

Faktor tersebut mendorong kaum Quraisy merancang untuk


melakukan serangan balas kepada kaum Muslimin

Sabda Nabi

َّ‫ص ِام‬ َِّ َّ‫للاََِّّأ هَّله َّدَُّّال‬


َّ‫خ ه‬ َّ َّ‫لَّإََِّّلهى‬
َِّ ‫ج‬ َُّ َّ‫َّأ هبَّغه‬
َُّ َّ‫ضَّالر‬ Dalil

" Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang menaruh
dendam kesumat”
Hadis Riwayat Muslim

Kes tembakan sekeluarga 4 beranak di Bayan Baru kerana


Isu semasa
dendam amat menginsafkan kita. Oleh itu, jauhilah sifat dendam
Pengajaran
dalam kehidupan.

Kawan-kawan….

Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat.

Isi 3
Strategi dirancang penuh bijaksana
Huraian
3 kumpulan dibahagi tentera
(Nasyid)
Sayap kiri kanan penyerang berbisa
Kumpulan pemanah benteng utama

Kepada pemanah Rasul berpesan

2
Tetap dipuncak walau apa keadaan
Quraisy bertempiaran membunga Kemenangan
Meninggalkan bukit mendapatkan harta rampasan

Surah Al-Anfal ayat 45

َّ‫َٰ َٰٓيهأهيُّ ههاَّٱلذ ه‬


َّ َّ…..ََّّ‫ِينَّ هءا همنُ َٰٓواَّإِذهاَّله ِقيت ُ ۡمَّفِئ ه ّٗةََّّفه ۡٱثبُتُوا‬ Dalil
“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi
pasukan musuh maka, tetapkanlah hati kamu….

Pengajaran
Perancangan rapi penting untuk menempah kejayaan . MAPA
Isu semasa
21, merupakan perancangan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan.

Kawan-kawan…

Melihat tentera muslimin leka dengan rampasan perang, tentera


Isi 4
Quraisy kembali menyerang. Terkejut dengan serangan tersebut,
tersebar pula fitnah kewafatan Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru hara


Huraian
Disangka menang, kecundang rupanya
(pantun/ nasyid)
luka parah mengundang duka,
70 syahid menambah sengsara.

Kekalahan diterima penuh redha

Surah Ali Imran ayat 166


َّ َِّ‫ٱّلل‬ َِّ ‫ص هب ُك ۡمَّ هي ۡو همَّ ۡٱلتهقهىَّ ۡٱل هج ۡم هع‬
َّ َّ‫انَّفه ِبإ ِ ۡذ ِن‬ ‫هو همَّا ََّٰٓأ ه َٰ ه‬ Dalil

“ Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua


pasukan, maka kekalahan itu adalah dengan izin Allah”

Taatilah pemimpin kita. Ketaatan rakyat Turki kepada perdana


Pengajaran

3
menteri mereka berjaya menggagalkan rampasan kuasa. Isu semasa

Ya…kawan-kawan, Demikianlah kisah Perang Uhud. Meskipun Penutup


tentera Islam mengalami kekalahan, namun peperangan
tersebut dapat menguji keimanan.

Ayuhlah kita ambil pengajaran


Mantapkan iman tingkatkan amalan
Dugaan ditempuh penuh kesabaran
Matlamat kita syurga idaman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai