Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SLIM

35800 SLIM RIVER

PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA SURAU
SK KUALA SLIM
1.0 PENGENALAN

Surau SK Kuala Slim merupakan surau sekolah yang dijadikan sebagai tempat melaksanakan
ibadah solat dan menjalankan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam serta kerohanian seperti tasmik, tadarus,
ceramah dan lain-lain. Fungsi surau digunakan sebaik mungkin oleh guru-guru dan murid-murid SK
Kuala Slim. Namun begitu, terdapat kekurangan pada prasarana dan kelengkapan surau yang
memerlukan penambahbaikan agar kelihatan lebih terurus dan dapat digunakan dengan lebih optimum.

2.0 MATLAMAT

Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan sumbangan kewangan dari pihak luar untuk
menaiktaraf keadaan surau SK Kuala Slim untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai
tempat ibadah bagi warga SK Kuala Slim.

3.0 OBJEKTIF

 Menaiktaraf prasarana surau SK Kuala Slim untuk keperluan guru-guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran serta beribadah.
 Meningkatkan motivasi guru-guru dan murid-murid untuk menggunakan surau dan
melaksanakan aktiviti keagamaan dengan sebaiknya.

4.0 IMPLIKASI

 Melalui usaha yang dicadangkan, ia akan menyuburkan rasa kecintaan yang tinggi kepada
surau sebagai salah satu tempat ibadah umat Islam.

 Keceriaan dan keindahan surau akan mencerminkan keperibadian orang Islam dalam
menjaga tempat ibadah dan melambangkan keindahan Islam kepada penganut agama lain.

5.0 SKOP PERMASALAHAN

PRASARANA SURAU:

 Permaidani surau yang perlu ditukar bagi memberi keselesaan dan kebersihan semasa solat.
 Langsir surau perlu ditukar kerana sudah lusuh.
 Memerlukan tirai di tengah surau sebagai pemisah antara jemaah lelaki dan perempuan.
 Dua tong cat untuk mengecat semula dinding dan kawasan surau supaya lebih kondusif dan
ceria.
 Memerlukan 30 helai sejadah untuk kegunaan murid dan guru bersolat.

6.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL CADANGAN KUANTITI ANGGARAN JUMLAH


KOS
(SEUNIT)
1. Permaidani (karpet) 3 gulung RM 300.00 RM 900.00
2. Langsir 2 set RM 200.00 RM 400.00
3. Bidai Kayu 1 set RM 1000.00 RM 1000.00
4. Cat 2 tong RM 150.00 RM 300.00
5. Sejadah 30 helai RM 30.00 RM 900.00
6. Lain-lain (Peralatan berus cat dan - - RM 100.00
sebagainya)
JUMLAH BESAR : RM 3600.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan dengan peruntukan yang diberi dapat membantu pihak sekolah menaiktaraf surau
dan segala program berkaitan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang di atas kemurahan hati pihak
tuan/puan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________________ _______________________________
(HANIS ZHAFIRAH BT ABDUL JAAFAR) (MOHAMED NAHAR BIN KAHAR)
Penyelaras Surau, Guru Besar,
SK Kuala Slim. SK Kuala Slim.

Anda mungkin juga menyukai