Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

CADANGAN MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI


FASILITI
DI MASJID NURUL HIDAYAH ,
FELDA KEMAHANG 2

1
KANDUNGAN

1.0 TUJUAN

2.0 LATAR BELAKANG CADANGAN

3.0 RASIONAL

4.0 CADANGAN PROJEK

5.0 SKOP PROJEK

6.0 ANGGARAN KOS

7.0 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PROJEK

8.0 RUMUSAN

2
KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI FASILITI DI
MASJID NURUL HIDAYAH , FELDA KEMAHANG 2

1.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini adalah bertujuan memohon peruntukan kewangan untuk


melaksanakan projek-projek cadangan bagi pembangunan Masjid Nurul Hidayah,
Felda Kemahang 2.

2.0 LATAR BELAKANG CADANGAN

Kertas Cadangan ini adalah susulan daripada Mesyuarat Pengurusan Masjid Nurul
Hidayah kali ke-2 bagi tahun 2018 yang telah diadakan pada 21hb April 2018. Dalam
mesyuarat tersebut, pihak pengurusan masjid telah bersetuju sebulat suara untuk
membuat penambahbaikan terhadap beberapa fasiliti masjid. Ini adalah satu
langkah kehadapan oleh pihak pengurusan masjid untuk menjadikan Masjid Nurul
Hidayah terus gah menjadi mercu tanda bagi Felda Kemahang 2. Tambahan lagi,
masjid ini juga pernah menjadi Juara Masjid Terbaik (Luar Bandar) Peringkat
Kebangsaan tahun 2016. Oleh yang demikian,amat penting Masjid Nurul Hidayah
sentiasa kelihatan ‘hidup’ dan kekal menjadi sebuah institusi yang progresif mengikut
perubahan persekitaran.

3.0 RASIONAL

2.1 Kawasan Masjid kelihatan suram pada waktu malam kerana lampu limpah
(spotlight) di halaman depan tidak berfungsi sepenuhnya. Perlukan
pembaikian.
2.2 Keadaan gelap di pintu masuk utama masjid menyebabkan ada kariah yang
terlajak. Bagi menyelesaikan masalah ini, perlu diletakkan lampu pagar yang
bersesuaian sebagai ‘signage’ pintu masuk masjid.
2.3 Keadaan persekitaran masjid kelihatan sangat suram pada waktu malam.
Oleh yang demikian, pihak pengurusan mencadangkan supaya lampu hiasan
dipasang pada menara masjid bagi menceriakan suasana masjid pada waktu
malam, seterusnya dapat menarik perhatian ahli kariah masjid.
2.4 Menyelesaikan masalah kurangnya sambutan penyewaan Bazaar Rakyat
oleh masyarakat setempat.

3
4.0 CADANGAN PROJEK

3.1 Membaiki dan menaiktaraf lampu limpah (spotlight) di halaman masjid.

3.2 Memasang lampu pagar di pintu masuk utama.

3.3 Memasang Lampu Hiasan di Menara Masjid.

3.4 Menaiktaraf Bazaar Rakyat Masjid Nurul Hidayah.

3.5 Mengubahsuai pagar masjid di sekitar Bazaar Rakyat.

5.0 SKOP PROJEK

4.1 Membaiki dan menaiktaraf lampu limpah di halaman masjid.

4.1.1 Membaiki lampu limpah yang telah lama rosak dan tidak berfungsi
sepenuhnya.

4.2 Memasang Lampu pagar di pintu masuk utama dan lampu hiasan di
menara masjid.

4.2.1 Memasang lampu di tiang pagar pintu masuk utama serta


pendawaian.

4.2.2 Memasang lampu hiasan di menara masjid serta pendawaian.

4.3 Menaiktaraf Bazaar Rakyat Masjid Nurul Hidayah.

4.3.1 Membuat binaan tambahan di bahagian belakang berukuran 6x10 di


setiap unit Bazaar Rakyat.

4.3.2 Binaan ini akan menempatkan sebuah bilik untuk rehat peniaga
Bazaar Rakyat.

4.3.2 Membuat pendawaian untuk lampu dan soket ditempat yang sesuai
didalam bilik tersebut.

4.4 Mengubahsuai pagar masjid di sekitar Bazaar Rakyat.

4.4.1 Meroboh pagar di hadapan bazaar.

4.4.2 Membaikpulih tapak di hadapan bazaar selepas pagar di roboh.

4.4.2 Membina pagar baharu di bahagian tepi bazaar sepanjang 70 meter.

4
6.0 ANGGARAN KOS

BIL. PERKARA KOS (RM)

Membaiki dan menaiktaraf lampu limpah (spotlight) 3000.00


1
di halaman masjid.

Memasang Lampu pagar di pintu masuk utama dan


2 lampu hiasan di menara masjid. 8000.00

3 Menaiktaraf Bazaar Rakyat Masjid Nurul Hidayah. 24000.00

4 Meroboh dan membina pagar 15000.00

JUMLAH RM 50000.00

5
7.0 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PROJEK

Keadaan perkarangan masjid yang suram, disebabkan kerosakan pada lampu limpah.

Keadaan pintu masuk utama yang gelap pada waktu malam.

6
Baazar Rakyat bersebelahan masjid yang terlindung dengan pagar. Ia menyebabkan bazaar
ini kurang mendapat sambutan dari peniaga dan juga pelanggan terutamanya.

Tapak cadangan untuk dibina pagar yang baharu yakni disebelah bazaar rakyat.

7
Mengindahkan menara masjid dengan pengcahayaan lampu hiasan, supaya kelihatan
menarik pada malam.

8
Lampu limpah yang ada di perkarangan masjid. Walaubagaimanapu, hanya sebiji lampu
sahaja yang berfungsi. Perlukan pembaikan segera.
9.0 RUMUSAN / PENUTUP

Cadangan menaiktaraf beberapa fasiliti masjid ini diharap dapat direalisasikan


secepat mungkin. Ia amat penting untuk mengembalikan fungsi masjid bukan sahaja
sebagai tempat beribadat malah sebagai institusi penyatuan komuniti Felda
Kemahang 2.

Disediakan oleh :

...................................................
( SHARIMI BIN LAZIN )
Setiausaha
Masjid Nurul Hidayah

Disemak dan disahkan oleh:

..................................................
( HJ.MANSOR BIN ISMAIL )
Pengerusi / Imam 1
Masjid Nurul Hidayah

Anda mungkin juga menyukai