Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

PROJEK MENAIKTARAF BUMBUNG, KUBAH DAN


MELEBARKAN RUANG SOLAT UTAMA
MASJID JAMEK JERAM, KAMPUNG JERAM, 31850 KAMPAR PERAK.

1. PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon sumbangan peruntukan sebanyak
RM150,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS LIMA PULUH RIBU RINGGIT
SAHAJA) bagi menaiktaraf bumbung, kubah dan melebarkan ruang solat utama Masjid
Jamek Jeram, Kampar Perak.

2.0 LATAR BELAKANG


Masjid Jamek Jeram dibina pada tahun 1916 sebelum Perang Dunia Kedua. Masjid ini
kini mempunyai dua buah bangunan iaitu masjid lama yang diperbuat dari kayu dan
masjid baharu daripada konkrit simen yang dibina pada tahun 1980an. Selain menjadi
tempat ibadat dan pusat aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk setempat,
kedudukannya di tepi Jalan raya Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh juga menjadikannya
sebagai tempat persinggahan para musafir untuk menunaikan solat dan tempat berehat
melepaskan keletihan. Menyedari akan peranan dan kepentingannya inilah pihak
jawatankuasa sentiasa berusaha menaiktaraf dan menambahbaik fizikal dan
pengurusannya. Kertas cadangan inilah adalah antara usaha yang dicadangkan oleh
pihak jawatankuasa.

3.0 OBJEKTIF PROJEK


3.1 Menggantikan bumbung dan atap lama yang telah mengalami kebocoran pada
beberapa tempat tertentu.

3.2 Melebarkan ruang solat utama yang sempit bagi membolehkan lebih ramai ahli
jemaah dapat solat di ruang solat utama di dalam masjid.

3.3 Meninggikan bumbung dan kubah sedia ada yang agak rendah dan terlindung
pandangannya dengan masjid lama hal ini bertujuan tujuan mempamerkan
keizzahan masjid sebagai rumah ibadat Islam.
3.4 Memberikan keselesaan kepada para jemaah yang beribadah terutama apabila
waktu hujan, solat Jumaat dan ketika sambutan kedua-dua hari raya.

3.5 Memberikan gambaran atau imej yang baik terhadap masjid sebagai rumah
ibadah umat Islam. Lebih-lebih lagi kedudukan masjid ini yang terletak di tepi
Jalan raya Persekutuan Kuala Lumpur – Ipoh.

4.0 CADANGAN PROJEK

4.1 Menaiktaraf bumbung masjid iaitu meninggikan bumbung dan kubah,


menggantikan atap yang berkeluasan 90 kaki (panjang) X 60 kaki (lebar).

4.2 Melebarkan ruang solat sedia ada kaki dengan menambah pada bahagian kiri
dan kanan ruang solat sedia ada kepada 50 kaki X 40 Kaki luas.

5.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Anggaran kos projek yang dicadangkan adalah seperti berikut :

Kos menaiktaraf bumbung dan kubah – RM 100,000.00

Kos melebarkan ruang solat utama – RM 50,000.00

Jumlah keseluruhan kos – RM150,000.00

6.0 PENUTUP

Semoga kertas cadangan yang dikemukakan ini mendapat perhatian dan pertimbangan
sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian.

_____________________

(HJ. AMRAN BIN ENDU )


Pengerusi, Jawatankuasa Kariah
Masjid Jamek Jeram

Anda mungkin juga menyukai