Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM NAIK TARAF KELAS PENDIDIKAN KHAS

UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK TAMAN JOHOR JAYA 2, JOHOR.


PENDAHULUAN
Bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui pelan induk PIP iaitu ingin memartabatkan Pendidikan Khas Malaysia ke satu
aras yang terbaik, maka Unit Pendidikan Khas SMK Buloh Kasap cuba menggerakkan
satu usaha menaiktaraf kelas Pendidikan Khas. Usaha ini dilaksanakan untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan efektif. Kewujudan
pertambahan kelas Pendidikan Khas ini akan dapat membantu perkembangan potensi
diri anak-anak khas di sekolah ini terutamanya dalam menikmati infrastruktur dan
kelengkapan yang lebih baik bersesuaian dengan keperluan anak-anak khas di sekolah
ini.
MATLAMAT
Program ini diharap akan dapat menaiktaraf kelas Pendidikan Khas SMK Taman
Johor Jaya 2, di mana kelengkapan dan keperluan yang disediakan bersesuaian dengan
keperluan dan tahap murid-murid pendidikan khas SMK Taman Johor Jaya 2.

OBJEKTIF
1. Dapat memberi peluang dan ruang pembelajaran yang lebih selesa untuk murid
pendidikan khas Taman Johor Jaya 2.
2. Menyediakan kemudahan pengurusan yang sistematik dan terancang sekolah ini.
3. Membantu meningkatkan prestasi keupayaan anak-anak khas ini dengan menyediakan
prasarana yang selesa.

KOS
Meja

RM4000.00

Almari dan rak fail

RM1000.00

Bunga hiasan

RM50.00

Langsir

RM1000.00

Jam

RM10.00

Polisterin

RM120.00

Alas kaki

RM12.00

Tikar getah

RM400.00

Cat

RM200.00

Sofa

RM1400.00

Jumlah

RM 8092.00

SUMBER KOS
Panitia Pendidikan Khas
Sumbangan ADUN dan ahli Parlimen

JANGKA MASA
Ogos 2013 hingga Julai 2014
SASARAN
Guru-guru Pendidikan Khas/PPM/Murid-murid Pend Khas.

AJK PELAKSANA
PENAUNG

: TUAN HJ. ROSLAND BIN YUSUF


PENGETUA SMK TAMAN JOHOR JAYA 2

PENYELARAS

: PN ROHANI BT SULAIMAN

SETIAUSAHA

: PN HASNAWIAH BT YAKKUB

BENDAHARI

: PN SITI NORDIA BT RUSLI

AJK

: PN FARHANA BT MOHAMED
PN MASZLINDA BT MOHAMED
PN NOR HANIM BT RAMBAT
PN ROHAYA BT ITHNIN

PRASARANA

: EN. AZMAN BIN TAIB


EN. MOHD FAIZAL BIN PAIMEN

TUGASAN AM

: PN. HASNAWIAH BT YAKKUB


PN.

KECERIAAN

: CIK. SYAIDA

SENARAI BIDANG TUGAS


URUS SETIA

Melaksanakan urusan pinjaman buku, melabel, menyusun atur


buku.

PRASARANA

Mengurus, menyediakan, mendapatkan peralatan untuk


naik taraf kelas seperti komputer, bunga hiasan, rak

buku/fail,
LCD, meja, kerusi dll.
KECERIAAN

Menguruskan dan menghias hiasan dalaman seperti langsir, katakata hikmat, jam dinding dan segala keperluan untuk memberikan
kesan keindahan ruang kelas.

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Menetapkan dasar dan polisi perlaksanaan
2. Draf jawatankuasa yang terlibat
3. Menghasilkan kertas kerja program mewujudkan perpustakaan Pendidikan Khas
4. Membentangkan kertas kerja dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Khas
5. Memohon kelulusan dan peruntukan daripada pengetua untuk segala keperluan
perbelanjaan yang diperlukan untuk untuk menjayakan program tersebut.
6. Melaksanakan program mengikut perancangan dan masa yang ditetapkan.
7. Membuat penilaian

PENUTUP
Program ini diharap dapat dijayakan dengan penuh kesempurnaan. Kejayaan program ini
akan menjadi satu sesuatu yang positif dalam memberi peluang dan ruang murid-murid
Pendidikan Khas SMK Taman Johor Jaya 2 menikmati suasana pembelajaran yang efektif
dan efesien.

Disediakan oleh:

Disemak oleh

Pn Hasnawiah Bt Yakkub
Guru Program Pendidikan Khas
SMK Taman Johor Jaya 2,JB.

Pn Rohani Bt Sulaiman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Taman Johor Jaya 2.JB.

Diluluskan oleh
Pengetua SMK Taman Johor Jaya 2,

Johor Bharu.

Anda mungkin juga menyukai