Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN DAN MENCERIAKAN BILIK KHAS


PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI
2015
1. Pendahuluan
Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu perlu diwujudkan bertujuan untuk memastikan
pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diselenggara, disusun, diatur dengan baik
dan dengan ini akan memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru SK
Sarikei (SKS), keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor
penting untuk menarik murid-murid SKS untuk datang ke bilik Khas Panitia Bahasa
Melayu dengan lebih kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan
bilik tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya
kepada murid-murid.
Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangunkan
Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti, dan dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris maka Panitia Bahasa Melayu SK
Sarikei mengambil inisiatif ini untuk mewujudkan dan menceriakan Bilik Khas Panitia
Bahasa Melayu. Maka wajarlah ia dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk
menjamin kualiti pendidikan anak didik di SK Sarikei bagi menjamin kecemerlangan
pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar.
2. Objektif

Penggunaan yang optimum Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu dalam kalangan
warga SKS dapat mendedahkan dan menarik minat kepada mata pelajaran Bahasa
Melayu khasnya dalam penulisan mahupun lisan.

Membentuk suasana Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu yang lebih ceria dan
selesa untuk kemudahan warga SK Sarikei.

Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu yang dapat memartabatkan Bahasa
Kebangsaan kita dan mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan.

Menempatkan bahan bacaan yang diminati murid untuk menambah ilmu


pengetahuan.

3. Rasional & Matlamat


Memastikan Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu sentiasa berada dalam keadaan yang
bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan
Bahasa Melayu supaya guru dapat menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
dengan mudah serta murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Di samping itu, kewujudan Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu ini juga dapat
meningkatkan kualiti pengurusan fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan
lebih sistematik untuk menjadi sekolah Berprestasi Tinggi.
4. Lokasi Sasaran
Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu ( bersebelahan dengan Bilik Bahasa Cina).
5. Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)
Bahan-bahan keperluan dan bahan untuk keceriaan Bilik Khas Panitia Bahasa Melayu
BIL.

PERKARA

KUANTITI

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Cat Simen
2 tin x 7Liter
Roller Paint
10xRM5.00
Paint Tray
5xRM5.00
Rak Buku
2xRM180
Langsir, rel & cangkuk
5 panel
Tikar Getah
1 Gulung
Carta BM
10xRM7.00
Fail Tebal
10xRM7.00
Staples Gun
4xRM25.00
Jam Dinding
1xRM25.00
JUMLAH
6. Organisasi Panitia Bahasa Melayu
Ketua

: Puan Subhah Binti Morton

Setiausaha

: Puan Habikrollida Binti Yunus

Bendahari

: Puan Norhazzima Binti Hj. Che Long

Ahli-ahli

: Puan Jocelyne Helena AK Gasan\


: Puan Umi Salamah Binti Osen
: Puan Rozy Ak Ingom

ANGGARAN
HARGA
RM 200.00
RM 50.00
RM 25.00
RM 360.00
RM 300.00
RM 300.00
RM 70.00
RM 70.00
RM 100.00
RM 25.00
RM 1500.00

CATATAN

: Cik Nor Hayati Binti Abdulrani


: Encik Mohd. Hamka Bin Umar Ali
: Encik Micheal Brendan
: Cik Khairunnisa Binti Bohan
: Puan Habsah Binti Japar
: Encik Haslie Bin Umar
: Cik Zakiah Binti Jerani
7. Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya serta mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang
cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah di samping
memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada
Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati.
Disediakan oleh,
....................................... ..
(HABIKROLLIDA BINTI YUNUS)
Setiausaha ,
Panitia Bahasa Melayu.
SK Sarikei.
Disahkan oleh,
..
( RAKIAH @ MAIMON BINTI MAHADI)
Guru Besar,
SK Sarikei,
2015.

Disemak oleh,
................................
(SUBHAH BINTI MORTON)
Ketua Panitia,
Panitia Bahasa Melayu,
SK Sarikei.

Anda mungkin juga menyukai