Anda di halaman 1dari 8

SK WAN IBRAHIM

27200 KUALA LIPIS


PAHANG DARUL MAKMUR
_________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROGRAM 10 MINIT BACAAN


PAGI BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemulihan Khas telah disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah

keciciran, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan menguasai kemahiran 3M. Berikutan

dengan pendamik Covid 19, menyebabkan bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran

membaca menjadi ramai. Kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca perlu diberi

penekanan yang serius oleh pihak sekolah.

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras malah juga Bahasa Kebangsaan negara

kita. Justeru itu, untuk membantu setiap murid pemulihan Bahasa Melayu, Panitia Bahasa

Melayu SK Wan Ibrahim telah merancang program pemulihan membaca.

2.0 RASIONAL

Rasional program ini adalah untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiran

membaca subjek Bahasa Melayu dengan lebih cepat. Penguasaan kemahiran membaca diharap

dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga mata

pelajaran yang lain.


3.0 OBJEKTIF

 Membantu murid membaca suku kata kv, kvk dan kvkv.


 Membantu murid-murid meningkatkan penguasaan suku kata.
 Memastikan murid dapat membaca sekurang-kurang enam ke lapan patah perkataan
gabungan dua suku kata kv+ kvk dengan lancar.

4.0 PENGISIAN

4.1 Latih tubi membaca suku kata kv dan kvk

Latihan membaca ini dijalankan selama 10 minit sebelum pembelajaran

dimulakan. Murid-murid diberi kad suku kata. Murid-murid dibimbing agar

mereka tidak mengalami kesukaran semasa membaca kad-kad suku kata.

4.2 Aktiviti membaca dan menyalin

Murid diberi lembaran petikan dan membaca petikan mudah. Kemudian murid

akan menyalin petikan bacaan.

5.0 ANJURAN
Panitia Bahasa Melayu

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Julai hingga Oktober 2023

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tidak mengusai kemahiran membaca
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah


1. Lembaran (Petikan Bacaan)
Kertas A4 - 5 Rim X RM 12.00 RM 60.00

2. Kad Bacaan (1 set) RM 250.00


JUMLAH RM 310.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Panitia Bahasa Melayu

10.0 PENGLIBATAN MURID

- Lampiran senarai nama murid pemulihan.


12.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En Mohd Fazli bin Abd Hamd (Guru Besar)

Naib pengerusi : Pn Hasnoraidah bt.Wan Azman (GPK Pentadbiran)

Penyelaras : Puan Che Noraza binti Aziz (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Setiausaha : Puan Masjulia binti Mustaffa (Setiausaha Panitia Bahasa Melayu)

Ahli Jawatankuasa :

1. Puan Norzailika binti Zainal

2. Puan Faizah Binti Hassan

3. Puan Azila Bin Ahmad

4. Puan Zurani Binti Nasir

5. Puan Hernie Adlin Bin Nordin

6. Puan Zarini Binti Yahya

7. Puan Noriah Binti Mat Tahar

8. Puan Izyan Nuraini Binti Sapuan

9. Puan Fakhrana Binti Mohamad

10. Encik Mohd Faizal bin Mohamad @ Khalid

11. Encik Muhd Nurazri Bin Jamaludin


11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program yang dilaksanakan dapat membantu murid membaca dan

memberi impak yang meningkatkan tahap penguasaan (TP) murid dalam Bahasa Melayu.

Semoga program yang dirancang akan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ …………………………….

( MASJULIA BINTI MUSTAFFA) (CHE NORAZA BINTI AZIZ)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu

_________________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak Diluluskan

Ulasan :

............................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

.....................................................

MOHD FAZLI BIN ABD HAMID

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim,

Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Tarikh:
Nota* : Potong yang tidak berkenaan
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL.
JalanKlinik, 14300 NibongTebal, S.P.S.
No tel / fax: 04-5931419
Email: sknibongtebal.sknt@gmail.com

KERTAS KERJA
PROGRAM INTERVENSI BAHASA
MELAYU
TAHUN 1

DISEDIAKAN OLEH
PN. NORHAFIZA BINTI
A.RAHMAN
GURU BAHASA MELAYU TAHUN
1

Anda mungkin juga menyukai