Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 1

JALAN SS22/48
47400 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

PROGRAM “SEHARI SELEMBAR


BENANG”
1.0   Pendahuluan

Kecemerlangan dalam bidang akademik sering menjadi perhatian.  Namun demikian,

kita sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak

diberi perhatian sewajarnya. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan

setiap program yang berpaksikan pelajar.

Oleh yang demikian, “Program Sehari Selembar Benang” ini merupakan satu program

yang dirancang bertujuan untuk membantu murid-murid yang masih belum menguasai

kemahiran membaca dan menulis. Murid-murid yang terlibat dalam program ini ialah

murid-murid yang belum menguasai asas literasi tahap 1 dan 2.

Melalui program ini murid-murid akan dibekalkan dengan bahan bacaan dan ibu bapa

diminta untuk membimbing murid-murid untuk membaca di rumah.Kemudian, ibu bapa

perlu menandatangan pada bahan bacaan tersebut dan kemudian guru akan membuat

semakan dan pengesahan semula.

2.0  Rasional

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam

kemahiran membaca.  Selain itu, program ini juga dapat memberi tumpuan yang

maksima kepada murid yang lemah kerana program ini melibatkan ibu bapa penjaga

murid-murid.

3.0  Matlamat

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran

membaca dan seterusnya melepasi saringan pemulihan khas. Selain itu, dengan

terlaksananya program ini diharapkan ibu bapa dapat melibatkan diri secara langsung

dalam pembelajaran anak-anak mereka.


4.0  Objektif

 Membantu murid menguasai kemahiran asas literasi membaca dan menulis.

 Membina keyakinan diri murid untuk membaca.

 Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam bahasa Melayu dan

seterusnya membantu murid untuk mengatasinya.

5.0  Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahap 1 dan 2 yang tidak melepasi Ujian Saringan Bitara (Pemulihan Khas).

6.0   Tempat dan Masa

 Setiap hari Jumaat

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG 2022

PENASIHAT

EN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED

PENGERUSI

EN. MOHD SABRI BIN HASHIM

PENYELARAS

EN. MUHAMMAD RAZIF BIN AIR ABZOL

AHLI JAWATANKUASA

BAHASA MELAYU PN. TUAN NURHAFIZAH BINTI TUAN


MAHMOOD
8.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL SENARAI JENIS BARANG HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
1. Plastik laminate 30 1 30
2. Kertas A4 12 1 12

JUMLAH 42.00

9. Penutupan

Program ini adalah suatu aktiviti berterusan yang berbentuk pemulihan dan bimbingan.
diharapkan program ini dapat membantu murid dalam menghadapi saringan dan
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu. Program ini juga
diharap dapat memberi satu impak yang berkualiti dan berkesan terhadap anak didik
untuk memastikan murid-murid dapat menguasai asas kemahiran membaca Bahasa
Malaysia. Semoga sekolah ini berjaya mencapai sifar pemulihan sesuai dengan hasrat
kerajaan dalam Anjakan 2 iaitu untuk memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia.

Disediakan Oleh,

................................................................
(AFIQAH BINTI NOOH)
Guru Pemulihan Khas,
SK DAMANSARA JAYA 1

Tarikh: 12 MAC 2022

Diluluskan Oleh,

..........................
(MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR)
Guru Besar,
SK Damansara Jaya (1),

Tarikh: 12 MAC 2022

Anda mungkin juga menyukai