Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TTDI JAYA

JALAN SASTERA U2/1, SEKSYEN U2, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

KERTAS KERJA BENGKEL BAHASA ARAB DR. ARABIC


TAHUN 2019

PENDAHULUAN

Bahasa Arab adalah merupakan salah satu mata pelajaran dalam


peperiksaan PT3. Bengkel Bahasa Arab bersama Dr Arabic adalah aktiviti
yang julung-julung kali pertama dijalankan untuk semua pelajar KAA
tahun 2019. Bengkel ini melibatkan semua pelajar KAA yang
berkemahiran dalam Bahasa Arab. Program ini bertujuan untuk
memantapkan lagi penguasaan bahasa dan intonasi Bahasa Arab.
Sehubungan itu, Panitia Bahasa Arab mengambil inisiatif untuk
mengadakan aktiviti ini kepada calon pelajar Bahasa Arab tahun ini secara
usaha berpadu untuk membantu calon dengan pelbagai teknik dan
strategik bagi mereka cemerlang dalam keputusan cemerlang dalam
Bahasa Arab. Bengkel ini dikendalikan oleh Pensyarah Cemerlang
Bahasa Arab IPG Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan
iaitu Dr. Abu Razak bin Abu Chik (Dr. Arabic) dengan kerjasama
Utusan Malaysia. Selain itu melalui aktiviti ini diharapkan pelajar dapat
bermotivasi dan berpotensi menjadi pelajar yang berupaya mencapai
kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan PT3 nanti. Sehubungan itu,
aktiviti bengkel ini wajar dilaksanakan bagi memberi input yang berguna
kepada pelajar dalam menghadapi cabaran peperiksaan PT3 2019 ini.
Pihak panitia amat berharap usaha murni ini akan dapat meningkatkan
prestasi dan motivasi pelajar KAA.

1
1. TUJUAN

Bengkel Bahasa Arab bersama Dr. Arabic ini bertujuan memantapkan


penguasaan Bahasa Arab di kalangan murid-murid khususnya calon-calon PT3
2019. Peningkatan yang dicapai dari tahun ke tahun itu untuk sentiasa
memastikan kecemerlangan akan terus dikekalkan bahkan ditingkatkan lagi.

2. RASIONAL

2.1 Memberi pendedahan yang meluas tentang intonasi dan gaya bahasa
dalam Bahasa Arab.

2.2 Meningkatkan kecekapan murid menjawab soalan-soalan berformat dan


teknik yang betul.

2.3 Meningkatkan kemahiran menguasai komunikasi dalam Bahasa Arab.

2.4 Memberi suntikan semangat kepada murid agar terus cemerlang, terbilang
dan gemilang dalam pentaksiran PT3.

3. MATLAMAT
Matlamat program ini ialah untuk meningkatkan motivasi, minat dan
kebolehan juga prestasi kecemerlangan dalam Bahasa Arab.

4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kemahiran penguasaan murid komunikasi dan intonasi di
dalam Bahasa Arab.

5. SASARAN
5.1 1. SMK TTDI JAYA :-
Tingkatan 1 Zeta - 25 orang
Tingkatan 2 Zeta - 20 orang
Tingkatan 3 Zeta – 22 orang

2
5.2 2. SMK SS 17 – 20 orang
5.3 3. SMK SUBANG JAYA – 20 orang
5.4 4. SMK SEKSYEN 7 – 20 orang
JUMLAH = 127 ORANG

6. BUTIRAN PELAKSANAAN

6.1 Dicadangkan pelaksanaan bengkel ini dengan membentuk kumpulan kecil


dan pembentangan antara peserta untuk penggunaan bahasa badan ( di
dalam Bahasa Arab ) dan intonasinya dalam pelaksanaan dan
penyelarasan.

6.3 Aktiviti Program


a) Pensyarah Cemerlang Bahasa Arab IPG Kampus Raja
Melewar, Seremban Negeri Sembilan iaitu Dr. Abu Razak bin Abu
Chik (Dr. Arabic) dengan kerjasama Utusan Malaysia.
b) Penyertaan dari 4 buah sekolah yang berhampiran:-
- SMK TTDI JAYA
- SMK SS 17
- SMK SUBANG JAYA
- SMK SEKSYEN 7

6.4 Tarikh : 02 MAC 2019 (SABTU)


Tempat : DEWAN SERI BUDI, SMK TTDI JAYA
Masa : 8.30 petang hingga 1.00 petang

3
7.ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Peserta RM

Bayaran daripada peserta RM 22/pax


1
(Peserta)
2 Cenderahati Penceramah RM30
(Sumbangan)
3 Banner RM 50
(Sumbangan)

JUMLAH Rm 567.00

8. AHLI JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Pengerusi : Hj. Azahar Nor Arifin bin Ahmad


(Pengetua Cemerlang)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Rohaidah bt Zainal


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras : Pn. Adibah bt Omar


(GKMP BAHASA)

Setiausaha & Bendahari : Ustazah Zilhudda binti Mohamad Nor


(Ketua Panitia Bahasa Arab)

9. TENTATIF BENGKEL

4
     
08.30 AM      PENGGUNAAN BAHASA BADAN DI DALAM BAHASA ARAB ( 1 JAM )
09.30 AM     PENGGUNAAN PELBAGAI INTONASI BAHASA ARAB ( 1 JAM )

10.30 AM     REHAT

11.00 AM      ZIKRULLAH BAHASA ARAB ( 1 JAM )


12.00 AM     PENGGUNAAN KATA SERAPANI DLM PERTUTURAN BAHASA ARAB

1.00 PM BERSURAI

10. STRATEGI PELAKSANAAN

BI TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


L
1. 21.01.2019 Merancang dan membuat KP B Arab Mengenal pasti
perbicangan dengan Dr. Arabic Keperluan
secara talian. bengkel kepada
pelajar KAA.

2. 28.01.2019 Utusan Malaysia mengeluarkan Dr. Arabic Info


info didlm Kolum Bahasa Arab
Utusan Malaysia Siri 759
3. 29.01.2019 GKMP membentangkan dalam GKMP Bahasa Membentangkan
Mesyuarat Pentadbir (Penyelaras) kertas kerja
4. 18.2.2019 Menyediakan surat jemputan KP B arab Dr Arabic
kepada penceramah

5. 02.3.2019 Pelaksanaan Program Semua yang Lancar/Tidak


terlibat

11. INSTRUMEN PENILAIAN

11.1 Kertas kerja

11.2 Laporan, Post Mortem Program dan Dokumentasi

12. PENUTUP
Dengan adanya bengkel ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar
Kelas Aliran Agama (KAA). Melalui bengkel ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman
komunikasi Bahasa Arab berdasarkan intonasinya. Semoga bengkel ini memberikan satu suntikan
semangat dan motivasi yang tinggi kepada pelajar KAA untuk menarik minat dan kebolehan yang
cemerlang dalam Bahasa Arab.

5
Disediakan oleh,

……………………………………….
(ZILHUDDA BT MOHAMAD NOR)
Ketua Panitia Bahasa Arab,
SMK TTDI Jaya, Shah Alam,
Selangor.

Disemak oleh,

……………………………….
(ROHAIDAH BT ZAINAL)
Penolong Kanan Pentadbiran.
SMK TTDI Jaya, Shah Alam,
Selangor.

Diluluskan oleh,

……………………………………………..
(HJ AZAHAR NOR ARIFIN BIN AHMAD)
Pengetua Cemerlang,
SMK TTDI Jaya, Shah Alam,
Selangor.

ULASAN PENGETUA:

Anda mungkin juga menyukai