Anda di halaman 1dari 3

PADI BERBUAH EMAS

Itulah tajuk cerita saya. Cerita ini mengisahkan Pak Alang dan Mak Alang yang
bekerja sebagai petani.

Pak Alang dan isterinya baru sahaja selesai menabur baja pada pokok padinya.
Mereka di pondok di tepi sawah. Mereka minum kopi sambil makan ubi rebus.

“Nampaknya padi kita berbuah lebat kali ini, Mak Alang” ujar Pak Alang sambil
merenung sawah padi di hadapan mereka.

“ Betul, harap-harap keuntungan kita bertambah tahun ini,” balas Mak Alang.

Tidak lama selepas itu, padi Pak Alang mulai masak dan menguning.

Kawan-kawan, .

Sudah tentu…………………..tidak lama lagi padi tersebut boleh mula dituai.

Jiran Pak Alang, iaitu Pak Kulim juga sedang menanti masa untuk menuai padinya,
petak sawah Pak Kulim bersebelahan dengan petak sawah Pak Alang.

Cip...cip...cippp……….kedengaran di sini. Cip ...cipp…….....Kedengaran di sana.

Pak Kulim dan Mak Kulim mendapati beberapa ekor burung sedang makan buah
padi mereka.

“Syuuuuhhh, syuuuuhhh” Pak Kulim menghalau burung itu. Mak Kulim merasa
sangat bimbang. Terfikir dalam hati, padi yang ditanam pasti habis dimakan
burung.

Mereka berdua mengejar dan menghalau burung itu. Namun, semakin banyak
pula burung yang datang. Ohh, tidak....

Sesuatu mesti dilakukan oleh mereka berdua.

Tiba-tiba, muncul dalam fikiran mereka untuk menghasilkan orang-orang. Sudah


tentu, burung-burung akan merasa takut, untuk mencuri makan padi yang telah
menguning.

Suatu petang, Pak Kulim meletakkan orang-orang di petak sawah mereka.


“Burung itu tentu akan takut kepada orang-orang ini” kata hati Pak Kulim.

Namun, masih ada lagi burung yang makan padinya.

“Syuuuuhhh!” Pak Kulim terus menghalau burung itu dengan sangat marah.

“Mengapa kamu semua tidak takut kepada orang-orang ini?”marah Mak Kulim
pula. Pak Kulim pula memikirkan untuk memasang perangkap.

Kawan-kawan,

Berjayakah perangkap yang akan dipasang ini ?

Pak Kulim segera memasang perangkap. Satu jaring yang panjang dan besar
dipasang di sepanjang petak sawah padinya. Mereka berdua pulang ke rumah
dengan gembira.

Sementara itu, Pak Alang dan Mak Alang pula sibuk menyediakan guni untuk
mengisi hasil tuaian. Tiba-tiba.... Mak Alang ternampak beberapa ekor burung
hinggap di atas pokok padi mereka.

“Eh, ada burung makan padi kita, bang!”ujar Mak Alang.

“Biarlah, Mak Alang. Apa salahnya kita berkongsi dengan mereka. Burung itu pun
kecil saja.” balas Pak Alang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Pak Kulim dan Mak Kulim bertemu dengan
Pak Alang dan Mak Alang. Pak Kulim hairan, mengapa Pak Alang membiarkan
sahaja burung-burung kecil memakan padi mereka.

Pak Alang menganggap burung juga adalah makhluk Tuhan yang kecil. Takkan
habis, padi dimakan oleh mereka.

Tidak berapa lama kemudian, semua orang bersiap-siap untuk menuai padi
masing-masing. Pak Kulim dan Mak Kulim antara yang terawal pergi ke sawah
padi.

Tiba-tiba menjadi marah kerana perangkapnya tidak mengena. Tentu, tahun ini
kuranglah keuntungan aku... fikir hati Pak Kulim.
Mereka berdua pun menuai padi yang masih ada.

Berbeza pula dengan Pak Alang yang baik hati. Terkejut sungguh Pak Alang lantas
memanggil Mak Alang sambil menunjukkan padi di dalam genggaman.

Apa yea kawan-kawan?

Lihat jauh nun di sana, tekun Pak Alang kerja,


Buah padi masak emas, isteri kerjasama,
Tolong-menolong membanting padinya,
Berusahalah murah rezeki,
Dahulu susah kini senang hati,
Buah padi masak emas.(2X)

Hoooyoooo

Setangkai padi di hadapan Pak Alang telah menjadi emas. Rupa-rupanya semua
padi Pak Alang berbuah emas !

Sejak dari hari itu, hidup Pak Alang semakin senang. Namun, mereka tidak lupa
berkongsi kesenangan mereka bersama dengan jiran yang lain.

Begitulah kawan-kawan. Sikap jujur dan baik hati pasti akan dibalas oleh Yang
Maha Kuasa.

Sekian sahaja cerita saya...

Kawan-kawan, izinkan saya mengundur diri.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai