Anda di halaman 1dari 5

TAJUK CERITA : SANG AYAM YANG RAJIN

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera, Salam ceria dan Salam Kemaman Unggul. Yang dihormati

Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana. Penjaga masa

yang patuh pada waktu. Para hadirin hadirat dan rakan-rakan yang saya

kasihi sekalian. Pagi yang indah diTaman Zoo Kemaman ini, saya ingin

menyampaikan sebuah cerita yang teladan yang bertajuk,’Sang Ayam yang

Rajin’.

Ting tang ting, tara ting ke ting tang ting

Indah sang suria ceria alam maya

Kicauan burung menyanyi riang,

Rimba yang indah penyejuk jiwa

Indah Kurniaan Maha Esa

Suatu ketika dahulu, di sebuah ladang , tinggal sekumpulan haiwan yang

terdiri daripada Sang Ayam, Sang Lembu, Sang Biri-biri dan Sang Angsa.

Pada suatu hari, mereka berasa sangat lapar tetapi tiada apa-apa yang

boleh dimakan. Lalu, mereka bersetuju untuk memasak makanan bagi

mengalas perut.

Sang Ayam telah keluar mencari bahan untuk dimasak. Ketika dalam

perjalanan, dia terjumpa dengan biji-biji gandum . Sang Ayam membawa

pulang biji gandum itu untuk ditanam bersama kawan-kawannya. Sang Ayam

mengajak Sang Lembu, Sang Biri-biri dan Sang Angsa untuk menanam biji

gandum itu.
Hai kawan-kawan , mari kita sama-sama menanam biji gandum ini. Nanti

kita sama-sama akan mendapat hasilnya.

Ahhh malaslah aku jawab, Sang Lembu. Cuaca hari ini panaslah…

Engkau sajalah yang pergi tanam Sang Ayam, kata Sang Lembu .

Mereka semua menolaknya kerana tidak tahan dengan cuaca yang

sangat panas.

Sang Ayam menanam biji-biji gandum itu sendirian. Beberapa hari

berlalu, cuaca sangat baik. Kelihatan anak benih gandum itu mulai tumbuh.

Sang Ayam sangat gembira. Dia sekali lagi meminta kawan-kawannya iaitu

Sang Lembu, Sang Biri-biri dan Sang Angsa untuk membantunya menyiram

benih gandum itu. Walau bagaimanapun semuanya tidak mengendahkan

ajakan Sang Ayam. Semua kawannya tidak mahu membantu kerana masing-

masing sibuk berehat.

Sang Ayam terus ke kebun untuk menyiram dan membubuh baja pada

anak gandum yang sedang membesar. Setelah beberapa bulan ,gandum itu

telah matang dan sedia untuk dituai. Sekali lagi Sang Ayam meminta Sang

Lembu, Sang Biri-biri dan Sang Angsa membantunya. Namun mereka semua

tetap memberi pelbagai alasan kerana tidak mahu menolong Sang Ayam.

Sekali lagi ,Sang Ayam terpaksa melakukan kerja-kerja menuai gandum

itu bersendirian. Dengan rasa sedih Sang Ayam mengangkut pulang

gandum yang dipotong itu ke bangsal dengan kereta sorongnya, sambil

bernyanyi;

‘Beginilah nasib diriku yang malang, kasihann…’

‘Tiada kawan sudi membantu…


Kawan-kawanya hanya menjeling ketika Sang Ayam berpeluh

menyorong kereta sorong yang berat itu.

Sebaik sahaja tiba di bangsal, Sang Ayam terduduk kepenatan. Sekali

lagi Sang Ayam meminta Sang Lembu membantunya untuk mengisar

gandum itu menjadi tepung. Sang Lembu masih menolak sambil berkata;

“Alahh Sang Ayam ni, aku kan sibuk memerah susu ni. Kau buatlah

sendiri. Kau kan rajin Sang Ayam,”ejek Sang Lembu sambil tersenyum.

Sang Ayam pergi berjumpa Sang Biri-biri pula. Seperti biasa Sang

Biri-biri juga mengelak sambil berkata;

Maaf ya, Sang Ayam yang rajin, aku sibuk ni, kata Sang Biri-biri sambil

menyikat bulunya yang tebal.

Akhir sekali Sang Ayam berjumpa pula dengan Sang Angsa. Namun

Sang Angsa juga juga menolak untuk membantunya kerana sedang leka

berenang di dalam kolam.

Hai Sang Ayam yang rajin, engkau kan tahu aku mempunyai bulu yang

putih dan cantik, jadi aku perlulah mandi dan menjaga kecantikkan aku,

kata Sang Angsa dengan sombong.

Lalu, Sang Ayam pergi dengan perasaan hampa. Kesiankan kawan-kawan

!!! hurmmmm……

Tanpa berlengah lagi, Sang Ayam dengan penuh semangat mengisar

gandum itu menjadi tepung. Apabila siap dikisar, dia mengadun dan menguli

tepung itu untuk dibuat roti. Sang Ayam sudah tidak mahu lagi meminta

pertolongan rakan-rakannya yang lain. Semasa roti itu dibakar, baunya


yang harum telah menarik minat Sang Lembu, Sang Biri-biri dan Sang

Angsa. Mereka datang berkumpul dan duduk di hadapan pintu bangsal

sambil membayangkan keenakkan roti itu.

Sementara menunggu roti itu masak, Sang Ayam menyanyi untuk

menghiburkan hatinya.

Lagu tiga kupang

Sagu penuh padi

Enam ekor burung

Masuk dalam kuali

Bila sudah masak

Burung nyanyi saja

Tentu sedap makan

Beri pada raja….heii

Sebaik sahaja roti itu masak, Sang Lembu ,Sang Biri-biri dan Sang Angsa

terus mengetuk pintu. Mereka meminta Sang Ayam memberikan mereka

sedikit roti yang berbau sangat harum dan kelihatan sungguh lazat itu.

‘Hai, Sang Ayam yang rajin dan baik hati, kami terbau roti yang engkau

masak sangat harum dan sangat lazat. Hrmmm…bolehkah kami minta

sedikit,” pinta Sang Lembu, Sang Angsa dan Sang Biri-biri.

Sang Ayam tidak mengendahkan permintaan mereka. Sang Ayam

makan roti itu bersendirian sehingga habis.


Sang Lembu, Sang Biri-biri dan Sang Ayam hanya mampu menelan air

liur….pulanglah mereka ke kandang dalam keadaan yang sangat lapar.

Haaa…..begitulah kawan-kawan, sikap pentingkan diri sangat

merugikan .kita janganlah bersikap malas sekiranya kita mahukan sesuatu.

Jika kita rajin dan gigih berusaha, pasti hasilnya akan dapat dinikmati

bersama. Usaha tangga kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu

dalih. Sekian….wabillahitufikk…..

Anda mungkin juga menyukai