Anda di halaman 1dari 4

Hidup Bersahabat

Didalam hutan tinggal sekumpulan haiwan yang hidup saling membantu.


Antaranya Sang Gagak, Sang Arnab, Sang Kura-Kura dan Sang Kancil. Mereka
bersahabat baik Bagai isi dengan kuku.
Mereka saling menolong antara satu sama lain. Pada suatu hari, Sang Kancil
berjalan-jalan di dalam hutan sambal menyanyi riang..
Gelang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Jalan mari berjalan mari berjalan
Cari makanan…..
Jalan mari berjalan di dalam hutan cari makanan…
Tiba-tiba peng peng…. Kedengaran dua das tembakan…
Bagaikan sepantas kilat Sang Kancil melarikan diri di tempat yang selamat.
Seketika kemudian, Sang Kancil terdengar suara manusia yang sedang berbual..
Jantungnya berdegup kencang. Dia takut jika pemburu itu ternampak
dirinya yang bersembunyi. Sang Kancil menarik nafas lega kerana dia berjaya
menyembunyikan dirinya dari Pemburu itu.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi rakannya Arnab dan landak menjerit
tolong…. Tolong..
Sang Kancil ternampak kawan-kawannya dilarikan pemburu itu. Dia
berasa sangat sedih kerana kawan-kawannya bakal menjadi mangsa.
Sang Kancil yang bijaksana itu pun apa lagi dia mula memikirkan
caranya untuk membantu Arnab dan Landak.
Sang Kancil berbincang dengan Semut, kura-kura,gagak dan ramai lagi. Mereka
mengamalkan muafakat dalam kehidupan kerana selalu bekerjasama.
Akhirnya mereka mendapat satu idea…. Sang Semut, pergi panggil
kawan-kawan semut yang lain. Kita perlu bantu Arnab dan Landak.
Aku akan berdiri di atas batu itu,untuk menarik perhatian mereka. Jika
pemburu ternampak aku dia pasti akan menembak aku kemudian engkau perlu
mengajak seramai-ramai anggota untuk mengigit kaki pemburu itu…..
Gagak, Kura-kura dan tupai perlu menyelamatkan Arnab dan landak
dengan segera tau.
Baiklah kancil. Kata haiwan-haiwan itu.
Akhirnya mereka Berjaya menyelamatkan Arnab dan landak itu. Mereka semua
cepat-cepat lari masuk ke dalam hutan semula.
Syukur lah semuanya selamat Terima kasih Kancil engkau memang
haiwan yang bijak.
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang-marilah pulang, hidup Bersama
Tanpa sengketa… ( 2 kali)
Hiduplah mereka di hutan dengan aman dan damai selama-lamanya.

Kemuliaan Hati Seorang Guru.


Aina seorang gadis yang baik. Di sekolah Aina merupakan ketua pengawas
yang dihormati. Dia amat menghormati guru-gurunya di sekolah.
Prinsip hidupnya kita mesti menghormati guru kerana guru memberi ilmu
kepada kita.
Aina berasal dari keluarga yang susah. Ibunya bekerja sebagai penjual
nasi lemak dan kuih muih. Hidup mereka tidaklah mewah tetapi Aina anak yang
baik. Dia tidak pernah meminta-minta ibunya memberikan kelengkapan yang
mewah seperti rakannya yang lain. Dia tidak mahu ibunya sedih dan susah hati.
Baginya ibunya segala-galanya. CIkgu Tan ada mengajar di sekolah bahawa
kita mesti menghormati ibu bapa.
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu..
Ibu Ibu engkaulah raja di hatiku..
Pada suatu hari CIkgu Tan memberitahu bahwa sekolah akan mengadakan
lawatan sambal belajar ke Cameron Highland. Semua Rakan sekelas Aina pergi.
Aina tidak bersetuju kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya.
Rakan-rakan Aina bersepakat untuk membantu Aina. CIkgu Tan juga
bersetuju dengan cadangan murid-muridnya itu.
Tapi bagaimana cikgu? Kata Shanti.
“Baiklah kita akan bantu Aina membeli nasi lemak dan kuih muih ibunya.
CIkgu akan mengambil pesanan daripada guru-guru. Selain itu kamu semua
tanya ibu bapa juga ya”. Bailah cikgu Tan

Walaupun berlainan bangsa, murid-murid amat sayang akan Cikgu Tan kerana
sikap Cikgu Tan yang cukup mesra dengan murid tanpa mengira kaum. Bagi
Cikgu Tan Kaum bukan penghalang untuk melakukan kebaikan.

Aina sangat gembira kerana tempahan nasi lemak ibunya mencecah 200
bungkus . Ibunya gembira kerana mendapat tempahan kuih muih untuk
sambutan hari guru sekolah juga . Cikgu Tan Bersama ibu bapa kelas Aina turut
membantu Aina mendapatkan bantuan bulanan.
Aina sangat bersyukur dan gembira kerana hidup mereka kini semakin
baik. Ibunya juga tidak perlu ke kedai nasi lemak lagi kerana mendapat
tempahan tetap dari kantin sekolah. Aina tersenyum gembira . Insan yang paling
dihormati iaitu Cikgu Tan lah yang banyak membantu Aina sekeluarga.
Kawan-kawan, Kita perlu mencontohi Cikgu Tan dan anak muridnya
yang membantu tanpa mengira bangsa.
Ingatlah kawan-kawan, muafakat membawa berkat. Perpaduan teras
kejayaan negara .
Sekian terima kasih.
\

Hidup Bermuafakat Membawa Berkat


Ayuh katak … kita selamatkan diri jerit ikan kecil.
Mengapa ikan?
Kita mesti selamatkan diri kerana kolam kita ini akan
dicerobohi manusia.
Apa, mengapa pula ikan?
Tadi aku ternampak banyak lori membawa bekas hitam.
Aku rasa itu minyak .. dahulu aku pun pernah lihat kegiatan seperti itu.

Anda mungkin juga menyukai