Anda di halaman 1dari 19

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022

(TAHUN 6)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 1)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Nombor Soalan Penuh Diperoleh
Bahagian D.
1, 2, 3 3
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini. A 4, 5, 6 3

3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh 7, 8, 9, 10 4

empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
11 1
kamu pada kertas soalan tersebut. 12 2
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
B
13, 14 2
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
15 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada C 16 10
akhir ujian tersebut.
D 17 20

JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak

SULIT 2

BAHAGIAN A (10 Soalan) 10 Markah

Soalan 1 hingga 3

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung menerusi kiriman mesej
ringkas yang dikirim oleh ayahnya.

A Di manakah nenek Azizah meninggal dunia?

B Mengapakah nenek Azizah meninggal dunia?
C Bilakah Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung?
D Bagaimanakah Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung?

Pilih ayat yang betul.

2 I Hadiah ini ialah untuk adik saya.

II Tuduhan yang ditujukan kepada Hadi ialah palsu.
III Burung di dalam sangkar itu adalah daripada spesies yang hampir pupus.
IV Teknik permainan bola lonjong adalah dengan menggunakan kaki.
A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3 Nenek ______________ lidi untuk dijadikan penyapu di anjung rumah.

A meraut
B menyauk
C mengasah
D membersihkan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 3

Soalan 4 hingga 6

Baca catatan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 6 Disember 2022

7.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap untuk berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu ibu
menyediakan makanan sementara aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke
dalam bonet kereta.

10.00 pagi
Kami bertolak dari rumah. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta untuk mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang
dibawa dari rumah. Abang melayan perasaan dengan mendengar muzik sementara adikku pula
terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan ramai orang memenuhi pantai. Kami mencari tempat
untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan
makanan dan tikar. Kemudian, aku dan adikku berlari-lari anak ke arah laut. Kami bermandi-
manda dengan gembira.

1.00 petang
Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas badan setelah mandi air laut. Kemudian, aku dan
keluargaku makan tengahari. Ibu menghidangkan bekalan makanan yang dibawa. Masakan ibu
sungguh sedap sekali. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.

2.00 petang
Aku, ayah dan abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana pasir. Semakin ramai
orang yang datang ke pantai pada waktu petang.

5.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta,
kami bertolak pulang. Kami berat hati untuk pulang tetapi merasa puas menghabiskan masa
bersama di sini.

4 Penulis catatan ini telah bercuti bersama keluarganya di ___________________.

A Pantai Cherating
B Pantai Cinta Bulan
C Pantai Ayer Balak
D Pantai Ayer Molek

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 4

5 Apakah yang dilakukan oleh adik penulis semasa perjalanan ke Pantai Cherating?

A tidur
B mendengar muzik
C membaca buku cerita
D bermain telefon bimbit

6 Apakah yang dimaksudkan dengan frasa berlari-lari anak seperti dalam catatan diatas?

A memecut
B berlari dengan laju
C berlari dengan perlahan
D berlari dan diselangi dengan berjalan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 5

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat poster dan petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut.

Virus denggi adalah penyebab kepada demam denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.
Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Antara langkah yang
boleh diambil untuk membasmi nyamuk Aedes ialah membuat semburan kabus skala besar di
sekitar kawasan perumahan pada waktu pagi dan petang.
Selain itu, kita hendaklah menutup bekas takungan air dengan rapat agar nyamuk
Aedes tidak dapat membiak. Kita juga perlu pastikan tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup
dengan penutup. Air yang berada di dalam alas pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kita juga perlu memastikan saliran atap sentiasa mengalir
dan membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik.
Di samping itu kita juga hendaklah membubuh ubat Abate ke dalam kolah untuk
membunuh jejentik. Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mencegah pembiakan nyamuk
Aedes sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada ahli keluarga kita sehingga
menyebabkan sesalan yang tak sudah.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes sebelum
berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada ahli keluarga kita sehingga menyebabkan sesalan
yang tak sudah.

7 Peribahasa yang sesuai bagi menerangkan situasi ayat di atas ialah ______________.

A sudah terhantuk baru tengadah

B sediakan payung sebelum hujan
C genggam bara api, biar sampai jadi arang
D mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 6

8 Berikut ialah cara-cara untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes kecuali ___________.

A membubuh abate
B membela ikan dalam kolam
C membuka bekas tadahan air
D memastikan saliran atap mengalir

9 Berapa kerapkah air yang berada di dalam alas pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air perlu
dibuang?

A sekurang-kurangnya setiap hari

B sekurang-kurangnya setiap tahun
C sekurang-kurangnya setiap bulan
D sekurang-kurangnya setiap minggu

10 Perkataan mencegah bermaksud seperti berikut kecuali

A menolak
B mengelak
C menghalang
D menggalakkan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 7

BAHAGIAN B (5 Soalan) 10 Markah

Soalan 11 hingga 14

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari Keusahawanan ialah sebuah program tahunan yang sering dijalankan di sekolah yang
bertujuan untuk menyemai semangat keusahawanan dalam diri murid-murid dari bangku sekolah
lagi. Ia juga bertujuan untuk mengumpul dana sekolah. Antara cara untuk mempromosi Hari
Keusahawanan ialah dengan memasang gegantung berdekatan pintu hadapan sekolah supaya
dapat dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menggunakan platform media sosial untuk
mempromosikan Hari Keusahawanan. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menggunakan
aplikasi Facebook dan Instagram milik sekolah yang mempunyai liputan yang lebih luas. Pihak
sekolah juga boleh mengeluarkan risalah tentang Hari Keusahawanan. Pihak sekolah bolehlah
menyerahkan risalah tersebut kepada murid-murid untuk dipanjangkan kepada ibu bapa mereka.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mewajibkan penjualan kupon yang akan
digunakan untuk membeli makanan atau minuman di gerai-gerai yang dibuka pada Hari
Keusahawanan tersebut. Hal ini akan menggalakkan ibu bapa membelikan kupon jualan untuk
anak-anak gunakan tanpa perlu merasa risau tentang anak-anak kehilangan wang semasa program
Hari Keusahawanan sedang berjalan.

11. Tujuan Hari Keusahawanan diadakan di sekolah ialah untuk _______________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 8

12. Apakah cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk mempromosi Hari
Keusahawanan agar mendapat liputan yang lebih luas?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

13. Tuliskan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah.

Hari Keusahawanan ialah sebuah program tahunan yang sering dijalankan di sekolah yang
bertujuan untuk menyemai semangat keusahawanan dalam diri murid-murid dari bangku
sekolah lagi.

________________________________________________________________________
[1 markah]

Soalan 14 adalah berdasarkan ayat di bawah.

Pihak sekolah juga boleh mengeluarkan risalah tentang Hari Keusahawanan.

14. Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Risalah tentang Hari Keusahawanan juga boleh dikeluarkan pihak

sekolah.
Risalah tentang Hari Keusahawanan juga boleh dikeluarkan oleh
pihak sekolah.
Risalah tentang pihak sekolah boleh juga dikeluarkan pada Hari
Keusahawanan.
[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 9

Soalan 15
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
dan maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap dan tidak melebihi daripada 30 patah perkataan.

Ketika kamu pulang dari sekolah, kamu terlihat seorang rakan sekolah
kamu sedang menconteng dinding di sebuah dewan komuniti
berdekatan tempat tinggal kamu. Kamu tahu perbuatan tersebut adalah
salah.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah yang harus kamu lakukan?

___________________________________________________________________________

[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 10

BAHAGIAN C (1 Soalan) 10 Markah

Soalan 16

Petikan di bawah ini berkaitan dengan sikap terpuji seorang atlet terkenal negara.
Tulis nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang yang lahir pada 5 Januari 1988 ialah
seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Dato’ Azizul Hasni terkenal
selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne, Australia pada
Januari 2009 serta pingat emas Acara Keirin dan Acara Pecut 200 meter di
Kejohanan Trek Asia pada April 2008.
Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan
Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi nama jolokan Azizul “The
pocketrocketman” kerana tubuh badannya yang kecil berbanding para pelumba
basikal dari negara-negara lain. Dato’ Azizul merupakan pelumba basikal trek yang
kini menduduki kedudukan pertama di dunia bagi Acara Keirin.
Dato’ Azizul sangat terkenal dengan sikapnya yang enggan mengaku
kalah. Ini dibuktikan apabila beliau meneruskan kayuhan meskipun betisnya cedera
akibat tertusuk serpihan kayu ketika bertanding Acara Keirin pada Siri Piala Dunia
Klasik International Cycle Union (UCI) di Manchester, England pada Februari
2011. Akhirnya, beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.
Dato’ Azizul Hasni menjadi lambang keupayaan rakyat Malaysia yang
secara genetiknya tidak mempunyai fizikal yang besar untuk bersaing di peringkat
dunia. Namun usaha yang berterusan pasti boleh membantu kita untuk menggapai
kejayaan dan mengharumkan nama negara dimata dunia.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 11

SULIT 12

BAHAGIAN D (1 Soalan) 20 Markah

Soalan 17

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau tidak
berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 13

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 14

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah

Soalan
1 D Ayat tanya 1
2 C Pilih ayat yang betul 1

I. ialah X adalah √
II. ialah X adalah √

3 A Kata kerja 1
4 A Petikan 1
5 A Petikan 1
6 C Petikan 1
7 B Petikan 1
8 C Petikan 1
9 D Petikan 1
10 D Petikan 1

BAHAGIAN B
(10 markah)

11 Tujuan Hari Keusahawanan diadakan di sekolah ialah untuk menyemai 1

semangat keusahawanan dalam diri murid-murid dari bangku sekolah lagi.

12 Pihak sekolah boleh menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook 2

dan Instagram milik sekolah untuk mempromosikan Hari Keusahawanan
supaya mendapat liputan yang lebih luas.

13 Peribahasa: Melentur buluh biarlah dari rebungnya 1

14 Risalah tentang Hari Keusahawanan juga boleh dikeluarkan pihak sekolah. 1

X

Risalah tentang Hari Keusahawanan juga boleh dikeluarkan oleh pihak

sekolah. √

Risalah tentang pihak sekolah boleh juga dikeluarkan pada Hari

Keusahawanan. X

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 15

15 Sebagai seorang rakan yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan menghentikan perbuatannya Tindakan anda 1 markah

daripada terus menconteng dinding tersebut
5
kerana perbuatannya itu telah merosakkan Kenapa? 1 markah
harta benda awam

dan salah disisi undang-undang. Sebab 1 1 markah

Selain itu, saya juga akan menasihatinya agar Sebab 2 1 markah

berhenti daripada melakukan vandalisme
kerana berisiko untuk ditangkap oleh pihak
berkuasa.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, saya akan menghentikan

perbuatannya daripada terus menconteng dinding tersebut kerana
5 markah
perbuatannya itu telah merosakkan harta benda awam dan salah
disisi undang-undang. Selain itu, saya juga akan menasihatinya agar
berhenti daripada melakukan vandalisme kerana berisiko untuk
ditangkap oleh pihak berkuasa.

* Tulis dalam satu perenggan sahaja.

* Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
* Jawapan lain yang munasabah diterima.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 16

BAHAGIAN C
(10 markah)

Soalan 16

Terdapat beberapa nilai murni yang boleh dicontohi di dalam petikan. Antaranya, kita mestilah
tidak mudah mengaku kalah apabila tidak berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan. Hal ini
kerana dengan usaha yang berterusan sahaja, kejayaan mampu dicapai. Selain itu, kita juga tidak
perlu rasa rendah diri dengan kekurangan keadaan fizikal kita kerana keadaan fizikal seseorang
individu bukanlah menjadi penanda aras untuk mencapai sesuatu kejayaan. Seterusnya, kita juga
perlulah sabar dalam menghadapi ujian hidup kerana cabaran yang getir akan menjadikan diri kita
lebih cekal untuk bangkit dan mencapai kejayaan yang lebih baik.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota: Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:

 Pendahuluan
 3 isi tersurat
 3 isi tersirat

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 17

BAHAGIAN D
(20 markah)

Soalan 17

Tema 1: Tema karangan penceritaan (karangan tidak berformat)

Pada hari Khamis yang lalu, saya dan rakan-rakan sekelas telah menyertai Program Keselamatan
Jalan Raya di sekolah. Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang
keselamatan murid-murid ketika berada di atas jalan raya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang keselamatan jalan raya yang
menekankan tentang peraturan-peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh murid-murid.
Tayangan video dan kuiz interaktif juga menjadikan kami lebih faham tentang peraturan-peraturan
ini. Saya berasa cukup teruja apabila mendapat markah tertinggi di dalam kuiz interaktif tersebut.

Demonstrasi melintas jalan raya ialah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua
murid. Masing-masing teruja untuk mengambil bahagian dalam demontrasi tersebut. Kini kami
sedar, keselamatan ketika berada di jalan raya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh
melibatkan kehilangan nyawa bak kata pepatah “malang tidak berbau”.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT
SULIT 18

Tema 2: Tema catatan (Karangan berformat)

Khamis, 10 Ogos 2022

9.00 pagi
Aku dan rakan-rakan sekelas telah menyertai Program Keselamatan Jalan Raya di sekolah.
Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang keselamatan murid-murid
ketika berada di atas jalan raya.

9.30 pagi
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang keselamatan jalan raya yang menekankan
tentang peraturan-peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh murid-murid.

10.15 pagi
Tayangan video dan kuiz interaktif turut dijalankan. Aku dan rakan-rakan kini lebih faham tentang
peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi ketika berada di atas jalan raya. Aku berasa cukup
teruja apabila mendapat markah tertinggi di dalam kuiz interaktif tersebut.

12:30 tengah hari

Demonstrasi melintas jalan raya ialah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua murid. Masing-
masing teruja untuk mengambil bahagian dalam demontrasi tersebut. Sekarang, barulah aku sedar
yang keselamatan ketika berada di jalan raya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh
melibatkan kehilangan nyawa bak kata pepatah “malang tidak berbau”.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022 SULIT

Anda mungkin juga menyukai