Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit
 
Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5  
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5  
C 1 10  
D 1 20  
Jumlah 50  

011 TERHAD
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Buah tembikai yang dibeli oleh ayah ____________ rasanya.


A masam
B manis
 
C pahit
D kelat

2 Jarak di antara rumah saya ____________ bandar yang terdekat hanya dua kilometer.
A hingga
B kepada
 
C dengan
D daripada

Soalan 3
3 Pilih ayat yang betul.
A Firas memecut lambat dalam acara larian 100 meter.
B Amri segera keluar dari stadium selepas perlawanan bola sepak.
 
C Murid-murid menuruni tangga dengan gopoh supaya tidak terjatuh.
D Elakkan mengekori kenderaan terlalu jarak untuk mengelakkan kemalangan.

011 TERHAD
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sahabat karib saya bernama Diana. Dia merupakan pengawas yang  bertanggungjawab. Dia
sentiasa memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas.

       Diana seorang anak yang rajin. Setiap malam, dia akan mengulang kaji pelajaran supaya
mendapat keputusan yang cemerlang. Dia juga membaca surat khabar untuk mengetahui
berita-berita terkini. Dia sentiasa membantu ibu bapanya membuat kerja rumah. Dia dan
ibunya juga suka menanam pokok bunga pada masa lapang untuk mencantikkan halaman
rumah.

4 Mengapakah Diana membaca surat khabar?


A Mendapat keputusan cemerlang.
B Mengetahui berita-berita terkini.
 
C Mencantikkan halaman rumah.
D Mengisi masa lapang.

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Ibu membantu Diana membuat kerja rumah.
B Bapa Diana suka menanam pokok bunga.
 
C Diana pengawas yang bertanggungjawab.
D Diana sentiasa mendapat keputusan cemerlang.

6 Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh Diana di rumah berdasarkan petikan kecuali
A membaca surat khabar.
B membantu ibu bapanya.
 
C mengulang kaji pelajaran.
D memberi tumpuan semasa belajar.

011 TERHAD
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Pada hari Khamis yang lalu, Huda dan keluarganya sangat teruja kerana dapat
menyaksikan pertandingan pakaian tradisional sempena Bulan Kebangsaan. Para
peserta kelihatan menarik memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di
Malaysia. Sebelum majlis berakhir, tetamu kehormat telah dijemput untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Mereka pulang dengan perasaan
gembira.

011 TERHAD
TERHAD 5 011

7 Pertandingan pakaian tradisional ini diadakan pada


A 8 September 2022.
B 9 September 2022.
 
C 12 September 2022.
D 16 September 2022.

8
Setiap penyertaan akan mendapat sijil.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A potong.
B bidang.
 
C keping.
D naskhah.

9 Perkataan menyaksikan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan


perkataan
A melihat.
B menilai.
 
C meramal.
D mendongak.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Sijil penyertaan hanya diberikan kepada pemenang.
B Huda teruja menyaksikan pertandingan pakaian tradisional.
 
C Pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta yang menarik.
D Para penonton dijemput menyampaikan hadiah kepada pemenang.

011 TERHAD
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Selepas tamat latihan sukan, Kamal menuju ke perhentian bas untuk pulang. Dia
membaca buku sementara menunggu bas sampai. Bas yang ditunggu pun tiba.
Kamal menaiki bas tersebut. Dalam perjalanan, bas berhenti di satu perhentian
untuk menurunkan penumpang.

            Tiba-tiba, Kamal ternampak dompet penumpang yang turun itu tercicir.


Kamal cepat-cepat mengambil dompet itu lalu memulangkannya.  Penumpang
itu mengucapkan terima kasih kepada Kamal.

1 (a) Sementara menunggu bas, Kamal ____________ .


[1 markah]

(b) Apakah yang Kamal lakukan pada dompet yang tercicir itu?
 

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Dalam perjalanan, bas berhenti di satu perhentian untuk menurunkan


penumpang.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Penumpang itu mengucapkan terima kasih kepada Kamal.

Kamal menerima ucapan terima kasih daripada penumpang itu.

Terima kasih ucapan Kamal kepada penumpang itu.

[1 markah]

011 TERHAD
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Pada setiap hari Isnin, sekolah kamu mengadakan perhimpunan mingguan.
Semasa menyanyikan lagu Negaraku, rakan kamu jatuh lalu pengsan.

Apakah yang akan kamu lakukan ?


 

[5 markah]

011 TERHAD
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang penjagaan kesihatan diri.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011 TERHAD
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. 

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


SAMBUTAN HARI LAHIR

011 TERHAD
TERHAD 10 011

011 TERHAD
TERHAD 11 011

[20 markah]

011 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai