Anda di halaman 1dari 13

UJIAN SUMATIF

UPaSA 2022
UJIAN PRAAKHIR SESI AKADEMIK
TAHUN LIMA [SK / SJK]
1½ JAM 1 JAM 30 MINIT

Nama Murid: UPaSA


Kelas: TAHUN 5

BAHASA MELAYU - TAHUN LIMA UJIAN SUMATIF


NOVEMBER 2022

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa


SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Nombor Soalan Penuh Diperoleh
dan Bahagian D.
(1, 2, 3) 3
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini. A (4, 5, 6) 3

3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh (7, 8, 9, 10) 4


empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
(11, 12) 2
kamu pada kertas soalan tersebut. (13, 14, 15) 3
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
B
(16) 5
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
(17) 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada C (18) 10
akhir ujian tersebut.
D (19) 15
Modul UPaSA 2022
disediakan oleh: JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 2 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

SUMATIF - UJIAN PRAAKHIR SESI AKADEMIK (UPaSA) 2022

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN A


(Tatabahasa dan Pemahaman) 10 (10 Markah)

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kejayaan yang ________ oleh Suzi itu adalah berkat usahanya yang bersungguh-sungguh.
A diraih
B dilakar
C dibentuk
D ditempah

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 Muzium Negara banyak menyimpan khazanah silam yang
tinggi ________ nilainya untuk rakyat Malaysia.
A agak
B amat
C paling
D terlalu

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.

3 I Encik Richard Lee susah agak untuk membelah buah durian bukit itu.
II Puan Mona menghidangi suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi.
III Daun rambutan kering bertaburan memenuhi halaman rumah Mak Cik Liza.
IV Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan taman perumahan itu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 3 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia (SKKB) menganjurkan


lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk meluaskan pengetahuan serta pengalaman murid.
Murid boleh melihat sendiri bagaimana berita disunting dan dicetak. Seterusnya, murid dapat
mengetahui tentang kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang percetakan.
Sehubungan dengan itu, kami amat berharap semoga tuan boleh memberikan keizinan
dan menerima kami untuk melawat ke kilang percetakan akhbar syarikat tuan. Kami juga ingin
melihat cara-cara berita diproses, disunting dan seterusnya dicetak.

4 Apakah program yang hendak dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu, SKKB?
A Lawatan sambil belajar ke kilang kasut.
B Lawatan sambil belajar ke kilang tekstil.
C Lawatan sambil belajar ke kilang elektronik.
D Lawatan sambil belajar ke kilang percetakan.

5 Rangkai kata kerjaya yang boleh diceburi dalam petikan membawa maksud
A menceburi bidang penerbitan yang berkualiti.
B kemampuan menyediakan peluang pekerjaan.
C tawaran bergiat dalam kerjaya yang mencabar.
D peluang melibatkan diri dalam profesion tersebut.

6 Berikut adalah antara tujuan dan matlamat lawatan sambil belajar tersebut, kecuali
A mengetahui peluang kerjaya dalam bidang percetakan.
B melihat cara-cara berita diproses, disunting dan dicetak.
C mendapatkan khidmat nasihat daripada pengurus kilang.
D menambah ilmu pengetahuan baharu dalam kalangan murid.

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 4 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

Soalan 7 hingga 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang berikut ialah berita terkini tentang banjir ... Orang ramai yang tinggal di kawasan
rendah dan sering dinaiki air diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan hujan lebat
pada masa ini. Setakat ini, beberapa buah kampung di daerah Baling, Kedah telah dinaiki
air. Antaranya termasuklah Kampung Lubok Batu, Kampung Tebing Rebak, Kampung Paya
Pulai dan Kampung Telok Perah.
Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi
arahan daripada pihak yang berkuasa. Utamakanlah keselamatan diri serta hargailah nyawa.
Berpindahlah segera jika diarahkan berbuat demikian. Simpanlah semua dokumen penting
di tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dinasihati agar tidak bermain air banjir. Ibu bapa
hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kerana “malang tidak berbau”.

7 Alif Farhan meletakkan se ________ selimut di atas bumbung rumahnya untuk dipindahkan
ke tempat yang selamat.
A helai
B keping
C gulung
D lembar

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 5 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

8 Siapakah yang diminta supaya berjaga-jaga berikutan hujan lebat yang berlaku?
A Penduduk yang tinggal di lereng bukit.
B Penduduk yang tinggal di pinggir bandar.
C Penduduk yang tinggal di kawasan rendah.
D Penduduk yang tinggal di perkampungan tersusun.

9 Penduduk yang terlibat dengan banjir perlu berpindah dengan segera apabila
A paras air semakin tinggi.
B langit sudah mulai cerah.
C hujan sudah mulai berhenti.
D aras air sungai semakin tohor.

10 Berikut adalah kampung di daerah Baling yang terlibat dengan banjir, kecuali
A Kampung Paya Pulai.
B Kampung Lubok Batu.
C Kampung Tasik Perah.
D Kampung Tebing Rebak.

BAHAGIAN A [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 6 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

SISTEM BAHASA (SINTAKSIS) MARKAH BAHAGIAN B


Item Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 15 (15 Markah)

Soalan 11 dan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan sekolah lestari? Perkataan lestari seakan-akan
sama bunyinya dengan perkataan bestari. Walau bagaimanapun, kedua-dua patah perkataan ini
sebenarnya berbeza dari segi maksud. Jika sekolah bestari menekankan kepada pembelajaran
yang berteraskan kemahiran teknologi maklumat, sekolah lestari pula menekankan persekitaran
yang indah, pengurusan alam yang sistematik dan pemuliharaan alam secara berterusan.
Warga sekolah lestari diterapkan dengan amalan pendidikan alam sekitar. Murid-murid
akan dilibatkan dalam membuat perancangan, keputusan dan menjalankan pelbagai aktiviti yang
melibatkan alam sekitar. Sekolah lestari diwujudkan dengan objektif yang tertentu. Antaranya
adalah seperti yang berikut:
• meningkatkan tahap kesedaran guru dan murid tentang kepentingan alam sekitar.
• menggalakkan guru menjalankan program mesra alam dengan lebih teratur dan sistematik.

11 Sekolah bestari menekankan kepada pembelajaran yang berteraskan kemahiran teknologi


maklumat
________________ .
[1 markah]

12 Apakah aktiviti utama yang akan dijalankan oleh murid-murid di sekolah lestari?

Murid-murid di sekolah lestari akan menjalankan aktiviti yang melibatkan _______________


alam sekitar .
[1 markah]

13 Tandakan ( √ ) bagi isi atau idea tersurat yang paling sesuai berpandukan gambar.

melintasi banjir

mengharungi banjir √
menyeberangi banjir

[1 markah]

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 7 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

14 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.

Suzana berasa sedih dan kecewa kerana adik lelakinya tidak mahu mendengar teguran dan
nasihat yang diberikannya itu.

Peribahasa yang paling sesuai mencurah air ke daun keladi √


untuk pernyataan di atas ialah menatang minyak yang penuh

[1 markah]

15 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Sempena Hari Bapa, Alissya menghadiahkan sehelai kemeja batik untuk ayahnya.

Sehelai baju kemeja batik Hari Bapa dihadiahi oleh Alissya untuk ayahnya.

Alissya menghadiahi ayahnya sehelai baju kemeja batik sempena Hari Bapa. √
[1 markah]

Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.

Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pengusaha


kerepek pisang tanduk itu untuk memajukan perusahaan mereka?

Tulis jawapan kamu selengkapnya pada ruangan yang disediakan.

Pada pendapat saya, perkara yang perlu dilakukan oleh pengusaha kerepek pisang tanduk
untuk memajukan perusahaan mereka adalah dengan cara mengiklankan produk tersebut di
Internet, surat khabar atau radio. Pengusaha hendaklah menjual kerepek tersebut dengan
harga yang berpatutan di samping rasanya yang sedap dan enak.

[5 markah]

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 8 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

Soalan 17
Baca dan teliti gambar di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan gambar itu.
Tulis pendapat kamu tentang beberapa jenis produk yang boleh dihasikan daripada lembu?
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.

Pada pendapat saya, lembu ialah binatang ternakan yang banyak kegunaannya. Antara
kegunaannya ialah daging lembu boleh diproses untuk dijadikan daging burger. Selain itu,
kulit lembu dapat dijadikan pakaian seperti beg tangan, baju kulit, kasut kulit, dan tali
pinggang. Seterusnya, alat muzik tradisional Melayu seperti kompang dan rebana diperbuat
daripada kulit lembu yang telah dikeringkan.

[5 markah]

BAHAGIAN B [15 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 9 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN C


Penulisan (Pendapat / Kebaikan) 10 (10 Markah)

Soalan 18
Tulis kebaikan yang dapat kamu peroleh daripada iklan dan bahan rangsangan di bawah.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

KUNJUNGI LAMAN HARMONI - RIADAH BERSAMA-SAMA KELUARGA


Suasana yang nyaman dan hening - sangat sesuai bersantai dengan keluarga

Terletak di kawasan Gua Tempurung,


kira-kira setengah jam perjalanan dari
bandar raya Ipoh atau hampir satu jam
perjalanan dari Teluk Intan.

Kemudahan yang disediakan:


1. Pondok riadah
2. Bangku batu
3. Trek berjoging
4. Trek berbasikal
5. Kolam (memancing)
6. Padang permainan
7. Peniaga bergerak

Antara kebaikan yang boleh kita peroleh daripada iklan ialah Laman Harmoni boleh
dijadikan tempat riadah yang selesa untuk seisi keluarga. Selain itu, Laman Harmoni ini
terletak tidak jauh daripada bandar raya Ipoh iaitu, kira-kira setengah jam perjalanan jika
menggunakan kereta sendiri. Seterusnya, suasana yang nyaman dan hening pula amat sesuai
sekali untuk bersantai atau beristirahat bersama-sama keluarga tersayang.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 10 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN D


Penulisan (Menulis Karangan) 15 (15 Markah)

Soalan 19

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik dan maklumat yang disediakan di bawah ini.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

TAMAN PERMAINAN TEMPAT BERIADAH BERSAMA-SAMA KELUARGA

Taman permainan merupakan tempat bermain dan riadah yang amat sesuai untuk kanak-kanak
bersama-sama keluarga.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 11 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

BAHAGIAN D [15 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 12 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Lima - SK / SJK

SKEMA JAWAPAN: KARANGAN CONTOH YANG LENGKAP DISEDIAKAN

Kerangka Karangan - Panduan untuk Menulis Karangan Tidak Berformat (Naratif)

Info selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu
Idea 1 pelbagai alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak
Idea 2 peluang berkenalan – kawan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan
Idea 3 senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi
Penutup tempat pertemuan tidak rasmi – aktiviti sukan, riadah – menjana semangat kejiranan

TEKNIK : {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] / {I. C. I} : (Idea), (Keterangan), (Huraian)

{I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] Peluasan Idea : (Apakah? / Nyatakan ... / Bagaimana?)

TAMAN PERMAINAN TEMPAT BERMAIN DAN BERIADAH

Saya dan keluarga saya selalu berkunjung ke taman permainan pada waktu petang. Taman
permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman permainan ini menjadi
destinasi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hujung minggu.
Berbagai-bagai jenis alat permainan disediakan untuk kegunaan orang awam di taman
ini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring,
dan lain-lain lagi. Ada kalanya saya dan kawan-kawan berjoging atau bermain bola sepak di
padang permainan yang bersebelahan dengan taman permainan.
Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan
baharu. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman itu juga terdiri daripada berbilang
kaum dan bangsa. Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan antara kaum dapat
dijalin serta dipupuk dengan rasa penuh kemesraan.
Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Orang
ramai mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah masing-masing. Jika ada kesempatan,
mereka pasti akan mengunjungi taman permainan ini lagi.
Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk
setempat. Kesimpulannya, aktiviti santai dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit
sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

(* Jawapan lain yang logik dan sesuai diterima.)

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.5-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022

Anda mungkin juga menyukai