Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit
 
Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5  
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5  
C 1 10  
D 1 20  
Jumlah 50  

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Arman melintas jambatan itu dengan berhati-hati ____________ kayunya reput.


A agar
B untuk
 
C supaya
D kerana

2 Baju  kesukaan kakak telah ___________ warnanya setelah dibasuh berulang kali.
A usang
B lapuk
 
C b uruk
D luntur

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Pak Tam menenun jala yang koyak di bawah rumah.
B Rahman menggosok rumah sebelum ke pergi pejabat.
 
C Rajesh menimba makanan kucing di dalam botol kaca.
D Tok Wan memikul setandan pisang yang telah masak. 

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Siva ialah adik Raju. Usianya lapan tahun. Dia selalu menonton rancangan hiburan pada
masa lapang. Pada suatu hari, Raju berbual-bual dengan Siva. Dia menasihati Siva agar
menyiapkan kerja sekolah dahulu sebelum menonton televisyen. Siva tidak mendengar
nasihat abangnya.

        Di sekolah, Siva sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dia melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang murid. Siva berjanji akan mengubah
sikapnya supaya menjadi murid yang lebih berdisiplin.

4 Apakah nasihat yang diberikan oleh Raju kepada adiknya?


A Menjadi murid yang berdisiplin.
B Menonton sambil berbual-bual.
 
C Menyiapkan kerja sekolah.
D Mendengar teguran guru.

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Siva dan Raju berusia lapan tahun.
B Raju suka menonton rancangan hiburan.
 
C Guru menegur Siva yang tidak menyiapkan kerja sekolah.
D Raju berjanji menjadi murid yang lebih bertanggungjawab.

6 Berikut ialah sikap baik yang ada pada Raju berdasarkan petikan kecuali
A memberi nasihat.
B mengambil berat.
 
C bertanggungjawab.
D mendengar teguran.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

SK Taman Seri Nilam telah menganjurkan pertandingan reka cipta untuk murid
tahap 2. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat murid.
Pemenang akan dipilih mewakili sekolah.

     Aina dan rakan-rakannya berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. 


Mereka berkongsi idea untuk menghasilkan ciptaan yang kreatif. 

BAHAN 2

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Tujuan Pertandingan Reka Cipta adalah untuk


A memberi wang tunai.
B mencungkil bakat murid
 
C berkongsi minat dan idea.
D mendapat sijil penghargaan. 

8
Pemenang akan dipilih mewakili sekolah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah        


A biji.
B buah.
 
C butir.
D bentuk.

9 Perkataan pertandingan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan


perkataan
A permainan.
B perlawanan.
 
C persembahan.
D pertunjukan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Penyertaan terbuka untuk murid tahun 2.
B Semua peserta dipilih untuk mewakili sekolah.
 
C Semua murid boleh menyertai pertandingan ini.
D Semua pemenang akan mendapat wang tunai dan sijil.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada waktu rehat, Shasya terlihat rakannya Najihah sedang menangis. Shasya
bertanya kepada Najihah sebab dia menangis.

            Najihah memberitahu Shasya yang duit belanja sekolahnya RM 3.00 telah
hilang semasa kelas Pendidikan Jasmani. Shasya yang juga merupakan Ketua Kelas 4
Bestari telah membawa Najihah berjumpa dengan Cikgu Khairul.

              Cikgu Khairul telah menghulurkan duit RM 5.00 kepada Najihah untuk


berbelanja di kantin. “Terima kasih cikgu,” kata Najihah.

1 (a) Najihah kehilangan duit sebanyak ____________.


[1 markah]

(b) Apakah bantuan yang diberikan oleh Cikgu Khairul kepada Najihah ?
 

[2 markah]

(c) Gariskan satu  kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Shasya yang merupakan Ketua Kelas 4 Bestari telah membawa Najihah


berjumpa Cikgu Khairul.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √  ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Terima kasih cikgu," kata Najihah.

Cikgu mengucapkan terima kasih kepada Najihah.

Najihah mengucapkan terima kasih kepada cikgu.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

  

  Pada waktu rehat, kamu dan rakan-rakan sedang makan di kantin. Kamu melihat

  seorang murid meninggalkan sisa makanan di atas meja.

2 Sebagai seorang murid, apakah yang akan kamu lakukan?


 

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga pada hujung minggu.

Tuliskan pendapat kamu tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama


keluarga.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


SUKAN TAHUNAN

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai