Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Ta h u n 5 S e s i 2 0 2 2 / 2 0 2 3
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
kepada guru bertugas pada akhir ujian.
1 5
B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Guru kelas saya selalu ____________ supaya kami sentiasa menjaga kebersihan kelas.
A berucap
B berhujah
C berpesan
D berbincang

2 Kami memasang ____________ untuk menceriakan sudut patriotik di sekolah.


A jejari
B jejurai
C gegelung
D gegantung

Soalan 3
3 Pilih ayat yang betul.
A Saiful menerima kad undangan majlis hari jadi dari sahabat karibnya.
B Anita telah memaklumkan peristiwa yang berlaku ke ibunya.
C Mereka sepakat menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
D Murid tahun 5 Arif berbincang akan tugasan yang perlu dilaksanakan.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zarul ketua kelas yang bertanggungjawab. Sebelum kelas bermula, Zarul memastikan
kelasnya dalam keadaan bersih. Dia memantau rakan-rakan yang bertugas membersihkan
kelas. Zarul juga mengawasi rakan-rakannya agar tidak berbuat bising semasa ketiadaan
guru. Dia akan menegur secara berhemah.

Zarul sangat baik hati. Pada masa lapang, dia akan membantu kawannya yang
mempunyai masalah dalam pelajaran. Zarul juga amat disenangi oleh guru-guru. Sebelum
pulang dari sekolah, dia membawa buku latihan ke bilik guru.

4 Bilakah Zarul dan rakan-rakan membersihkan kelas?


A ketika waktu lapang
B ketika ketiadaan guru
C sebelum kelas bermula
D sebelum pulang dari sekolah

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Guru-guru amat menyenangi Zarul.
B Rakan-rakan sentiasa memantau Zarul.
C Zarul membantu kawan sebelum pulang dari sekolah..
D Pada masa lapang, Zarul membawa buku ke bilik guru.

6 Berikut ialah sikap Zarul berdasarkan petikan kecuali


A bertanggungjawab.
B beramah mesra.
C berhemah.
D baik hati.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

BAHAN 1

BAHAN 2

Faris, Siva dan Daren berkawan baik. Mereka sangat berminat dengan inovasi dan
teknologi baharu. Mereka menyertai Kelab STEM (Sains Teknologi Kejuruteraan
Matematik) di sekolah.

Kelab STEM ini dapat melahirkan murid berilmu, berbakat dan berdaya
saing. Faris mempelajari aktiviti sains angkasa iaitu roket air dan membina
jambatan menggunakan penyedut minuman. Mereka berasa gembira kerana dapat
menyertai kelab ini.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

7 Faris, Siva dan Daren sangat berminat dengan


A jambatan menggunakan penyedut minuman.
B aktiviti sains angkasa iaitu roket air.
C inovasi dan teknologi baharu.
D Kelab STEM di sekolah.

8
Faris mempelajari aktiviti sains angkasa iaitu roket air dan membina
jambatan menggunakan penyedut minuman.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah

A biji.
B buah.
C baris.
D batang.

9 Perkataan berilmu dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A berbakat.
B berpotensi.
C berpengetahuan.
D berketerampilan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Kelab STEM melahirkan murid yang berilmu dan berbakat.
B Faris, Siva dan Daren menyertai pertandingan inovasi STEM.
C Hari Riang Ria dianjurkan oleh Kelab STEM SK Taman Raya.
D Aktiviti sains angkasa terbuka kepada semua murid SK Taman Raya.

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekolah Kebangsaan Seri Murni, telah mengadakan Program Alam Sekitar. Tujuan
aktiviti tersebut adalah untuk menghijaukan kawasan sekolah. Pokok-pokok bunga
yang ditanam dan disusun atur dengan kemas menjadikan kawasan sekolah bertambah
cantik.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Cikgu Fatimah. Seterusnya murid-


murid diingatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti. Mereka membuat lubang.
Kemudian masukkan baja bersama-sama anak pokok ke dalamnya. Pokok yang
ditanam boleh meredupkan kawasan sekolah.

1 (a) Program Alam Sekitar bertujuan untuk ____________ kawasan sekolah.


[1 markah]

(b) Siapakah yang menyampakan taklimat Program Alam Sekitar kepada murid-murid?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Pokok-pokok bunga yang ditanam dan disusun atur dengan kemas menjadikan
kawasan sekolah bertambah cantik.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pokok yang ditanam boleh meredupkan kawasan sekolah.

Pokok yang redup boleh ditanam di kawasan sekolah.

Kawasan sekolah boleh diredupkan dengan pokok yang ditanam.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Aini ingin ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan
akan tiba tidak lama lagi. Pada masa yang sama, rakan baiknya mengajak Aini
bermain bola jaring.

Apakah yang seharusnya Aini lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang cara-cara menghargai alam.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menghargai alam.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


AKTIVITI BERKEBUN

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai