Anda di halaman 1dari 10

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023 Bahasa
Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama
Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada
ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada
ruang jawapan yang disediakan di dalam
kertas ujian ini.
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
kepada guru bertugas pada akhir ujian.
Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:

Bahagian Soalan Markah Markah


Penuh Diperoleh

A 1-10 10

B 1 5

2 5

C 1 10

D 1 20

Jumlah 50
011TERHAD
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1
Aiman sudah diingatkan oleh gurunya ___________ kali untuk membawa buku latihan
Sains itu namun dia masih terlupa.
A berpuluh-puluh
B berulang-ulang
C julung-julung
D tiap-tiap

2
Asyraf berasa tidak selesa memakai kain pelekat yang terlalu ____________ sehingga
menyapu lantai itu.
A besar
B lebar
C labuh
D singkat

Soalan 3

3
Pilih ayat yang betul.
A Fauzi gembira setelah mendapat bungkusan dari ibunya.
B Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan terhadap kampung. C Azrin
membeli-belah di pasar raya itu dari pagi hingga lewat petang. D Pemain bola yang
beraksi ke padang itu ialah pemain baharu kelab tersebut.
011TERHAD
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rumah terbuka menjadi budaya apabila tiba musim perayaan di Malaysia setiap tahun.
Antaranya, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Melalui
amalan ini, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat berkenal kenalan
dan beramah mesra serta mengeratkan hubungan antara kaum.

Di samping itu, masyarakat juga dapat menikmati juadah tradisional pelbagai kaum di
Malaysia. Selain itu, semangat bersatu padu juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang
berbilang kaum dan agama. Begitulah uniknya Malaysia.

4
Bilakah rumah terbuka biasanya diadakan?
A ketika beramah mesra
B ketika berkenal-kenalan
C semasa musim perayaan
D semasa menikmati juadah

5
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Amalan rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan antara kaum. B Rumah
terbuka hanya diadakan ketika perayaan Deepavali sahaja. C Semangat bersatu padu
boleh dipupuk semasa Hari Raya Aidilfitri sahaja. D Juadah tradisional setiap kaum
tidak dapat dinikmati ketika musim perayaan.

6
Berikut ialah berkaitan amalan rumah terbuka berdasarkan petikan kecuali A
disambut setahun sekali sahaja.
B diraikan oleh masyarakat Malaysia.
C mewujudkan semangat bersatu padu.
D mengeratkan perpaduan antara kaum.
011TERHAD
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1
Puan Fatimah ialah Guru Perpustakaan dan Media SK Sentosa. Beliau ingin
memastikan semua pengawas pusat sumber dapat menjalankan tugas dengan
penuh integriti.

Faris merupakan pengawas pusat sumber sekolah. Oleh itu, dia telah
ditugaskan untuk membuat Carta Tanggungjawab Pengawas Pusat Sumber
Sekolah. Dia patuh akan arahan gurunya itu. Bagi menyiapkan tugasan tersebut,
dia telah melayari Internet untuk mendapatkan bahan dan maklumat yang
bersesuaian.

BAHAN 2

011TE

RHAD
TERHAD 5 011

7
Puan Fatimah ingin memastikan semua pengawas pusat sumber dapat A
membuat Carta Tanggungjawab Pengawas Pusat Sumber Sekolah. B
melayari Internet untuk mendapatkan maklumat.
C menjalankan tugas dengan penuh integriti.
D menyiapkan tugasan yang diberikan.

8
Faris merupakan pengawas pusat sumber sekolah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A


bentuk.
B buah.
C butir.
D biji.

9
Perkataan patuh dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A
taat.
B tegas.
C teguh.
D teras.

10
Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A
Semua pengawas pusat sumber melayari Internet.
B Faris hanya perlu menyimpan dan menyusun buku-buku di rak. C Guru
Perpustakaan dan Media SK Sentosa mempromosikan PSS. D Pengawas pusat
sumber sekolah bertanggungjawab menjaga kebersihan PSS.

011TERHAD
TERHAD 6 011
Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Nina sangat mengambil berat akan kesihatan kucing kesayangannya. Sangkar kucing
dibersihkan setiap minggu supaya bebas bakteria. Nina turut menyediakan tempat
pencakar agar kucing tidak mencakar kusyen mahupun karpet di rumahnya.

Nina akan memastikan kucingnya bermain dengan aktif untuk mengelakkan


obesiti. Suntikan vaksin juga diberikan untuk mengelak penyakit dan jangkitan. Dia
akan mencuci tangan sebelum makan agar tidak dijangkiti penyakit bawaan kucing.

(a) Kucing diberikan suntikan vaksin untuk mencegah ____________.


1
[1 markah]

(b) Mengapakah kita perlu memastikan kucing bermain dengan aktif?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.
Nina turut menyediakan tempat pencakar agar kucing tidak mencakar kusyen
mahupun karpet di rumahnya.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Dia akan mencuci tangan sebelum makan agar tidak dijangkiti penyakit bawaan
kucing.
Tangannya akan dicuci sebelum makan agar tidak menjangkiti
kucing penyakit bawaan.

Tangannya akan dicuci sebelum makan agar tidak dijangkiti


penyakit bawaan kucing.

[1 markah]

011TERHAD
TERHAD 7 011
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Kamu sekeluarga mahu bercuti ke Kuala Lumpur menggunakan
perkhidmatan kereta api. Semasa menunggu ketibaan kereta api yang akan
tiba pada bila-bila masa sahaja, kamu ternampak seekor anak kucing yang
tidak bermaya berada di tepi bangku tempat menunggu.

Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan ?

[5 markah]

011TERHAD
TERHAD 8 011
Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga.

Tuliskan pendapat kamu tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama


keluarga di rumah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011TERHAD
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

GOTONG-ROYONG

011TE
RHAD
TERHAD 10 011 011TERHAD
TERHAD 11 011

[20 markah]

011TERHAD

Anda mungkin juga menyukai