Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kerjaya sebagai doktor dipandang ____________ oleh masyarakat.


A mulia
B besar
C hebat
D kuat

2 Lelaki itu membawa pulang seikat buah rambutan ____________ isterinya .


A daripada
B kepada
C untuk
D akan

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Pak Tam menenun jala yang koyak di bawah rumah.
B Rahman menggosok rumah sebelum ke pergi pejabat.
C Rajesh menimba makanan kucing di dalam botol kaca.
D Tok Wan memikul setandan pisang yang telah masak.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amin seorang murid yang sangat rajin. Setiap kali cuti sekolah, dia akan membantu Pak Mat
menjual ikan di pasar. Pak Mat yang pemurah akan memberi upah kepadanya. Dia akan
menyimpan wang tersebut. Wang itu hanya digunakan untuk membeli keperluan sekolah.

Dengan cara ini, dia dapat mengurangkan beban ayah dan ibunya. Amin juga tidak
boros berbelanja. Dia sentiasa mengingati pesanan guru kelas tentang pentingnya berjimat
cermat.

4 Siapakah yang memberi upah kepada Amin?


A Ibu
B Ayah
C Guru
D Pak Mat

5 Pilih penyataan yang benar tentang petikan.


A Ibu mengurangkan beban Amin.
B Ayah menjual ikan di pasar.
C Amin membeli keperluan sekolah.
D Guru berjimat cermat.

6 Berikut merupakan sikap baik Amin kecuali


A seorang yang pemurah.
B membantu Pak Mat.
C tidak boros berbelanja.
D ingat pesanan guru.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Dina sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba, Dina terhidu
sesuatu yang enak lalu segera ke dapur. Dina melihat ibunya sedang leka membuat kuih
bakar pandan untuk minum petang.

Dia segera membantu ibunya membakar kuih dan membancuh air kopi. Inilah
kali pertama dia belajar membuat kuih tradisional.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Antara aktiviti yang disediakan dalam Kelas Masakan Makanan Tradisional ialah
A pertandingan uji rasa.
B cabutan kotak misteri.
C memasak kuih segera.
D kelas menghias makanan.

8
Dina sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A ikat.
B gulung.
C naskhah.
D bungkus.

9 Perkataan segera dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A ligat.
B cepat.
C kencang.
D tangkas.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Peserta memasak rendang di dapur.
B Ibu sedang leka memasak kuih seri muka.
C Dina membaca surat khabar di ruang tamu.
D Peserta membantu Dina memasak laksa.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada waktu rehat, Shasya terlihat rakannya Najihah sedang menangis. Shasya
bertanya kepada Najihah sebab dia menangis.

Najihah memberitahu Shasya yang duit belanja sekolahnya RM 3.00 telah


hilang semasa kelas Pendidikan Jasmani. Shasya yang juga merupakan Ketua Kelas 4
Bestari telah membawa Najihah berjumpa dengan Cikgu Khairul.

Cikgu Khairul telah menghulurkan duit RM 5.00 kepada Najihah untuk


berbelanja di kantin. “Terima kasih cikgu,” kata Najihah.

1 (a) Najihah kehilangan duit sebanyak ____________.


[1 markah]

(b) Apakah bantuan yang diberikan oleh Cikgu Khairul kepada Najihah ?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Shasya yang merupakan Ketua Kelas 4 Bestari telah membawa Najihah


berjumpa Cikgu Khairul.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Terima kasih cikgu," kata Najihah.

Cikgu mengucapkan terima kasih kepada Najihah.

Najihah mengucapkan terima kasih kepada cikgu.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Aqil dan rakan-rakannya bermain bola sepak di padang. Tiba-tiba, seorang
rakannya terjatuh. Kakinya terseliuh dan lututnya berdarah.

Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang akan Aqil lakukan ?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan penjagaan kesihatan.

Tuliskan pendapat kamu tentang langkah-langkah menjaga kesihatan diri.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


SAMBUTAN KEMERDEKAAN

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai