Anda di halaman 1dari 1

Penulisan (Bahagian C) Unit 8: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Soalan: Andaikan kamu sebatang pokok pisang. Tuliskan karangan tentang perjalanan hidup
kamu sebagai sebatang pokok pisang selengkapnya.

Rangka karangan

Pendahuluan
- sebatang pokok pisang
- banyak berbakti kepada petani

Isi Karangan
1) 2) 3) 4)
- dijaga oleh petani -mengeluarkan buah -diangkat untuk - memetik daun
- menyiram setiap hari - dipetik untuk dihantar dibersihkan - alas pembungkus nasi
- hidup subur ke gudang - memotong menjadi lemak
- dikumpul dalam kereta nipis - berasa gembira
sorong - digoreng
- menjadi kerepek pisang
- jual kepada orang
kampung

Penutup
- bersyukur mempunyai petani yang baik

Jawapan lengkap:

Aku sebatang pokok pisang. Aku ditanam di sebuah kawasan yang luas bersama-sama dengan rakanku. Aku
banyak berbakti kepada para petani.
Ketika kecil, aku dijaga oleh petani. Petani membuat pagar supaya aku tidak dimakan oleh kambing
dan lembu. Petani menyiram aku setiap hari. Aku dan rakan-rakanku dapat hidup subur kerana dibubuh baja
sebulan sekali oleh petani.
Apabila sudah dewasa, aku mengeluarkan bertandan-tandan buah. Petani berasa sangat gembira.
Petani memetik buah aku untuk dihantar ke sebuah gudang. Buah aku dikumpulkan ke dalam sebuah
kereta sorong oleh petani. Kemudian, buah aku disorong ke sebuah gudang.
Setelah sampai di sebuah gudang, buah aku diangkat untuk dibersihkan oleh petani. Petani
memotong buahku menjadi kepingan nipis. Petani memasukkan potongan buahku ke dalam sebuah kuali
berisi minyak yang panas untuk di goreng. Setelah siap digoreng, aku menjadi kerepek pisang. Petani
menjual kerepek pisang kepada orang kampung.
Selain itu, petani juga memetik daun aku untuk dijual kepada peniaga nasi lemak. Daun aku boleh
digunakan sebagai alas pembungkus nasi lemak. Aku berasa gembira kerana dapat menambah pendapatan
petani.
Aku berasa bersyukur kerana mempunyai petani yang baik. Petani menjaga aku seperti menatang
minyak yang penuh. Aku berharap dapat memberi sumbangan kepada petani hingga akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai