Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pokok Pisang

Aku sebatang pokok pisang. Aku ditanam oleh tuan aku disebuah

dusun buah-buahan. Kini, aku telah berumur 15 tahun. Badanku kurus dan

tinggi.

Ketika kecil lagi, aku dijaga oleh tuan aku. Aku dipagar supaya tidak

dimakan oleh kambing dan lembu. Tuan aku menyiram aku setiap hari. Aku

dapat hidup subur kerana dibubuh baja sebulan sekali.

Apabila dewasa, tuan aku memetik buah aku untuk dimakan. Buah

aku boleh dijadikan pelbagai masakan yang enak seperti pisang goreng,

kek pisang, keropok pisang dan sebagainya.

Selain itu, tuan aku juga memetik daun aku untuk dijual kepada

penjual nasi lemak. Ini adalah kerana daun aku boleh digunakan sebagai

pembungkus nasi lemak. Aku berasa gembira kerana dapat

meningkatkan pendapatan tuan aku.

Kini, umur aku semakin ulur. Aku tidak dapat mengeluarkan banyak

hasil lagi. Tuan aku masih menjaga aku seperti menatang minyak

yang penuh.

Aku berasa bersyukur mempunyai seorang tuan yang baik. Aku

berharap dapat memberi sumbangan kepada tuan aku sehingga ke akhir

hayat.

Anda mungkin juga menyukai