Anda di halaman 1dari 4

Sambutan Hari Ulang Kelahiran

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari
lahir yang ke-11. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di
Taman Sibuga. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu
dan kakak saya.
Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan
menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja.
Sya juga membantu ibu menyediakan hidangan/makanan untuk jamuan.
Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai
kawan yang telah dijemput hadir ke majlis hari lahir saya.
Pada pukul 6.00 malam, rakan-rakan tiba. Selepas itu, acara memotong kek
bermula. Rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya.
Mereka turut memberikan hadiah kepada saya. Kemudian, kami pun menikmati
juadah yang terhidang di atas meja.
Setelah menikmati hidangan, saya dan rakan-rakan bermain sukaneka di
halaman rumah. Kami berasa sungguh seronok dan terhibur. Kemudian, rakanrakan meminta diri untuk pulang. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.
Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan
berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan
menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.
Kamu berpeluang mengikut kawan-kawan kamu melawat ke Rumah KanakKanak Seri Intan. Ceritakan pengalaman kamu semasa di Rumah KanakKanak Seri Intan.
Saya dan kawan-kawan lain berkumpul di perkarangan sekolah. Kami ingin
melawat ke Rumah Kanak-Kanak Seri Intan. Kami membawa pakaian dan bukubuku untuk diberikan kepada penghuni rumah itu. Pada pukul 8.30 kami pun
bertolak ke Rumah Kanak-Kanak Seri Intan dengan menaiki bas.
Pada pukul 9.45 pagi, Saya dan kawan-kawan lain tiba di Rumah KanakKanak Seri Intan. Kami disambut oleh pengurus rumah kanak-kanak tersebut.
Pengurus rumah kanak-kanak telah memberikan taklimat ringkas tentang
kehidupan kanak-kanak di rumah itu.
Selepas itu, Saya dan kawan-kawan lain dibawa untuk berjumpa dengan
kanak-kanak di situ.Kami berkenalan dan berbual mesra dengan kanak-kanak
tersebut. Setelah itu, kami bersama-sama kanak-kanak di situ mengadakan
gotong-royong membersihkan kawasan rumah tersebut.

Setelah siap membersihkan kawasan rumah, kami berpeluang menyaksikan


persembahan di dewan. Kami juga sempat menghiburkan kanak-kanak dengan
mengadakan persembahan nyanyian, tarian dan lakonan.
Aktiviti diteruskan dengan penyampaian dan pembahagian pakaian dan buku
kepada setiap kanak-kanak. Kanak-kanak di situ kelihatan begitu gembira
dengan hadiah yang diterima oleh mereka.
Sebelum pulang, kami menikmati jamuan ringkas yang disediakan oleh pihak
Rumah Kanak-Kanak Seri Intan. Kami pun bertolak balik ke sekolah kira-kira
pukul 1.30 petang.
Saya amat gembira kerana dapat menyertai aktiviti yang bermakna ini. Jika
ada peluang, saya akan menyertai aktiviti sebegini lagi.
Sekolah kamu mengadakan gotong-royong sempena Kempen Anti
Denggi.Ceritakan pengalaman dan tindakan kamu semasa aktiviti gotongroyong tersebut.
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotongroyong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan
murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.
Pada pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di padang. Sebelum memulakan
aktiviti gotong-royong, kami diberikan taklimat ringkas oleh guru besar.
Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas pembahagian
kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil peralatan yang diperlukan.
Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugas
masing-masing. Saya dan rakan-rakan saya membuang air yang bertakung di
dalam pasu bunga supaya nyamuk aedes tidak membiak. Seterusnya, saya dan
kawan-kawan mengutip sampah yang terdapat di persekitaran sekolah. Saya
juga membersihkan longkang agar longkang tidak tersumbat. Ibu bapa dan
guru-guru pula bertugas mengecat dinding dan memotong rumput.
Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja telah selesai. Kami pun rehat sambil
menjamu selera di kantin.
Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan
gembira. Kami berasa bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan ceria.

Kamu telah menghadiri satu majlis perkahwinan anak jiran Melayu kamu.
Perihalkan majlis perkahwinan tersebut.
Pada minggu yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri majlis
perkahwinan Hannah, anak jiran saya .
Setibanya kami di rumah Hannah, kami disambut mesra oleh ibu bapa
Hannah. Kami sempat berbual mesra dengan mereka. Selepas itu, mereka
mempersilakan kami masuk ke rumah.
Kami dijamu dengan hidangan yang enak. Kami juga dijamu dengan kuihmuih sebagai pencuci mulut. Saya makan dengan begitu berselera sekali.
Suasana majlis itu amat meriah. Sepanjang majlis tersebut berlangsung,
tetamu dihiburkan dengan lagu-lagu.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kompang dan pengantin lelaki tiba
di rumah Hannah. Saya berpeluang melihat pengantin bersanding di atas
pelamin. Tidak lupa juga saya mengambil gambar bersama-sama dengan keduadua pengantin.
Sebelum pulang, kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa pengantin atas layanan yang diberikan. Kami diberikan bunga telur
sebagai cenderamata.
Saya berasa sungguh seronok dapat majlis perkahwinan ini. Jika ada
peluang,saya ingin menghadiri majlis yang lain pula.

Sahabat kamu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kamu telah
melawatnya di hospital. Ceritakan pengalaman kamu.
Aku terkejut apabila mendapat berita bahawa rakan baik saya, Emma
terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut cikgu, Emma telah
dilanggar oleh sebuah motosikal ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.
Kini, dia dirawat di hospital.
Selepas waktu pulang, saya dan rakan-rakan yang lain menaiki bas menuju
ke hospital. Kami sempat membeli sedikit buah tangan di gerai buah.
Setibanya di hospital, kami ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui wad
Emma ditempat.
Setelah sampai di wad Emma, kami sedih melihat kakinya patah. Dia
terbaring di atas katil dengan kaki yang bersimen. Saya mendengar dia
bercerita tentang kemalangan yang berlaku.

Setelah sejam berada di wad, kami minta diri untuk pulang. Saya dan
rakan-rakan berdoa supaya Emma cepat sembuh dan dapat hadir ke sekolah
semula.
Hujan lebat turun tidak berhenti-henti...
Lengkapkan cerita di atas.
Hujan lebat turun tidak berhenti-henti. Keadaan ini menyebabkan kami
sekeluarga berasa bimbang. Oleh itu, keluarga saya mula mengemaskan
barang-barang dan dokumen yang penting dan berharga sebagai persediaan
jika terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan
menggunakan bot ke pusat pemindahan sementara. Semasa berada di pusat
pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barangan keperluan seperti
makanan, air, pakaian dan ubat-ubatan.
Selepas beberapa hari, banjir mula surut. Kami telah dibenarkan pulang ke
rumah masing-masing. Kami bersama-sama membersihkan rumah yang
dipenuhi dengan lumpur dan samapah-sarap.
Kami berharap dan berdoa agar banjir tidak akan berlaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai